Wednesday, October 14, 2020

Kelmarin yang haru....

 Kelmarin 13 Oktober. Hari yang haru biru .
Tapi biarlah dia berlalu. 
DSAI dengan nombornya. 
Abah dengan sidang media covidnya. Perlis pula dengan hujannya.

Di sini, kami sedikit cemas dengan hujan yang tidak berhenti sejak pagi. Seperti memberi alamat yang banjir mungkin terjadi. Ini sesuatu yang amat aku runsingkan. Dulu dulu ,kami masih sihat dan kuat utk cabaran begini. Sekarang dengan kesihatan yang tak berapa, mana larat lagi nak hadapi. Nak angkat, angkut, heret dan seribu satu kerja lagi. 
Gambar gambar yang singgah di fb memang buat aku susah hati. Apalah nasib rumah ku di pekan nanti. 
Amaran MET juga buat gusar naik se decibel lagi. JINGGA tahap amarannya. Mau tak haru kalau benar2 terjadi.Peristiwa tahun 2004 masih segar dalam ingatan.


                                                             Di Ulu Pauh katanya.


Kelmarin juga , anak yang balik menjenguk kami balik ke rumahnya kembali. Nun disebalik banjaran Titiwangsa , disebelah pantai Timur. Jauh perjalanannya. Aku bekalkan nasi puteh dan daging masak kicap buat bekalan. Juga pesanan pesanan . Usah itu,usah ini... hihi.
Mereka kena melepasi Selangor sebelum jam 12.01 kalau tak mau terkandas kat sana nanti akibat PKPB.
Alhamdulillah, jam 7 mereka selamat sampai destinasi.
Juga diangkutnya satu kereta hasil belian di Joe Raja Lelong. 

                                          4 biji comforter... mana nak dapat 7 in 1 RM 60 saja.
                                                      helok helok pula....tapi until 25/10 saja


Tapi.. satu lagi. Yang ni lagilah . Doaku buat dia semoga dia bijak merancana hidupnya. Kehidupannya, kewangannya.

Dan paling paling haru bila aku terbaca kemelut politik masa kini. Hari tu beria ia buat pakatan. Hari ni dok ugut ugut tak mau join dah , nak keluar kerana dah tak dapat kepentingan. 
Bingung rakyat marhaen macam kami. 
Sat kawan, sat dak. Apaaa niiii. Peninlah. 
Dalam dok kalut bab kovid, kalut lagi depa bab kuasa. Apa nak jadi kalau dok buat haru lagi.

Thats all folks my thoughts on the kekalutan dan keharuan semasa kita.

Bye. Selamat berPKPB? buat  anak2 di Wilayah Persekutuan. Jaga diri jaga keselamatan. Mum loves you all dearly. 
To my blogger readers too. Love you all. Take care.

No comments:

Post a Comment