Bersiaran ulangan kita tentang KSSR.Tapi kali ni subjek dia tentang PBS.
Kira PBS ni salah satu cabang dalam KSSR.
Sebelum ni disebut UJIAN...the like of UPSR.....ie Ujian Pentaksiran Sekolah Rendah.yang mana semua orang dah jelas.
Sekarang ni UPSR diteruskan...katanya.Dan selain murid tahun 6 kena jawab soalan subjektif dan objektif,beberapa % pula adalah dari PBS.
Makcik rasa masih ramai lagi dok keliru apa tu PBS....Parti Bersatu Sabah ke?
Oh ya semasa makcik balik semula mengajar tahun 2011 dulu,makcik terperangkap dalam kemelut PBS ni.Tak berapa nak tahu hujung kepala.PBS....PBS...Perabis Beras Sakan.
Macam macam ada.Ada kata buat lagu ni.Ada kata buat lagu tu.
So pandai pandailah cari maklumat.
PENTAKSRAN BERASASKAN SEKOLAH ...oh bukan ujian tau...Ia adalah taksir..Bubuh band 123456.
Tahun tu hanya cikgu tahun satu saja.Tahun ni dah sampai tahun 3
Dan semasa cuti sekolah 2012 adalah jangkamasa cuti sekolah yang tak cuti bagi makcik.Dengan deadline yang kena tepati,dengan system yang amat canggih sekali dalam dunia,dunia pendidikan jadi kelamkabut.
Jangan pula kata cikgu buat kerja last minute..tidak....tapi system hanya dapat dicapai hampir tgh tahun.Jadi kerja cikgu jadi backdated.
Maka bersengkang matalah cikgu cikgu dok melangut depan PC dok keyin data.
Harap tu tahun ni tak jadilah macam 2012.
buku rekod mengajar terakhir hayat. |
laman web KPM yang teramat menyenangkan kerja |
ni belum masuk segala fail peribadi murid |
senarai semak karya sendiri |
Dan kerana PBS nilah yang buat makcik kata:
KSSR....KERJA SUSAH SAYA RESIGN!!!!.
ambik kau.
Cikgu...murid yg ambik UPSR tahun ni..ada PBS gak ke?? confused...
ReplyDeletebtw meja cikgu masih cantik..cuma kertas2 jer..
Noe,
DeleteTahun ni UPSR tak ada PBS lagi.Nanti bila murid thn 3 sekarang ambil UPSR baru ada.Kemajuan pelajaran mereka dikumpul dari thn 1 hingga thn 6.
Tu sebahagian saja...sebenarnya satu ruang tamu penuh bahan.
AsSalam Mamason,
ReplyDeleteKerja kertas utk seorang guru yang terlalu banyak, sampai meliputi kerja murni mengajar pada anak murid. Kesian cikgu2 sekarang.
Nani,
DeleteMemang benar situasi begitu sekarang.Makcik pun naik hairan sbb semua nak berevident..dan banyak yang faham mesti melalui kertas.kalau cikgu tak ada evident berpaper,bila pelawat KPM/JPN dtg masaklah cikgu tu..Fail pula satu kelas bertimbun timbun.Lemas makcik.