Showing posts with label Education. Show all posts
Showing posts with label Education. Show all posts

Monday, September 1, 2014

Merdeka! Kenangan di daerah situ



Merdeka! Merdeka!Merdeka!
Itulah laungan yang bergema memenuhi segenap ruang dewan kecil itu.
Fahamkah mereka apa kata keramat yang mereka laungkan itu.Aku tertanya tanya.Anak anak kecil dari 6 tahun hingga 12 tahun riang sunggoh mengibar bendera kecil.Tambah lagi bangunan dan kawasan sekolah juga dihiasi ratusan bendera bendera segenap penjuru.
Itu apa yang cikson lalui saban tahun selama 36 tahun .Sekolah dan Hari Merdeka tidak pernah berenggang.Malah seiring jalan dengan tema tema hari Kemerdekaan.
MERDEKA! facebook


Tahun ini rasanya serupa sambutan merdeka.Ada ikrar,pertandingan kelas,pakaian beragam which on another note I would like to caution.
Rasa tak berapa masuklah bendera dijadikan pakaian.Bukankah bendera satu keping kain yang kita letak dia ditempat tinggi.Di hargai dan dimuliakan.Lebih lebih lagi bendera negara.Namu apa jadinya bila bendera jadi seluar dan duduknya tentu lah anda sedia maklum...hehe.



Kecintaan kepada negara adakala taken for granted.Dan bila kita berada diwilayah asing beribu batu dari tanahair baru kita dapat mendalami erti kecintaan pada tanahair.Felt that when I was several thousands kilommetres away from home for sometime....dengar lagu negeraku pun dah meremang bulu roma.Gugur air mata.

During my teaching years,it was during merdeka that I could garner lots of pictures and posters which I would then used as TA or stapled them up around the school.And this year from STAR I think teachers could probably use these pictures ...sayang Utusan dan BH tak dibeli pula semalam.


makna tersirat....tapi yang tersurat tu buat tak nampak sudahlah




digunting jadi ABM


boleh jadi alat bantu mengajar yang berguna



How did I celebrate Merdeka Day from RBL ..you guess.
Cikli pagi pagi lagi dah segak berpakaian untuk perbarisan.Jam 12.00  dia call  bagi tahu berita perginya doktor kesayangan dia .Bukan orang lain pun.Suami sepupunya juga.Dr.Amir.Innalilahhiwainna hirojion.
Cikson pula ke KL...walau hanya di ruang tamu RBL.Tapi miss banyak acara.Ruginya.

disini aku sambut MERDEKA



hero Lahad Datu yang gagah perkasa




meriahnya....kita


 
Dan tengah hari itu ke rumah pengantin pula.Kenduri kahwin kawan cikten..
Hari ni cikten balik dan kepala cikson pula berdenyut denyut....


Dalam banyak banyak iklan,sales pun banyak juga.Saja saja nak tanya....bila jumpa satu page iklan berwarna macam ni cikgu cikgu buat apa?Kalau saya ABM jawabnya.Macam macam tau boleh ajar darinya..

Salam Merdeka !
iklan sales semuka juga boleh diguna

Monday, August 18, 2014

orang lidi pun boleh

Hi people...Time flies too fast.Its a working Monday once again...
Years and years of teaching saw me through many phases.And talking about teaching you cant run away from TA....Teaching aids.Kalau nak masak perlu periok,sudip,pisau gitu juga utk mengajar.
Serius...cikson rasa bogey....kalau masuk lenggang kangkung utk ajar pelajar.Esp pelajaran baru.Tak taulah orang lain....
buku nota jadi bahan conteng


So ....in my early years masa belum ada TA canggih manggih ,guru guru dulu kena buat sendiri.Kertas manila dibawa ke sana kemari.Bila mengajar alat ini dirujuk supaya murid senang memahami.
Masa dudlu dulu mana ada computer muter ni semua.Tak terfikir pun masa tu yang hidup ini semua dihujung jari.Duduk ,godek godek,bahan mengajar mai sendiri.
Teringat cikson ,lukisan paling senang adalah orang lidi.Lidi? Whats that.
Inilah contohnya....
orang lidi

Senang saja...garis garis dah jadi.Pakaikan seluar jadi lelaki .Pakai gaun mem lah itu..

kucing gemok
Alhamdullilah,jari jari cikson boleh lah sikit sikit melukis.Orang,binatang dan awan....hehe pemandangan .Tapi bila warna entah kenapa jadi tak ketahuan..
Jadi dalam masa mengajar,gambar gambar begini jadi alatnya.Bila cikson tunjuk gambar anak murid dah tahu siapa mereka...
cuba cuba lukis balik....



Dan semasa berkursus...kadang kadang muka muka begini memenuhi nota bila penceramah asyik dok sebut.......ya ya ya....

Monday, March 18, 2013

cikgu lah ajar saya.

Aduhai...Tak seronok sunggoh kalau terdengar rungutan ini

Ala...kat rumah bukan mak bapa ambil tahu pun .Selalunya mengaitkan kenakalan anak murid dalam kelas.
Dah la tak buat kerja sekolah.Lupa buku.Cakap banyak....Letak tepi sajalah..Senang kerja.

Ya,makcik sedih bila guru disekolah pun mengambil sikap tahu tak tahu yang sudah tentu ibubapa kat rumah tak ambil tahu.Lantas anak kecil itu rugi dua kali..sekali dirumah dan sekali disekolah.

Satu hari makcik terpanggil untuk memberi kata dua hati makcik.
Biarlah ibubapa tak ambil tahu.Biarlah kat rumah apa sekalipun.Kita makan gaji untuk mengajar.Mengapa nak heret ibubapa.Buatlah kerja yang kita diamanahkan.Cubalah sedaya upaya cikgu untuk mengupayakan anak didik cikgu.

anak murid adalah bakul cikgu.Apa yang cikgu isi itulah yang dia dapat.Right?
Saya lebih berbangga andai anak yang mula liar,memberontak , menunjukkan peningkatan. Markah 100/100 dari anak yang dari awalnya tersedia pandai tidak menunjukkan apa apa Tapi rasa gembira bila anak nakal malas tak pandai tadi dapat 30/100 kalau awalnya markah yang dia pungut bermula 5/100.Rasa macam dapat anugerah cemerlang peringkat melintang.

Dalam beribu murid yang makcik sentuh,beberapa murid masih kuat melekat dalam ingatan.Antaranya:
Anak kecil gagap dan cacat tapi makcik berikan kepercayaan untuk mengetuai projek peringkat daerah.
Anak nakal yang kena ikat dimeja tapi mahu berlakon jadi waiter siap hafal dialog dan aksi.
Anak  pemulihan tapi bersusah payah menulis semula karangan berserta ilustrasi utk ditampal dipapan kenyataan.

Anak anak ini kalau mereka berjaya,bukankah kerana hasil didikan kita,sebab dirumah mereka tidak ada siapa .
Adalah satu hadiah yang tak ternilai bila mereka berkata : Cikgu lah ajar saya!

Wednesday, March 13, 2013

your class tells all


Your class tells all.
Betul.Tak bohong aiiih.

I am one for a clean organised attentive classroom.
Yes,it must be clean before I would start my lesson.
It must be clean during my lesson and before I leave the room.So its a common sight for me and my children to organise the classrooms before maam starts her lesson.I hate rubbish and disorderly classrooms.And also to leave a dump site classroom to the next teacher is very much an ill consideration.

Children should be orderly.That means all students have to pay attention...I could come up with many rules and regulations as  well as punishments for those who dare.Usually its no trace,no outside the classroom punishment.But the children know they are being punished for their mischieves..Heran saya bagaimana cikgu boleh mengajar kalau anak murid dok main kejar kejar.

And putting up all the year round teaching aids all at once is not my way either.I think its better if its the work of the students that should be put on board than commercially produced or teacher made materials.You can see their pride when their work is given its due recognition.See how they hover over the dispaly.

I am for bulletin boards where most work are by children.Teachers could have neverending ideas from this website:
 elementary school bulletin boards

Go check out...
Nampak susah ...tapi sebenarnya mudah.Petik jari siaplah dia.hehe
Mamason buat beberapa theme mcm:
My village
Life Under the Sea
Haunted
In the Jungle.
The Universe. and a few others.Semuanya murid lukis.Cikgu just ktik ktik ktik saja.

Monday, March 11, 2013

Looking back

Good afternoon,

Browsing the Photo Gallery,I came across pictures which brought me back to my teaching days.Me as a teacher ,a teacher and  nothing else but a teacher.Confusing?
FYI ....A teacher plays many roles if you have not known.A policeman,a magistrate,a nurse,a cleaner,a jaga and even a witch!
Long ago,even during my formative years,I believe that teachers should go into class with ammunition like a soldier with his artillery...And to be exact ,teachers should be go into the class with  ....teaching aids!Not lenggang kangkung.Ala makyong.
Matilah bosan kalau asyik asyik kapur dan papan hitam sepanjang hayat. Asyik air liur saja sepanjang masa.Asyik buka muka surat ...bla bla bla.
I still remembered those early 70's when I started teaching...so very basic.Mana ada semua gadget gadget ni.So teachers would draw on manila cards...and if you are bestowed with artistic fingers..hmm good for you.
So entering the class would be armed with self drawn pictures and illustrations.
Only when in the 80's.with the advent of computers ,our pictures or illustrations be a bit advanced.Still recall that first ever computer in SK Stella.
Wee... today,there's an explosion of gadgets to be employed when teaching...But are teachers using them ?Are they at the petik of a suis in every classrooom.
I wonder.
Kalau sekolah masih boleh gunakan alatan PPSMI yang berbilion harga dulu... Syabas I say you.


Some of my teaching aids
cutout from newspaper
displayed after a lesson
books and pamphlets ...some from hotel stays
this once thorny plants
the school ground...teaching aids plentiful
ready for a lesson outside and fresh oxygen




So teachers if you find yourself at a loss on how to conduct your lesson....look around!

Friday, March 1, 2013

KSSR=Kerja susah sapa rela.



Bersiaran ulangan kita tentang KSSR.Tapi kali ni subjek dia tentang PBS.
Kira PBS ni salah satu cabang dalam KSSR.
Sebelum ni disebut UJIAN...the like of UPSR.....ie Ujian Pentaksiran Sekolah Rendah.yang mana semua orang dah jelas.
Sekarang ni UPSR diteruskan...katanya.Dan selain murid tahun 6 kena jawab soalan subjektif dan objektif,beberapa % pula adalah dari PBS.

Makcik rasa masih ramai lagi dok keliru apa tu PBS....Parti Bersatu Sabah ke?

Oh ya semasa makcik balik semula mengajar tahun 2011 dulu,makcik terperangkap dalam kemelut PBS ni.Tak berapa nak tahu hujung kepala.PBS....PBS...Perabis Beras Sakan.

Macam macam ada.Ada kata buat lagu ni.Ada kata buat lagu tu.
So pandai pandailah cari maklumat.
PENTAKSRAN BERASASKAN SEKOLAH ...oh bukan ujian tau...Ia adalah taksir..Bubuh band 123456.
Tahun tu hanya cikgu tahun satu saja.Tahun ni dah sampai tahun 3
Dan semasa cuti sekolah 2012 adalah jangkamasa cuti sekolah yang tak cuti bagi makcik.Dengan deadline yang kena tepati,dengan system yang amat canggih sekali dalam dunia,dunia pendidikan jadi kelamkabut.

Jangan pula kata cikgu buat kerja last minute..tidak....tapi system hanya dapat dicapai hampir tgh tahun.Jadi kerja cikgu jadi backdated.
Maka bersengkang matalah cikgu cikgu dok melangut depan PC dok keyin data.
Harap tu tahun ni tak jadilah macam 2012.

buku rekod mengajar terakhir hayat.

laman web KPM yang teramat menyenangkan kerja

ni belum masuk segala fail peribadi murid

senarai semak karya sendiri
Tengok keadaan meja tulis makcik utk 20 hari bulan Dec 2012 orang tak sangka itu meja cikgu.Dah jadi meja accountant negara atau meja data entry.
Dan kerana PBS nilah yang buat makcik kata:
KSSR....KERJA SUSAH SAYA RESIGN!!!!.
ambik kau.

Kerja saya sangat ringan...KSSR

When I accepted the offer to go back teaching after a lull of 2 years,I was in for a shock.KSSR,PBS,baiyah..and basketful more which i never heard before san 2008.
For two years,I was cut off from education....a tai tai I was.

So when in 2011,I reported back for work ,I was bewildered.
People around me were busy talking about KSSR.What KSSR?
And jokingly I came with.....KERJA SAYA SANGAT RELAX ,RINGAN,.....so no worry.

Assigned to year 1 English,I was like...hey how am I going to survive ? Being without anything to guide as I had missed the courses done in 2010....I ploughed the internet.Downloading the syllabus...oh ye they have  new names for them too.

IT's  ......eh dah lupa la pula...kena tengok balik webs KPM lagu ni.

And tackling the subject and students are new to me too.
And being an administrator of schools,I am not that much into practice...but more into assist.

So what to do ..ayam pun patuk,.itik pun sudu.
So like an itik to the earth...I sudu sana sini..Tanya ,baca and in the end sent to a course.

However,I did read ,hijack a lot from these few  :
CLUTTER FREE Classroom      sini
Elementary BULLETIN BOARD  sana
BRITISH COUNCILwebsite.

They did helped in many ways.
and I too fell in love with you tube
As such when I was stuck on how to teach the phonic for the alphabets or melody of a song....they are my wonder pets.

So bloggers friends who are searching ,here are some songs that I taught my kids in SKRPB.Lets enjoice:





 





The ABC song.



Lagu ni mamason ajar tahun satu mengenal abjad dan phonic sounds dia.Well received by year 1 and 2.
Lagu lagu lain pun ada yang menarik.


Tuesday, February 26, 2013

remembering them...the room.



My English Room

It was a hot and stuffy room one could be
But never a moment we could see
A boring place in SKRPB

The teacher is a lady
Who is in her sixty
Stern ,she was and no hanky panky.

The children were Year 1,2 and 3
Excited they were as the bees
Came running  to learn abc

Lots of fun in the room
As children learn vehicles go vrooooom
And pirates were doomed.

A is not aye
But eh
c is not see 
But kah

So you could hear 
the children spell
kah eh teh is cat

Yes that's the best part of my teaching spree
In which I could sing,dance for free
And KSSR is what it should be.

Learning English is nothing but fun
Thats what I can tell my friend.

mentor mentee
childrens' masterpieces.
one to one at the teacher's table
feel free to lie on the floor 

Tuesday, February 19, 2013

Di situ aku lalu.




SKRPB ...satu antara banyak sekolah yang aku dihantar mencurah bakti....lebih baik mengaku...mencari fulusi beli berasi...haha.

Waduh...waduh..

Benaar...itu kenyataan bukan khayalan.

Setelah 36 thn mengajar,2 thn pencen ...aku menyahut cabaran mengajar kembali semasa umur hampir 60.Semasa kaki mula longgar sekeru sana sini.Semasa mata mula kelabu dan minda jadi sebu.

Maka tercatatlah sejarah dalam liku hidup ini,seorang yang sepatutnya jadi nenek ,jadi guru baru ditempat baru.Seorang yang sedikit masa lalu duduknya di saf depan...or di atas pentas didepan dewan.Jadi teraju main kungfu .

Hari itu aku pergi sebagai guru biasa yang tak punya apa apa.

Rupanya susah juga nak biasakan diri bila terbiasa birokrasi dalam organisasi.Mau rasa sedikit janggal pada mulanya.
Mula ada juga kurang senang dengan keadaan.Mereka muda muda bergurau senda mesti beza.Aku nenek mereka pria dara muda ganteng tangkas segala....jauh beza.

Maktok,nenek itu gelaran tepat buat seorang aku yang dah lanjut usia.Rasa janggal kerana aku belum ada generasi kedua...

MBMMBI,KSSR,PBS,SAP....benda baru buat telinga tua ku.Mau ambil masa untuk ku kunyah ku telan untuk dihadam.Kalau gpoh gpah mau tersekat dikerongkong alamat padam.

Lagi satu perkara baru....sikap anak anak murid cabaran besar buat ku.Tahun 1 ...ahaha..aku memang tak pernah mengajar kelas kelas itu.Walau satu jam sehari aku bersama mereka,penatnya,lelahnya macam 10  jam lari marathon dunia.

2 tahun di kawasan sawah padi ,pokok pisang,lembu dan lori kayu panjang juga simpang 4 susah lintas itu,aku mengaku kalah.Tak sanggup lagi aku berpenat lelah.Lebih lagi tahun 2013 semua akan berpindah....nun atas sana dekat awan mencelah.

Ya aku mengaku kalah.Duit,fulus aku tak endah!

Jadinya...akhirnya ....di gua batu 4 penjuru aku bertapa hingga tak tahu apa berlaku diluar sana.


tangga ke tingkat 4,rasanya jadi halangan
aaron aziz  jadi peneman.
                                   
suka duka jadi kenangan
                                      


Thursday, January 31, 2013

la la la la

I dream a star
A shining star
It shines on me
And all beneath

And all the angels
Dancing merrily
And all the children
Singing happily

I dream a star
A shining star
la la la la la la la la.
( my try at writing lyrics)

Well how could I forget those dear moments I had with my pupils in SKRPB.Teaching KSSR classes of year 1 and 2 was absolute fun except for those few instances I lost my cool.Flipping through the text book of year 1 ,you could find songs .Songs which is suited to the topic being taught.Some songs I knew but some I know not.And I would serve the internet for the tune.

There were times when the class got bored to the maximum and a song saved the day.Ever heard of The Silly Pirate Song by Hugh Hartman.I was struggling to get  in the rhythm and tune and you know what....the boys and the girls got them right.Pronto.And funnily,its the children teaching poor mamason.And through that song,they learn funny sounds ....weey love those kids.

As a teacher baked and bred during those situational grammar approach,I know little of the sounds of the alphabets. A is not A as it used to be.So is B and the rest of the pack.This made me wanna cry aloud.Haaha,you are the teacher and you are as confused.So guess what.You tube saved me from my fall from grace..........

KSSR,PBS.....those two acronyms I had to tango as an aging MBMMBI contract teacher those two years.
And I loveeeeeeeeeeeed them except for those menacing JPN supervisors.Yerk.Ada ke tersilap tulis haribulan dia boleh komen berjela dalam kertas laporan dia.Mau saja aku peronyok kertas tu dan lempaq kat muka dia.Tapi makcik kan baik,tak adalah episode itu. hehe.

Wednesday, June 20, 2012

from the English corner


Menjelajahi facebook ,makcik came across some very nice blogspots….actually gazillions of them.
Tapi I was enthralled when I went into Reading & Language Arts Bulletin Board Ideas…wow…macam mana dia orang dapat ideas secanggih itu…it beats me.
Seingat makcik…I had done quite a number of them myself,some quite awesome..cewah.

Siang tadi ,I was on my nerve.Eeeeeeeee…..kalau tak sabar mau jadi gorilla.
A number of my class exercise books were found with pages ripped off.And the papers were turned into airplanes which then landed in the wpb.Atas lantai penuh dengan cebisan kertas dan asahan pencil.
Panjanglah khutbah makcik kat anak anak itu….
Keluar semua cerita malaikat dan jembalang serta saton.Neraka ,syurga dan padang mahsyar.Ternganga mereka cikgu Bi dah jadi ustajah.

Maka ,sebelum keluar meninggalkan kelas untuk hari ini….makcik tampal poster berbunyi:
TOLONG JANGAN KOYAK BUKU LATIHAN …..


Dalam mesyuarat macam nak cerita kisah ini,tapi kan dulu dah kena warning…..Itu kelas dot dot dot dot.

Friday, April 20, 2012

Our classroom


This is the classroom that I left at noon today

The floor is without rubbish as The Teacher’s Helpers swept away the pieces of paper that accidently fell on the floor.
The chairs and tables neatly arranged by the girls and boys as they left the class.
Chairs tucked in,tables straightened in their groups.
The noticeboard saw more booklets been stapled for all to see.I was taken by surprise when a pemulihan student handed me a beautifully done story.Yes! A for effort although her work saw more corrections than others.I pinned it as a moral booster for her.

The one at the bottom is hers.
This time the students were taught the concertino type booklet.I once held a competition for the longest booklet to be produced.And the end result was a booklet that when opened could stretch from one corner of the classroom to the other end.
My vocabulary corner was started when I got hold of posters and pictures for RM 1.50 a piece.Stacked in a corner of the shop,I stumbled upon them when grocery shopping.I stapled them on the discarded door of the cupboard and had them in a corner of the classroom.Streams of students could be seen hovering over them when they have finished their work.

I have been googling on the net about classroom decoration and I was in awe with some of them especially those schools in the UK. Still remembered those cute classrooms in the primary schools that I visited.Awesome.
Wish I could make a thematic approach …..maybe about the sea . Hence there could be pirates,ships,treasures ,sea creatures etc etc.
And the children could be singing the Silly Pirate Song the whole day long.

Hmmmm……..if only my classroom would be bright and sunny when I opened the door every morning.As sometimes,this is what greeted me …..and took my spirit away.

Wednesday, April 18, 2012

Educating them … harghi panaih lit lit

 

Ha tu dia.Satu lagi loghat daerah.

I was waiting for them in the classroom.Ten minutes have passed.Hmmm…..

Another ten minutes,3 boys appeared.

Ticer ada tuisyen dak….. they asked.

Ha ….dah lama saya tunggu.Awak pi mana?

 

Then after yet another few minutes,a few turned up.

Kami pi makan seberang jalan….lapaq.

 

Then again after a few minutes the other boys arrived.Muka hitam dek panahan matahari.Peluh menitis dipipi.

Ha pi mana.Pi tanam padi ka?

Depa main sepak takraw….kata yang lain.

Huih…..panaih lit lit macam ni awak main sepaktakraw? I asked. Tengah hari buta pulak tu.

Well those were year 6 students who proudly told me they have more than 1 hundred days to UPSR.

 

The other day,I taught them ‘My Family’.Today I brought an apron,a teddy bear,a cap and a tie.In groups of 4 they acted in introducing their family members.And lastly ,they have a family photograph.

Well,the year 1 students did have a roaring time .

 

I thought they have not memorised the song “ The Silly Pirate Song”. When I asked them to perform in groups ,they were eager to outshine others.Mau termalu cikgu nya yang masih tak dapat steps to the song and got to learn from them.

And their creativity was brought to test with their made it ourselves booklets.

Well,these are the year 3 pupils .And among them are budding writers and cartoonists.

 

And as for the year 2 boys and girls,if they were given the right coaching,they would shine in their studies.

 

SKRPB……hope in the near future,we would no longer be categorised as SKM……….

 

Yang buat makcik tergelak : Cikgu kaya.Suami cikgu pakai tie.Kereta cikgu besar……..Comel.

surely…..they make me smile although haghi panaih lit lit ……….hehe…..

Sunday, April 8, 2012

Dari zero

 

Memanjat 4 tingkat memang melelahkan untuk lutut seorang aku.

Mengajar kelas yang kotor,bersepah ,lintang pukang bukan pilihan aku.

So bila aku lihat bilik darjah yang kosong disebelah pagi,

aku minta permisi untuk guna saja bilik itu untuk beroperasi.


Inilah asal usul bilik bahasa Inggeris. Bilik terbiar sebelah bangunan kantin.

Masih banyak lagi nak ku rintis.

 

 

Tuuu bilik KAFA….. kata banyak suara.

Biarlah bilik apa pun.Aku nekad untuk guna juga.

Saya guna waktu pagi….depa petang.Apa masaalahnya.


 

So bilik yang satu itu,aku transform ikut suka aku.

Atur letak kerusi meja ,papan notis juga tingkap aku ubah ikut nafsu.

 

Aye ye…..at last aku tak perlu berpindah randah.

Cukup masa ,murid saja datang menjengah.

 

 

Hanya tahun satu terpaksa di jemput

Yang lain datang berlari sampai naik semput.

 

Tapi kadang kadang aku jadi lelah

Bila anak murid buat juga kerenah

 

Sampah masih ada dilantai

Anak orang kalau nak tibai

 

So jadilah aku cikgu,

Juga tukang sapu.

 

 

Anyway……biar deras peluh meleleh

Buat anak anak SKRPB,apa saja semua boleh.

Hanya kalau anak anak semua mau berusaha

Semoga usaha ku tidak sia sia.

Tuesday, March 27, 2012

Yo ho ho ho,he he he

 

Tiga minggu berturut turut pergi balik KL buat badan yang tak berapa nak muda ni terus jadi longlai.Jadi hari Isnin aku ke klinik berjumpa doktor.

Huih….punyalah lama dok rtunggu untuk mendapat rawatan.Orang tidaklah ramai mana malam tu.

Bila namaku di panggil,aku menapak ke dalam bilik rawatan.Orang yang berada dalam bilik tu bukan doktor wanita yang aku jadi pelanggan tetap.

Apa sakit puan…..err makcik.

Maka aku pun teruslah menerangkan ttg sakit yang ku alami.Selepas mewawancara aku,dia mencapai alat untuk mengukur blood pressure.

Aduih…..rasa kembang lengan ku seperti nak meletup.

Hmmmm…..rupanya makcik ni ada darah sikit naik.

Selepas itu dia ambil darah untuk test sugar level….terendah lah pula nampaknya.

Oh tulah sebabnya aku macam yoyo saja.

 

Yo ho ho ho,he he he

 

Tapi yang tak berkenan tu bila aku lihat kuku panjang doktor lelaki itu.Rupanya juga mengingatkan aku akan Sosilawati……

Friday, March 23, 2012

Enter the dragon….

Dah mai dah cikgu rimau.

Cikgu dragon,cikgu singa……

Maybe those were the terms used to describe me in my younger years.

Heedless to say that I’m not that easy going teacher in my older years.Cenge tu masih berbekas especially bila anak anak didik tidak mendengar kata.Buat ikut suka.Bising sampai tak ingat dunia.

Memang teringin hati nak jadi guru  seperti yang dilihat semasa berkursus di Scotland dulu.Selalunya cikgu cikgu disana melayan murid dengan baik sekali.

……setelah hampir tiga bulan mengajar dlm tahun 2012 ini,murid tahun satu telah menunjukkan sedikit sebanyak perubahan.Tadi seorang murid yang dahulunya tak mahu belajar,telah mula mahu menulis.Walau herot petot tulisannya.Bila dipuji kembung kempis hidungnya.

Murid tahun 2 ada yang telah lancar membaca.Hafal banyak lagu dan lancar mengeja cara KSSR.Tapi yang terkial kial pun masih berbaki dua tiga.

Tapi anak anak tahun tiga ada yang buat aku pening kepala.Disuruh menulis,banyak alasan yang diberi.Disuruh membaca mulut langsung tak bersuara.Tapi bila disuruh menari….gelihati tengok mereka bergaya.

Setelah hampir 35 tahun mengajar,aku ambil pendekatan berbeza dari masa bermula:

Homework tidak ditanya pada awal masuk kelas.Buat apa hilang mood dan marah marah kalau mereka tidak buat.Habis perancangan nak ajar hari itu percuma saja.

Bila dah habis mengajar itu ini baru kerja sekolah dikumpul….

Berbeza dulu….kalau seorang tak buat ,habis satu kelas kena denda.Sekarang ni,siap aku berpesan:

Siapa nak pandai,buat lah kerja sekolah dengan baik.Cikgu tak hendak marah marah kerana:

Cikgu bukan naga!

Tapi ada masa ada ketika…….That dragon in me terkeluar juga.

Thursday, March 22, 2012

Educating Them ……action song datang lagi

 

Been terribly busy . Sengal sengal badan akibat misi ke KL minggu sebelumnya pun belum kebah lagi.And in this humid torturous weather….lagilah bertambah sengal badan dan minda ini.

Rasa baru semalam ,mamason merayau sana sini cari ilham untuk mengajar anak anak ini menyanyi lagu Sunshine,Wheel on the Bus dan Lollipop untuk tahun lepas.Kini dia datang lagi.Datang dengan arahan diperbaharui.Hanya libatkan satu tahun dan lagu mesti current dan terkini.

Current dan terkini?

So lagu lagu seangkatan baa baa black sheep , adalah tidak dikehendaki…..

Maka puas mamason tanya sana sini,godek itu ini,surf Myspace dan entah my apapa lagi.Lagu Lady Gaga,Adele,Tom Jones,Rihanna mamason dengari.Lagu Pirate ,Lagu Ghosts ,Lagu Rock kapak mamason cari.Tapi satu pun tak beri ilham.Satu pun tak digemari.

Lebih malang lagi all those yang menolong dan bertungkus lumus menjayakan performance tahun lepas telah berhijrah ke KL masa kini.

Siapa nak tolong buat music…siapa nak tolong ajar dance steps.Siapa nak tolong buat costumes.

I’m really really at a lost.

Ada lagu ,tak ada music

Ada music tak ada dance step.

 

Untuk buat music sendiri,internet dah dilayari…..ah bukan mudah nak difahami.Macam tikus tengok besi.

Untuk mengajar dance moves….aku ada 2 kaki kiri.Ke longkanglah jadi tari menari.

Untuk mengajar menyanyi,aku buta nota  juga melody.Tentu sumbang sana sini.

 

And siapa siapa yang ingat kerja cikgu hanya chalk and talk….Lu Fikirlah sendiri.

Alangkah untungnya kalau kita dianugerah bakat dalam serba serbi.Untuk jadi cikgu yang berdikari.Supaya apa saja kerja yang diberi ,you boleh dengan senang hati :

BERESI!

Thursday, March 15, 2012

Educating Them …… the room.





 

Its been an agony for floating teachers like those teaching English doing their job.Entering a much smudged class after another lesson is not an entertaining idea. If you are one for neatness and cleanliness,lesson wont start until you have everything in order.I mean the rubbish that were strewn all over the floor picked up,the desks and rows straighten up. For me,all these while : No clean room,no lesson.

So its understood by my young pupils that for my lesson ,things should be in order.English books should be on the table.

But to establish the routine,it takes perseverance.And to train young kids it takes ages.Until one day I spied empty rooms which were only utilised by the afternoon religious class.So after informing the admin,I took into myself to turn the store room like class into my English Class.

La tu bilik Kafa….budak budak nakal.Nanti depa kacau. Was the responses I got when they saw me on hands and feet sweeping,arranging,stapling in the once bilik store like classroom.

Hmm budak budak….tapi kalau benda dah elok, mereka saya yakin tak kacau.

Truth be told….. until the last day,the Kafa children helped to take care of the class.I dont see much rubbish on the floor as before and the pictures that I put up were still in tact.

rubbish swept

numbers

The only thing that looked used is the hop and jump…..


Now I can have the picture of Aaron Aziz welcoming the children into the classroom.And year 1,2 and 3 students were eager to greet him.

Hello,hello my dear friend…..

My dear friend,my dear friend….Mr Aaron Aziz.

Tuesday, February 7, 2012

Educating them….. la ni dan dulu dulu.

…………………….

dari ekor mataku,aku ternampak satu adigan yang membuat aku antara percaya atau tidak tentang apa yang ku lihat.

Ahhhh…budak budak itu kan mana tahu apa apa.Itu fikirku.

Tapi bila lagi ku amati,aku tersentak sendiri.

Aku panggil murid itu.

…….. kamu buat apa angkat baju tadi.

Nak tunjuk saya pakai baju dalam.Jawabnya tanpa rasa apa apa.Megah lagi ada.

Kamu pakai baju dalam?

Ya …mak beli colour merah.Hijau pun ada.hari ni saya pakai pink.

Ya aku nampak bra pink yang dipakainya.Menonjol dari kain kurung putih uniformnya.

…….. suruh mak beli t-shirt tau.Bajudalam simpan kat rumah.Dia mengangguk.

Aku tersenyum sendiri bila aku lihat gaya jalannya seakan model victoria secret…..

Aduh anak itu…..apa tahunya.

Dalam pada itu,aku sempat berpesan padanya:

Jangan biar sapa sapa …abang ke ,ayah ke ,kawan ke cikgu ke pegang kamu macam ni…..kata ku.Jangan bagi sapa pun tengok apa kamu pakai dalam baju.

Teringat aku masa membesarkan tiga dara ku dulu:

Eh bila ya aku mula beli mereka bra.Seingatku bukan masa tahun satu.Yang ku pakaikan mereka mungkin hanya vest.Adakah aku yang tak prihatin?

Entahlah…..mungkin peredaran zaman telah laju meninggalkan aku.

Educating them……kerenah mereka

 

Kadang kadang mau tersenyum lebar mengingatkan kisah kisah bilik darjah ini.Macam macam.Serba serbi ada.

 

Setiap kali masuk ke kelas itu,seorang murid tentu menarik perhatian ku.Terleka sikit,tentu dia sudah berada dialam dia sendiri.

Satu hari aku goyangkan bahunya.Sambil menyeka air liur dia tergocoh gocoh mencari buku.

Hari ini ,aku mengajar kelas itu lagi.Ku perhatikan dia tidak memberi perhatian.Geram aku dibuatnya.Dua dua kawan yang sakan bersembang ku hukum bersandar ke dinding.

Masa itu dah 1.00 petang.Cuaca yang berangin semula jadi memang buat semua murid tidak tertumpu pada pelajaran. Menangkap semangat mereka yang luntur ,aku tamatkan pengajaran.

Letihlah cikgu…..bila aku mahu mereka menulis.

Ok sambung kat rumah….Now time to take five.

Semua murid menungkup kepala dimeja.Ada yang terus memejam mata.Tapi masih ada yang meninjau ninjau buku dan kawan.

Well…. its time to take five!

Selepas 3-4 minutes,aku beri arahan semula.

Time to wake up!

Semua murid tangkas bingkas terjaga …….kecuali seorang.Salah seorang yang dihukum .Time to wake uppppp…..aku bersuara.Berulang kali.Berirama.

Sidia masih terlena didinding.Menelengkup kepala ke lututnya.

Aku arah semua murid meneriakkan namanya.

……… wake up.Dia masih terus lena.

Akhirnya goyangan seorang kawannya berjaya membangunkan anak kecil itu.

Haa….pukul berapa tidur semalam.

Sayaaaa…tidur pukul tiga …jawabnya tanpa rasa apa apa.

Hari itu dia balik dengan pesanan guru supaya tidur jam sembilan.Dia menggangguk .

Besok kita tengok…..

Ibu ibu tengok tengoklah anak anak kecil itu akan masa tidor mereka.

 

Aksi dello : tidurku usah diganggu.




terbongkang
lantai bekas banjir

Thats all folks. Byee.