Saturday, October 31, 2020

trigger like a spark....

 Like a splint  of spark falling on a dry peat  undergrowth. Just like that. Boom, the next thing you know its a massive wild fire. Burning hills upon hills.Nothing spared in its way.



That was what I make out of what is happening right now. Some of us being trigger happy. Saying ,writing,sharing . News or anything that could bring discontent among us. 

Take that case happening in  a far away country and their prime minister's responses. The ripple effect could be felt until over the other end of the globe. 

Yesterday, saw lots of bashing for a tweet . I dont have a twitter account and I dont bother to find the said tweet. But I did read the full writing.. Yeah.. if you just choose a para and exploit it, it could be like a spark. 

Itulah tak semua rakyat Msia boleh memahami tulisan dalam bahasa Inggeris. Hope all my students are not. Tidak rugi cikson ajar bagai nak rak. Thankfully all my children are capable of reading and writing in that  lingua franca.

I do like to read about depression. On the newly acquired radio, I happened to hear a motivator discussing about the topic. This is what he had said.

Pengalaman buruk semasa membesar atau kecil seseorang yang telah dewasa tidak pernah hilang dari ingatan. Akan tersimpan dlm lipatan ingatan. Hanya tunggu spark saja yang akan trigger memori itu. Contohnya lagu ke, kejadian semasa ke . Maka ingatan masa silam itu akan keluar sendiri. Itu mungkin menyumbang kepada depression . 

Lebih buruk lagilah kalau kehidupan semasa pun buruk.

Maka bertuahlah mereka yang tidak mengalami atau didedahkan kepada pengalaman pahit semasa membesar. Kotak pengalaman mereka kosong dan dapat diisi tanpa meleleh keluar. Sdeangkan orang yang terdedah kepada kesukaran itu, kotak pengalaman dia telah penuh dan mungkin menunggu masa nak meletup. Gitu katanya...

Bunga api cantik dipandang. Tapi kalau terjatuh dalam timbunan sampah kering, Boom! Besar kebakaran. 

Thats all folks. May you have a peaceful life. A peaceful weekend.Bye. 


Friday, October 30, 2020

Salam Jumaat....

 Salam Jumaat semua.Semoga dalam keadaan sihat sihat sentiasa,

Diringi radio Nasional, posting ni aku tulis.Lagu lagu lama memang membawa kenangan. Just as you might wonder, kenangan apa agaknya tuuu.

The other day my brother sent me pictures of a place that was nostalgic for me. TANJUNG MALIM held many fond memories.

'Kak, tak dak dah tempat tempat dulu tu. La ni dah lain . Advance sangat.' He was once a student of MPSI and I was sent to teach over there when I was just nineteen. Such a long long time ago.

dulu dulu ...MPSI

Dulu dulu... tanpa dia


Yesterday, he came over to visit me and cikli. We had in mind to have gulai itik. Alas, Kuali Hangaaat doesnt serve one. So we have to be happy with what they have. Over meal, we exchanged stories. 

Rindu terubat bila ada adik adik yang datang menjenguk. Dalam resah covid , dapat bertemu muka dengan mereka anak beranak serta menantu adalah satu kebahgiaan. Hope boleh jumpa adik di Bukit Mahkota,soon. Depa under PKPB. 

Rupanya dah boleh rentas sempadan negeri sekarang ni. Orang KL dah boleh datang ke Perlis rupanya. Harap2 bolehlah anak anak balik sebentar ke Perlis.Rindu sangat la.Or kami ke sana soon.

Ehh mama ni. Tak bolehlah. Itu special untuk suami isteri PJJ. Kata anak. Betullah kot sbb hari tu MKN kata dibenarkan. But, is risky kan. Hope those coming back from red areas are free of covid and do not bring it to Perlis. 

Pagi ni dua isu menarik perhatian ku. Tweet yg dipetik dari posting Dr. M dah jadi isu. Aduhai..Tapi bila aku baca full text posting tu tak pula aku dapati Tun M kata begitu. Sekarang ni kena berhati hati lebih. Mana tau orang boleh petik sebaris ayat dari sebuah tulisan dan memutarbalikkannya. Dangerous gitu. 

Haha... semalam masa keluar, melintasi Joe Lelong, sebuah carpet ku beli. See.. senang benar cikson dipengaruhi. Nampak saja teringin nak beli. Oh well. 

haha...ambikkk
RM 45.



Thursday, October 29, 2020

Like those old days....

 Just the other day when my sister came visiting....

After quite a late lunch, we went some shopping.

Took her to a sub of Joe Lelong... Musa Raja Lelong, housed in the old market place. My first ever although this place has been on quite a while. 

Ehhh.. macam dulu dulu la . The shop were full of household goods . Some of which were displayed the 50 percent discount.

Alas,Musa Raja Lelong was not in sight. Only his recorded voice was played. With him around price could be slashed dramatically. 

Bought a bday present for my sister's grand daughter who had just turned three. A cute and charming little girl. A plastic tiffin carriers and a RADIO for me.

Haha ...A radio!

like those old days... 


WTH did I want the radio for? With everything on the  internet,why did I buy a physical radio. And I chose one that looks like one in those old days.

For keepsakes and fond memories.That is.

Yes the radio was a sweet memory to my dear tt who passed away few years back. Tok ton,the late, would always be near her fond radio. More so when there were quran recitations . Mengaji as we call it.The radio was still with me somewhere but its out of function.

Now...my newly acquired radio is my friend. I could now follow my local FM. Radio Perlis where I could HEAR local news more.Alas radio IKIM could not be located.

My brother from Kedah is coming over today. With his new menantu. Got to simpan rumah asap. Takkan nak sambut oghang dengan rumah ketakketahuan kan..bye.

Kak,tak payah masak apa apa. Kita pi makan gulai itik!

Just realised. Today is a public holiday. Janganlah kedai jual gulai itik tu tutup!

Wednesday, October 28, 2020

Read,write and add on cu ....

 Tergelak tok baca curahan hati cucu .Kena sound dengan ayah,terus ayah tak sayang.

warkah buat ayah..


Anak 5 tahun tu dah cuba try tulis apa yang dia rasa. Which made me remember the antics of my children. Habih dinding pintu ditulis marker pen . Cikson lah yang selalu kena sbb cikson seorang disciplinarian. Abah depa ikut mood. Mood baik, apa pun boleh, tapi kalau off mood merasalah...
And one more, I bagi apa yang mereka hendak ikut needs. While cikli would normally follow their wants. 
Ada clash of interest situ.
Anyway...membesarlah mereka dizaman sebelum gadget madget ni. Their time were books ,comics and ps4. With football or  gathering at the taman padang.
By 7.00 all must be at home. Ciksonlah yang akan lebih . Terjegat kat pagar rumah tunggu anak2. 

Mama tak rock lah . Semua ada peraturan... haha. Really?

Now... it seems that bringing up a child is 
360  darjah berbeza dengan cara cikson dulu dulu kala.
Its about gadget ,you tube, minions..and latest tik tok.

Dulu dulu kalau anak meragam, habih dinding ditepuk sambil tunjuk cicak,lipas,burung and what not. Di arak keliling rumah sambil mulut mendodoikan si peragam.
Berbeza la ni. Anak meragam,gadget
Anak tak temper tantrum pun gadget. You tube jadi sekolah dan tiktok jadi hiburan.

The world has changed. Tremendously.
Its ok. No grudges. Tetapi ibubapa kena guide and control . Try to cut down their time with all those things. Ajar mereka membaca, pupuk minat mereka terhadap physical books. Spend time with them with bed time stories. Di masa itulah boleh bonding antara parents dan anak anak.

Thats all folks. Quite worrisome kan mengikuti pc KKM setiap jam 6 ptg setiap hari. Ada saja pengumuman yg mencemaskan. Lebih lebih lagi bila area yg disebut itu ada orang kita kasihi. Semoga mereka semua dalam keadaan selamat. Latest being kluster Melati....

Stay safe always.







Tuesday, October 27, 2020

Of money,power and survival....

 Just about everything.

Money,power and survival .

Aku ikutlah juga perkembangan semasa tanah air ku yang satu satu yang ku ada. Malaysialah bukan mana mana. Dan bila ada discourse tentangnya, aku bolehlah sikit2 berbicara. 

Rupanya apa yang ku fikir, tak jauh bezanya dengan yang lain juga. Kunjungan saudara ke rumah rancak kami berforum.. tentang senario dan halatuju politik semasa. 

Dan kami setuju... its all about money,power and survival perjuangan poli tikus kita. Tak kira apa parti atau bangsa dan agama. Semalam, riuh di sociamedia, tentang mereka . All selepas pengistiharan NO Darurat oleh YDPA. We have yet to see what these brought us into soon.

Would abah step down?
Would parliament be dissolved?
Who would lead the country?
Would there be GE15 in the midst of the pandemic. Yesterday the positive cases swelled to 1240. The highest ever.
All the questions above must be in every able bodied and thinking citizens.

I was cleaning the house when I received a call that someone was coming all the way from SP to visit me. Jangan masak apa apa,came the reminder. And truth be told, that I wasnt either. Hoho. Nasi goreng sepinggan masa breakfast masih berbaki.While cikli was with his family on some family matter.

Ajak depa makan sajalah kat luar. Suri , Kuali Hangat or Anjung Keli could do. I thought.
They came. Waited for cikli to come back. Then we proceeded to go out for lunch.

Searching for lunch took us on the coastal road of Sungai Baru. Not a single shop was opened. It was still early and all shops along that stretch of road operate only in the evening.
Eventually we entered a premise. E,Dah ikan bakar.
And ikan bakar was soon served.
Sedap juga ikan bakar yang banyak tulang tu. Tapi harga dia aduhai... menjulang julang.
And that siput like buluh too was palatable.
Thanks adik for the treat.







Waktu tengah hari, usah cari makan tepi pantai. Yang dapat dilihat hanya selut dan pemandangan yang kelabu.....

Thats all folks. Bye.
If you like something hot about politics... OSTB might provide you with it. But dont telan bulat2. Use your discretion. Same goes to a few more spots...


Monday, October 26, 2020

Kelepuk kelepek pom pom pom......

 I rushed to my window to see what the pom pom was about. There on the road, the big guy was swaggering... kelepek kelepuk. Kelepek kelepuk came the sound from under carriage. And the engine went pom pom pom. It was a hilarious sight. For me ,that is. 

The big nearly empty bus that usually plies the road in front of my house was a centre of attraction for us folks living within the Kangar-Kuala road. Seeing it as if in a stupor was joke indeed.Kesian dia.

Yesterday day it was quite  a kelepek kelepek pom pom day too for Malaysia. From my astro awani news ,updated to the hour, a lot of things happened.

Istana Negara was once again the  main attraction. The going ons there were reported for all and sundry to see. Tapi kat pintu depan sajalah. Menjalar kereta memasuki nya satu persatu. Dan lebih kurang jam 6 ptg , keputusan pun diumum.

NO DARURAT!

Ntahlah nak rasa lega ka tak lega bercampur campur. No darurat means life as it is. Bolehlah sapa sapa ada nombor, boleh sapa sapa buat langkah itu langkah ini kot. And worse still, Budget ditolak. Jenuh pening 'abah'. 

Dan didalam banyak temuramah yang disiarkan astro, aku tertarik dengan 'openness' mereka yang ditemuramah. One chap put it in a succinct manner. 

Janganlah dok ingat nak kaya saja,sekejap lompat, ingat lah rakyat....well I cant recount exactly.

Yet another news clip touched the string of my heart. In one of the islands off Sabah. An elederly man was seen approaching our askar.Tengoklah video kat bawah ni 


Today..

Semoga all the kelepek kelepuk of yesterday be solved. Or have we got to hear and tonton another round of hullabaloo. 

Bye. Have a meaningful working day dearies.




Sunday, October 25, 2020

1228 !

 1228!
Angka yang tidak mau kita lihat. 
Banyaknyaaaa.

Petang semalam, bila angka postive baru yang diumumkan DGKKM ,kita terkesima sejenak.
Melopong sebentar.
Whaaat? 1228? Biar betulll!
Maka heboh sebentar rakyat Msia tentang ini.

Dah nak jadi Wuhankah kita?

Terthrowback kembali kepada cerita dari Wuhan. Sekitar awal tahun ini .
Semoga kita dijauhi dari menghadapi apa yang terjadi di sana tempoh hari.

* Pesakit jatuh merata rata.
* Hospital penuh. Frontliners tak menang tangan.
* Hospital segera dibina. 
* Pintu rumah dimangga 
* Bau tengik asap mayat dibakar dari crematorium. Body bags bertimbun.
* Burung gagak hitam merata rata.
* Penduduk terkurung menjerit jerit ditengah malam. Bergema suara mereka dari bangunan pencakar langit.
These are what I saw on social media esp.twitter. Jennifer Zeng ( might be wrong) aku ikuti utk mengikuti berita dari sana.Dia suaka politik diAmerika sekarang.

Janganlah keadaan disana terjadi di sini. Tapi kalau kita asyik bertelagah ( orang politiklah)
dan leka, kemungkinan ini tak mustahil. Di tambah pula dengan yang geng pandai pandai sendiri,yang self medicated, hancur kita.

1228!
Its a big huge number. Kalau naik lagi tak taulah apa nak kata.

Tapi...
Kita masih leka. Yang penduduk tidak dari negeri yang kena pkpb masih bersukaria. Jalan sini sana. Macamlah virus itu dok mengembang kat Sabah, Selangor, KL dan Puterajaya saja.
Ehh kalau aku DG KKM,aku jerit kat semua.
DUDUK DI RUMAH tak kira kat mana !

Sekali pikiaq, orang2 yang perlu jalankan kewajipan dan tugas mereka amat diperlukan ,kalau mereka negative,oklah. Kalau semua nak dikurung,sapa pula nak jalankan tugas. 

Buat seketika ini, tak perlulah dok sight seeing, shopping , holidaying. Jom kita sambut seruan DG Hisham dengan duduk di rumah. Keluar hanya utk urusan penting. Walau kita di zon hijau. 
Semalam, saja saja cikson test cikli.
Jom kita pi naik Gunung Jerai. Atau Langkawi.
Hmm fikir dua kali, idea itu aku sendiri kuburkan. Tak beranilah .

There is this video on how pengurusan mayat seorang pesakit covid being done. Antara komen komen terselit satu komen yang mistik. Anak umur 14 tahun dapat melihat rakus dan bahayanya virus covid ni. Ntahlah nak percaya ka tidak tentang orang yang hijab telah dibuka. 
Like me,I could sense something when my hair stood on ends. Macam tiba2 rasa pelik . Sejuk down my spine. 

Thats all folks. 
Rindu dengan keluarga di SP dan Bangi kena kiv . Bila reda keadaan, inshaallah, kita berjumpa lagi. 
Love my brother and sisters. Harap dapat jumpa semula. Sekarang hanya whatsapp saja jadi pengantara.
Same goes to all in my family. 

Bye.jaga diri ya. Stay safe. 





Saturday, October 24, 2020

Tidur yang tak berapa lena........

 Semalam, mungkin ramai antara kita yang tak berapa lena.
Sibuk memikir apa ke bende 'darurat ' yang diperkata selepas menonton sociamedia.
Dalam berita, deretan kereta mewah memasuki istana. Bukan di Istana Negara tetapi nun di Pahang sana. Famos sekejap IMakota. 
Hingga jam dua belas malam, tiada apa apa pengumuman tentang apa nya dia. Tapi ia terus diperkata. Especially on Awani 501 saluran Astro.
Buka forum pun masih berteka teki apa yang bakal terjadi.

By 1201 aku tak ambil pusing. Lebih baik tidur dari dok pening. Memikirkan apa nak jadi dengan negara yang rebut kuasa adalah sering. Beralih kerajaan macam berebut bantal guling. Siapa kuat, siapa pandai dialah jadi pemimpin. Ehh dialah punya autoriti memerintah negara ini. Tak gitu?

Looking back.
I was born in those years during communists insurgencies . When mat sallehs in their shorts could still be found in estates. Jadi tuan estate getah. Juga ketakutan bila dengar berita pertembungan askar kita dengan pengganas. Ada saja kes kematian dari dua belah pihak. My father was got a shrapnel in his leg from the incursion. 
May 13... was it declared a darurat? I was preparing for my SC/MCE. Ketakutan kali ini kerana berita2 rusuhan di KL terutamanya. Berapa banyak yang terkorban. Harta benda dimusnahkan. 
Now, yesterday....

Jam 6.00 terbangun. Semoga hari ini jelas kepada kita apa itu 'darurat' yang diperkatakan. Hope our present govt clarify to the confused rakyat what its all about. Hope they have another word for it. 'Darurat' macam sedikit mencemaskan.

Janganlah ada yang dok buat kacaubilau . Dok ajak orang turun ke jalan. Konon konon kalau tak buat begitu kita pondan...
Tengok Indonesia
Tengok Filipina... 
Tengok Thailand..kata mereka.
Maka covid pun gelak kuat . Chance aku katanya. Utk buat porakperanda.

Thats all folks.
Hope everything just fine. No gaduh gaduh. 

Friday, October 23, 2020

This blessed FRIDAY......

 
Jumaat sudah...
On this blessed Friday, like to wish all umat Islam 'Have a blessed Friday'

With his brother engrossed with Speaking Tom , Pohim is more keen to doing maths.
The just turned 5 year old is interested in doing his maths. He is into multiplication right now. His mother sent me a video of him doing 3x5. While his younger brother is busy dancing to music. 
Teringat zaman zaman masa membesarkan anak anak di nombor 7.
The eldest is into music ,dancing and lakonan. Maths  dia tak berapa berkenan. Tapi oklah. Taklah kecundang ditengah jalan. Ada aktiviti sekolah adalah dia sejak tadika. Menari lemah gemalai. Berlakon pun aduhai... terror dia. Sampai masuk radio Perlis dan dapat bayaran. Menulis novel pun suka sangat dia. 

The second child is into sports. Ada sukan adalah dia. Jadi pemain untuk sekolah dalam banyak acara. Penulisan dia spot on. Cantik bahasanya. Berdikari dalam banyak hal. Pengalaman belajar disekolah asrama penuh mungkin ada baiknya.

The third ,a son, suka bersendiri. Bab maths suka sekali. Ada sekali cikgu dia buat remarks
'How did you get the answer?'  Agaknya cikgu pun confused how he solved the problem his own way. Dia ni bab computer,sejak kecil pun dah terror. Pejam mata kata dia.
How he solved problems with our luggage carrier juga nak tergelak. He was in his primary school. Dia perhati saja gelagat abah dan kawan abahnya dok cuba perbetul alat itu. Berhempas pulas mereka . Last 2 depa give up. Abah masuk tidur, kawan abah balik rumah.
Bangun tidur, dia lihat kerja yang terbengkalai dah siap. 

Yang bongsu pula ,mungkin sebab ada kakak abang yang lead the way, she is full of activities. Jadi guru tari utk kawan2 lebih berumur, jadi penjaga dan pengasuh anak anak di taman kami walau dia pun masih kecil. Macam ketua. 
Di sekolah pula ada aktiviti adalah dia. Menari, menyanyi, bermain musik,bersukan bernasyid...busynya dia. Lebih2 lagi dia jadi Head Girl. 

Remembering all these give me a jolt. I ask myself Why have I not..?
Kenapa aku tak bimbing betul betul mereka dalam lapangan mereka.
Mungkin kekangan masa dan kewangan.Juga tidak kesedaran.
Kalaulah aku kaya... yang pandai menulis, aku cari temapt utk mengasah bakat.
Yang bersukan, hantar ke pusat sukan.
Yang pandai maths, yang pandai menari, yang gemar memasak.... aku asah bakat mereka hingga berkilat.

Melihat kegemaran cucu cucu, ada juga aku beri cadangan supaya parents mereka alert dengan kebolehan dan kegemaran anak anak. 

Well, sometimes a fb posting that I read, bought sweet memories. Regrets, reliefs sprinkled in between too.
I ask myself... Have I done enough? Could I have done more?

Thats all folks. Writing this is not about highlighting my achievements . But what I could possibly do better. 

Bye...


Thursday, October 22, 2020

Berbeza kita...

 Terhibur tengok gelagat budak 2 tahun 10 bulan sorang ni.
Macam macamlah keletah dia.
Tetapi apa yang pasti dia suka sangat membuat pergerakan ikut musik. Kiri kanan,depan belakang badan dihayun.Tangan dan kaki berlenggang.

Kalau tempoh hari dia minta ibunya install apa tah . Well the word 'install' dah jadi sebutan anak dua tahun sekarang ni.
Tiktok... latest vocab dia. Dia minta ibunya buka channel tv yang ada tiktok.Dia nak berdansa dansing dengan TOM...speaking tom tu.


Pandai juga dia menuturkan 'order,grab,corona' dan lain lain vocab zaman ini. Terkejut juga tok dia yang anak sekecil itu dah menguasai vocab begini.

Kan so very different from those days she was raising her children.
Masa tu belum ada dalam kamus anak anak lagi vocab begini.Ehhh..dah lupa pula cikson apa yg dituturkan oleh anak2 zaman 80.90an.
Apatah lagi tentulah vast different dengan zaman cikson.The other day,me and my sisters did talk about our childhood. So so different from now. 

Semalam,lega hati bila urusan perbankan dapat dilakukan dengan jayanya. Sebelum tu cikson berhubung dengan customer call center maxis bertanyakan tentang kelembapan internet diRBL. Seorang lelaki India menyambut panggilan. Rupanya banyak benda yang ciskon ni ketinggalan.Dalam dunia serba cepat berubah, kepesatan teknolgi buat mak cik makcik macam cikson tergelabah. 
Manalah ku tahu internet RBL lambat macam siput sedut akibat dongle yang ku pakai dah ketinggalan zaman. Orang dah lama advance kita masih dizaman batu..huhuhu.

'Am so tired of these things. Malaslah'. I said to my hubby. 'Kalau ada orang muda nak suruh depa saja pi kat service centre'. 
Hmm..I lagilah. Apa pun tak tau. About these tenet menet. Agaknya pohim n fateh lebih tahu dari kita. haha.' came his reply.

Berbeza kita. Yang baru merangkak lagi senang belajar dari kita dari zaman dinasor.





My two cucus.. 




Wednesday, October 21, 2020

Nostalgia...

 Lama benar tak menulis tentang masak memasak. Atau tentang DIY.
Atau tentang JJCM.
Banyaknya tentang covid, cemas hal covid dan berita tentangnya... from my own perspective.Bukan cnp.
Rasanya whatsapp keluarga pun penuh hal ini. Ingat mengingati, pesan memesan dan juga tentang hal hal kehidupan dimasa mencabar ini. 
Yes, our lives is now evolving around this scum of a bug called covid 19. Tak pernah terjangka kan kehidupan kita akan begini. Dalam tahun 2020 ini.

Semalam MKN memutuskan semua office workers kena WFH. Kalau kena masuk office kena ada surat declare negative covid. This covers those in PKPB in Selangor ,KL, Putrajaya, Labuan and Sabah. Well.. this means 3 of my children are involved.
Allahuakbar... anak2 menantu semua ,please take care. Ibu sentiasa mendoakan keselamatan kamu semua 

Seeing a picture sent thru whastapp sent a quiver down my neck...
Bangunan tu pernah cikson kunjungi. Pernah bermalam berhari hari. PV di Taman Melati.Gombak dah ada penghuni dijangkiti....

Dah berhari hari line internet Maxis di RBL ini menjengkilkan. Tergendala segala urusan perbankan. Nak berurusan apa apa kena keluar pekan. Kena pergi bank atau tempat bayaran . Inikan tidak menyenangkan. Lebih lebih lagi dalam masa sekarang. Cikson phobia bertemu orang.
Haritu ,ada orang bersin tepi pun dah jadi igauan.
Lebih baik berkurung di rumah. Sementelah berbuih mulut KKM dok peringatkan. Duduk di rumah!
With my HBP .....
Tapi Joe Raja Lelong dok memanggil manggil. 

Dah... tajuk nostalgia. Sampai akhir asyik dok perihal covid saja.

Gini.. sehari dua lepas ,cikson memasak. Hanya ada ikan temenung se kilo dan sedikit sayur mayur balance . Or yes... ada sebiji nenas. Juga telor.
Maka termasaklah semua nya temenung... gulai, ikan goreng dan ikan bakar.
Juga se pinggan nenas goreng bersalut telor. Or is it telor goreng nenas. Whateverlah...
Maka terthrowbacklah cikson memori memasak zaman muda remaja.
I was in my teens then.
Cara dulu dulu.... ikan bersiang dengan pisau. NO modern kitchen scissors where you can snip snap easily.
Rempah digiling atas batu giling. Sruuuuh sraaaih siap! Tapi berpijar tanganlah .
Dan yang bestnya... masak atas dapur kayu api. Siap belanga tanah liat.

Wow... I tell you not..tt yakni my mum's recipe is the best in the world. Kalau tak percaya tanya cikli.

Dan masakan sayur nya... nenas itulah.

Yang jadi nostalgianya adalah kerana itulah masakan cikson bila di suruh masak. Since I was a teen.








Thats all folks..

On another note... cikli ada bercerita. Ada orang kata kat dia yang dia bertuah. Dapat kahwin cikson.
Cikgu pandai masak. Bertuah lah you kahwin dgn cikgu dari Kedah... hahahah.
Mungkin juga kot.. anak dara pingitan zaman 70 an. Tak pandai berjalan, tempek make up ,berkawan. Yang dia suka  memasak. Nenas goreng telor tu ada orang mengidam tau...
Nenas goreng telor saja kot...






Tuesday, October 20, 2020

Nonetheless....

 Life has returned . The cock is crowing . The cars are vroooming . The sun is peeping . All ready for a new day.Hope its a fine day today. No more of the bleak days of yesterdays. With heavy rain, impending bad weather and floods. 

Been following closely about the covid situation . At home and abroad. Locally we are gripped with fear of the growing number of cases. Having nearly a thousand cases reported daily is frightening. Although it was said that most of them were in detention centres... ie the prisons. 

Nonetheless... life is not  without fear.

Eh... nak di runsingkan apanya cikson. Apa nak takut. Semua tu helah politik saja. Mana ada covid covid ni. Orang mati akibat demam selsema lagi banyak dari covid.

Sepanjang perjalanan hidup.. banyak juga keadaan genting yg merunsingkan ku alamai. Alhamdulillah dapat ditempuhi dengan selamat.

Masa kecil... ancaman komunis. 
Masa remaja...13 May. 
Masa muda...all those crazy demo, liwat cases,altantuya 
Now... masa tua..covid19 pula.
Tak ketentuan politik pun satu hal lagi.Hope they sort out these peacefully. Tak maulah segala tidak kestabilan ini semasa kita tgh berhempas pulas menghadapi wabak ini. Ditengah ketidaktentuan semua ni.

Yesterday,pohim was five. Happy bday cu. 

Bye..Stay safe always. 


Monday, October 19, 2020

Nak senang cara senang....

 Tersentap seketika membaca, menonton, kisah tertangkapnya masterminds scam itu.
Apalagi kalau bukan tentang Macau Scam . Scam yang melibatkan jutaan ringgit . Yang discam atau ditipu pula orang2 pencen kebanyakannya. Hilang ratus ribu wang pampasan pencen atau EPF mereka. Naya.

Seingat akulah, scam menyecam ni dah lama dah. Masa aku mula mula bekerja, aku nyaris jadi mangsa tipu penjualan tanah. Beria ia lah kami teringin nak memiliki tanah sendiri. Maka wang simpanan pun dikeluarkan. Rupanya si penjual atau agen tu kaki putar alam. Ada ka satu lot tanah tu dijual kepada ramai orang. Kalau dibahagikan mau dapat beberapa kaki persegi sorang. Tak kan Naya .

Bila meletup skim cepat kaya Labu Peram ke apa tah, Pak Man Telo, Skim 350 cikson dah lebih cerdik sedikit. Dah lebih waspada. Tak terikut ikut nak cepat kaya. Malah sentiasa beri nasihat pada mereka yang beria ia . Jadi bila skim itu kecundang, aku hanya dapat kesian mereka yang terkesan. Ya lah masa orang beri nasihat, kau orang ketawakan. Kata aku bodoh tak pandai ambil peluang.

Advance betul sekarang modus operandi musang musang scam ni. Pandai betul berlakun. Ada yang dapat panggilan konon nya dari IPD Kuantan, Bukit Aman dan macam2 lagi. Dan ada yang macam kena pukau , terikut dengan arahan mereka. Mujur cepat tersedar. 
Juga misteri sejumlah wang yang tak terkira banyaknya juga sampai kini jadi tanda tanya. Betul ke auta?

Senangnya mereka cari wang. Belanja pun macam wang itu tak akan pernah berkurang. Sedangkan kita berkira walau sekupang. Takut nak belanja tak ketahuan.

Satu yang aku ingin tanyakan. Tak takutkah makan duit dari sumber haram? Memberi makan keluarga dari hasil penipuan. Tak takutkah mereka akan doa orang yang dianiaya? Mana tahu orang yang dianiayakan itu berdoa semoga penipunya dapat balasan hingga ke anak cucu? 

Rasuah satu hal. Penipuan atau scam pun lagi satu hal. Nak senang cara senang......

Thats all folks. Be careful always.Bye.



Sunday, October 18, 2020

900... 20,000... statistics dont lie.

 869 to be exact.
That is the figure as announced during the pc yesterday evening.Kes positif covid19.
Alarming isnt it?
And we a short of only a few hundreds to breach the 20 k figure cumulatively.




Today is a weekend. 
Normally thousands throngs the malls and supermarkets.
Whatever their intention... shopping for needs or satisfying their wants.
That may have to be KIVed for the time being.
No more of the leisure walks around the malls.
No more dining, sight seeing, window shoppings.
FOR THE TIME BEING.

Just now as I surfed the net, news about another mall succumbed to the dreaded virus made headlines.
SOGO being the latest . The 7th floor or IT section had to be closed.

Aduhai... lepas satu satu . Kluster pun tumbuh bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Kluster Central semalamnya . Kepong,Gombak dan beberapa tempat terlibat. Tempat2 ini ada mereka yang ku kasihi. My immediate family members. Risaunya....

Semalam cikli ajak cikson keluar. Namun cikson menolak. Walau Perlis zero kes untuk beberapa hari kebelakangan ini, namun ancaman itu tetap ada. Mana tahu mereka yang kita berseliseh di kedai baru saja jumpa mereka yg berpotensi. Sempadan antara negeri belum ditutup sepenuhnya.
Ramai yang JJCM ke negeri2 lain. Ntah dimana mereka berhenti, dengan siapa mereka berinteraksi. Mana mereka pegang, lepas tu bawa balik ke sini. 
Covid bukan macam denggi, malaria ya anak anak. Boleh dihapus punca. Tiada nyamuk tiada denggi. 
Covid ada dekat kita. Kita yg menyebabnya kalau tak ikut SOP!
Janagn lah dok terpengaruh dengan mereka yg berlagak pandai dari WHO. If we dont believe in WHO,who are we going to believe. WHO? tell me. 
Adakah boleh kita pertikaikan statistik? Saintifik research? Dapatan lab. 
Mujur dalam banyak banyak pemimpin dunia, hanya seorang dua pemimpin dunia yang berlagak pandai lebih dari pakar2 perubatan.
POTUS dan presiden Potugal.
Last 2 dua dua kena covid.
Tapi ada theori yang katanya Trump hanya berlakon dapat covid. Ada udang disebalik batu . Buat2 kena covid utk political mileage dia. 

Statistic dont lie ,they said. But statistic boleh dimanupulasi some said.
Apa apa pun... as the man on the streets.. buatlah pertimbangan terbaik. Jaga diri dan famili. Baca dan ikut perkembangan terkini supaya kita tak terpinga pinga nanti. Orang lain dah bersedia, kita masih tercari cari.

For the time being abstain yourself from going out too often.Jangan berbelanja tak ketahuan. Usahlah dok tebiang nak pi jalan jalan malaysia sementara waktu ni. Lainlah kalau ada hal yang mendesak.

Thats all folks. Keep and stay safe.

*Semalam nampak benar keletihan Tan Sri DG KKM. Tersasul banyak kali masa memberi taklimat. Kesiannya. When I read what they have been under going now , maka keletihan TS amat difahami.
Aku pernah jatuh tersadung akibat keletihan melampau mengurus sebuah institusi . Jauh benarlah bezanya ,besarnya  TS mengurus sebuah kementerian....demi sebuah negara.
Salute and indebted to you,sir and the frontliners. May Allah bless you all. 




Saturday, October 17, 2020

Pray for Sabah,Pray for Kedah,Selangor dan Wilayah...semoga bertabah

 Terbaca di forum tentang keadaan di Sabah sekarang ini.
Cemas dan mencemaskan kalau ikut catatan penulis di laman itu.
Nak share link,tapi kerana bukan member,tak boleh pula.
So just a few sentences copied ...


Kondisi Sabah sekarang:
1) selepas semua bandar di sabah zon merah, kawasan kampung pula mula zon merah seperti di papar dan kota belud.

2) lebih ramai positif di kalangan yang hanya buat saringan saja berbanding dari kluster yang disebut. Bermakna covid mula tersebar meluas dan ada di mana2.

3) masih ada pesakit yang tidak jujur untuk menceritakan hal sebenar terutamanya yang ada riwayat datang dari kawasan lahad datu, semporna, tawau, kunak sebelumnya. Dan tidak menceritakan dengan jujur dan terperinci pernah berkunjung ke rumah keluarga yang disahkan positif covid.....


Dari website KKM dan fb Datuk Seri DG juga dapat kita bayangkan keadaan  di sana. Kalau tidak masakan frontliners dari Semenanjung dihantar ke sana. Test kits , dll diterbangkan. pengawasan keselamatan diperketatkan. Juga volunteers diiklankan.Hospital in tents pun khabarnya didirikan.

Dire situation needs dire need needs dire action... tak gitu.Please, please janganlah sampai macam Wuhan, Iran, Brazil ,Mexico dan USA.

Semalam, dalam sidang media jam 6.00 ptg DS Hisham ada menyenaraikan beberapa kluster baru. Terkini Kedah yang sudah aman sedikit pun ada balik. Di Baling sana. Semoga adik adik yang berada di situ waspada selalu. 

Tetapi... sikit rasa terganggu dengan tulisan tulisan mereka yang memandang enteng tentang soal ini. Mempertikaikan tindakan yang diambil kerajaan . Meremehkan usaha KKM. Melihat suasana ini sebagai satu muslihat politik. Entahlah...bab politik pun dah jadi cacamerba kita.

The other day, I went to a food stall. 
Aaaaaashiiiiim!
Huk huk huk...
Dengar bunyi bunyi ini dari ruang dapur. 
Aduh... makanan dah order.Gimana ni.

Hmm.. mujur tempat kita zero kes. Kata ku pada cikli. Kalau tidak, aku angkat kaki.

Bila si waiter datang, selamba saja aku tanya. 'Batuk ya?' Nak tau dia jawab apa?
Saya tersedak tadi....mujur lagi.

Thats all folks. Semoga apa yang kita hadapi sekarang ni, cepat berlalu pergi. Bye.

what can you make out from this picture?



Friday, October 16, 2020

PKPBD ... whats up cu?

 Dengan PKPBD dikuatkuasakan di Wilayah Persekutuan KL, tok dan wan di Kangar tidak dapat memenuhi impian mengunjungi mereka. Sudah agak lama tak bersua muka. Rindu usah dikiralah... dah meruap ruap sudah!

Those 2 boys .. rindunya keletah mereka. Agak agak apa lah kerenah mereka bersama mommy and ayah. Terkurung di tingkat 8? condo mengadap Batu Caves. Ya, dari balkoni condo tu dapat dilihat bukit2 batu  itu walau berbalam2. Hanya di malam hari nampak neon neon bergermelapan. Meriah.

Di kejauhan ini, tok hanya boleh mengirim doa semoga mereka selamat sejahtera. Berpesan pesan dengan ibu mereka tentang bahaya2 yang ternganga . Risau benau dengan berita tentang covid yg menggila kat sana. The latest being 1 Utama. 

Hanya gambar gambar dan whatsapp menghubung kami dengan mereka. Mujur rumah mereka dipenuhi mainan . Dah seakan gedung Mattel atau ToySeraus. Tanpa perabut2 yang menghalang pergerakan mereka.

Haaa ... ni pun aktiviti mereka seharian.

melukis time... dia kata dia lukis auntie dia

adik pi zoo ya..

Ni adik jadi captain America ya?

Main gua gua...

Ini sebelum PKPBD ...




Thats all folks. Stay safe always.Bye.

Thursday, October 15, 2020

Beli jangan tak beli , bila Joe bawa lori....

 Ketawa anak anak lihat cikson dan cikli dua tiga minggu ni tersampuk hantu membeli.
Kalau lalu kedai hujung di deretan kedai kedai, adalah macam afdal menyinggah.
Cuci mata juga cuci dompet yang tak banyak isinya.

Joe Raja Lelong is here guys.
This guy is famous amos dengan lelongan nya dipasar pasar malam dulu. Lepas tu buka kedai di market Kangar lama. Sekarang beroperasi di Seriab,selangkah jauhnya dari RBL. Pergi makan terpandang kedainya, pergi beli groceries pun terintai intai...

Joe Raja Lelong selalu update tentang ketibaan lori lori dia. Lori yang panjang tu dipenuhi toto, set cadar patchwork, bantal hilton, carpet . Soft furnishing kata orang. 
Set 7 in 1 di jual  RM 60 ,70 gitu.
Yang 6 in 1 pula 45 ringgit.
Cadar patchwork queen size berserta 2 biji bantal just RM 20.
Kalau di PB yg jauhnya lebih kurang 40 km dari sini mau kena upkan RM 10 to 20 ringgit satu barang. So I think berbaloilah beli. 
I did see an add with the same set of 7 in 1 asking for RM 120 including postage. 
The price of this 39 ringgit comforter would be 65 when the lelong session ends. Katanya 25 Oktober permit Joe utk lelong tamat.

'Dik, awat tak ada dah pattern yang makcik nampak dalam fb. Kata semalam lori hantar?'
Senyum si cashier sambil mengetuk peti duit dia.
'Depa mai tunggu sebelum kedai buka lagi makcik'. gitu rupanya. Dan mereka yang datang memborong tu khabarnya bukan saja dari Perlis. 

Kelmarin cikson sambar comforter set 6 in 1 @ RM 45, cadar patchwork 2 set @ RM 20 each. 

Ni lah antara catch nya. Ciklin hari tu borong 4 set 7 in 1 at RM 60 each. 

carpet @ RM 15
Comforter @RM39. Lembut dan geboo.

cadar patchwork with 2 bantal @ RM 20

antara yang di sambar...

Bila Joe bawa lori... semua nak dibeli.
Sebab rasanya harga berbaloi . Harap2 lepas ni Joe bawalah pula pinggan mangkuk pula. Beg tangan ka. Telekung pun boleh. Lelong murah murah. 

Thats all folks. Selamat berPKPB . Syukur Alhamdulillah ,Perlis ok ok saja setakat ini. 

Tomorrow Friday Joe nak lelong mainan katanya. Nak pi cari lego n hot wheels buat pohim n adiknya.Kalau berbaloi pricenya....
Joe selalu update dlm fb dia bila lori dia nak sampai...till then,bye.



Wednesday, October 14, 2020

Kelmarin yang haru....

 Kelmarin 13 Oktober. Hari yang haru biru .
Tapi biarlah dia berlalu. 
DSAI dengan nombornya. 
Abah dengan sidang media covidnya. Perlis pula dengan hujannya.

Di sini, kami sedikit cemas dengan hujan yang tidak berhenti sejak pagi. Seperti memberi alamat yang banjir mungkin terjadi. Ini sesuatu yang amat aku runsingkan. Dulu dulu ,kami masih sihat dan kuat utk cabaran begini. Sekarang dengan kesihatan yang tak berapa, mana larat lagi nak hadapi. Nak angkat, angkut, heret dan seribu satu kerja lagi. 
Gambar gambar yang singgah di fb memang buat aku susah hati. Apalah nasib rumah ku di pekan nanti. 
Amaran MET juga buat gusar naik se decibel lagi. JINGGA tahap amarannya. Mau tak haru kalau benar2 terjadi.Peristiwa tahun 2004 masih segar dalam ingatan.


                                                             Di Ulu Pauh katanya.


Kelmarin juga , anak yang balik menjenguk kami balik ke rumahnya kembali. Nun disebalik banjaran Titiwangsa , disebelah pantai Timur. Jauh perjalanannya. Aku bekalkan nasi puteh dan daging masak kicap buat bekalan. Juga pesanan pesanan . Usah itu,usah ini... hihi.
Mereka kena melepasi Selangor sebelum jam 12.01 kalau tak mau terkandas kat sana nanti akibat PKPB.
Alhamdulillah, jam 7 mereka selamat sampai destinasi.
Juga diangkutnya satu kereta hasil belian di Joe Raja Lelong. 

                                          4 biji comforter... mana nak dapat 7 in 1 RM 60 saja.
                                                      helok helok pula....tapi until 25/10 saja


Tapi.. satu lagi. Yang ni lagilah . Doaku buat dia semoga dia bijak merancana hidupnya. Kehidupannya, kewangannya.

Dan paling paling haru bila aku terbaca kemelut politik masa kini. Hari tu beria ia buat pakatan. Hari ni dok ugut ugut tak mau join dah , nak keluar kerana dah tak dapat kepentingan. 
Bingung rakyat marhaen macam kami. 
Sat kawan, sat dak. Apaaa niiii. Peninlah. 
Dalam dok kalut bab kovid, kalut lagi depa bab kuasa. Apa nak jadi kalau dok buat haru lagi.

Thats all folks my thoughts on the kekalutan dan keharuan semasa kita.

Bye. Selamat berPKPB? buat  anak2 di Wilayah Persekutuan. Jaga diri jaga keselamatan. Mum loves you all dearly. 
To my blogger readers too. Love you all. Take care.

Monday, October 12, 2020

Sambal semangkuk ....

 Semalam yakni kelmarin or yesterday....

Asam pedas Kedah se periuk .Sambal semangkuk. 
Ikan goreng sepinggan . Ikan bakar se pemanggang
Jadi hidangan keluarga cikli,dimasak oleh si isteri. 

Selesai makan, meja dikemas,pinggan dibasuh
Tiba2... tanpa isyarat apa apa
Paip dapur patah terkulai
Kerja basuh membasuh jadi terbengkalai...aduhaiii.

Isssh,isssh... terdengar cikli mendengus.
Alamak, sambal semangkuk tertumpah terus. 
Astagfirullah ,awat lagu ni cikli. Habis dah semangkuk sambal ciklin begini.

Haha... ini lawaknya.
You bagi patah paip tak pa ya!
Disamakan patah paip dengan tertumpah sambal ke meja.
Kalau zaman muda muda mau perang dunia ketiga dengan ulasan sebegini rupa.
Namun . bila tua tua, jadi bahan ketawa.

Meja dikemas, paip dibaiki. Menerobos lebih seratus ringgit kali ini. 
Kali ni, cikson tak mau baiki sendiri, tukang paip dipanggil cikli
Akhirnya... dapur comel ciklin ada kepala paip rumah yang cikson idami. Ada kot sikit sikit macam rumah Datok yang kena cekup SPRM itu hari...hihi. Berangannn..

Thats all folks. Kisah paip patah dan sambal tumpah boleh jadi bahan perang tau.
In any situation, coool and steady always.
Bye... selamat bertugas anak anak.Love u all always.







Sunday, October 11, 2020

Pisang sesikat, tulang se kilo ......


The other day,cikli bawa balik sesikat pisang abu yang masih muda.Pisang dari pokok hasil peninggalan arwah FIL. 

Hmm... masak kari atau masak lemak cili api sedap ni. 
Then , anak yang buat surprise pagi semalam nak makan gulai tulang.
The mother in me, readily agreed.
Gulai tulang dengan pisang abu muda boleh lah nooo.

Maa,my friends dari college nak datang makan tengah hari. Mama masak banyak sikit ya.
This too I readily agreed. Cikson suka berjamu. Memasak untuk tetamu tak jadi hal lah..I said to myself.

Off she went to the market with cikli to get the necessary fresh produce. At 11 they returned. 
Mama, they will be coming at 12. 

Huwaaaa... maka bersilatlah cikson within an hour to cook for her friends.
Daging dan tulang campur rempah kari daging di rice cookerkan.
Ikan goreng digorengkan.
Nasi di tanak . Sambal ditumbuk...cepat dan tangkas.

Lepas dah empuk daging di rice cooker, diatas stove, gulai tulang dialihkan.
Setengah jam kemudian, sebelanga gulai tulang pisang muda siap.

Hampir 1.00 petang tetamu pun tiba.
Surprise!
Rupanya rupanya my tetamu is not her friends, but my friends as well.Ahli keluarga sebenarnya.
Budak niiii.... dia buat prank kat mak dia.Tak beritahu siapa sebenarnya nak datang bertamu.

Lega cikson dapat menjamu tetamu makan tengah hari.
Pisang sesikat, tualng sekilo jadi main menu.
Kari pisang muda.... itulah tajuknya.

Tkasih cik Na dan anak2 cucu yang datang dari jauh lawat kami.
Its been a great pleasure . 
Insha Alah bulan 11 nanti , umur panjang, sihat badan kami ke sana pula. 

Thats all folks..
Bye. Have a safe weekend. Stay safe always.


Gambar diatas bukan gulai tulang pisang muda cikson masak. Ini gulai anak bongsu cikson..cikten's.Rasanya dia mewarisi bakat memasak dua2 neneknya. Umur 10 tahun dah tumbuk sambal belacan jamu ibubapanya. Nasi goreng buat abangnya.