Been terribly busy . Sengal sengal badan akibat misi ke KL minggu sebelumnya pun belum kebah lagi.And in this humid torturous weather….lagilah bertambah sengal badan dan minda ini.
Rasa baru semalam ,mamason merayau sana sini cari ilham untuk mengajar anak anak ini menyanyi lagu Sunshine,Wheel on the Bus dan Lollipop untuk tahun lepas.Kini dia datang lagi.Datang dengan arahan diperbaharui.Hanya libatkan satu tahun dan lagu mesti current dan terkini.
Current dan terkini?
So lagu lagu seangkatan baa baa black sheep , adalah tidak dikehendaki…..
Maka puas mamason tanya sana sini,godek itu ini,surf Myspace dan entah my apapa lagi.Lagu Lady Gaga,Adele,Tom Jones,Rihanna mamason dengari.Lagu Pirate ,Lagu Ghosts ,Lagu Rock kapak mamason cari.Tapi satu pun tak beri ilham.Satu pun tak digemari.
Lebih malang lagi all those yang menolong dan bertungkus lumus menjayakan performance tahun lepas telah berhijrah ke KL masa kini.
Siapa nak tolong buat music…siapa nak tolong ajar dance steps.Siapa nak tolong buat costumes.
I’m really really at a lost.
Ada lagu ,tak ada music
Ada music tak ada dance step.
Untuk buat music sendiri,internet dah dilayari…..ah bukan mudah nak difahami.Macam tikus tengok besi.
Untuk mengajar dance moves….aku ada 2 kaki kiri.Ke longkanglah jadi tari menari.
Untuk mengajar menyanyi,aku buta nota juga melody.Tentu sumbang sana sini.
And siapa siapa yang ingat kerja cikgu hanya chalk and talk….Lu Fikirlah sendiri.
Alangkah untungnya kalau kita dianugerah bakat dalam serba serbi.Untuk jadi cikgu yang berdikari.Supaya apa saja kerja yang diberi ,you boleh dengan senang hati :
BERESI!
Bertungkus lumuslah dengan action song. Awal2 ni banyak aktiviti tul kan ....
ReplyDeleteNak cari lagu pun letih kerana tak IT savvy.Jenuh jelajah merata dunia maya tapi bila berkenan ,tak boleh nak save lah pula...nak suruh anak anak,jauh dimata.Aduhai.
ReplyDeleteishh buleh aih...malu saja kot.....
ReplyDeleteUncle,
ReplyDeleteMamason tak malulah kalau untuk ajar anak anak.Siap berjoget walau sumbang mambang.Tapi utk pertandingan rasanya tak tepati piawaian...dia orang nak lagu moden.Mana lah orang macam kami tahu.
Kalau action song bodoh bodoh tu bolehlah sikit sikit.