Saturday, October 17, 2020

Pray for Sabah,Pray for Kedah,Selangor dan Wilayah...semoga bertabah

 Terbaca di forum tentang keadaan di Sabah sekarang ini.
Cemas dan mencemaskan kalau ikut catatan penulis di laman itu.
Nak share link,tapi kerana bukan member,tak boleh pula.
So just a few sentences copied ...


Kondisi Sabah sekarang:
1) selepas semua bandar di sabah zon merah, kawasan kampung pula mula zon merah seperti di papar dan kota belud.

2) lebih ramai positif di kalangan yang hanya buat saringan saja berbanding dari kluster yang disebut. Bermakna covid mula tersebar meluas dan ada di mana2.

3) masih ada pesakit yang tidak jujur untuk menceritakan hal sebenar terutamanya yang ada riwayat datang dari kawasan lahad datu, semporna, tawau, kunak sebelumnya. Dan tidak menceritakan dengan jujur dan terperinci pernah berkunjung ke rumah keluarga yang disahkan positif covid.....


Dari website KKM dan fb Datuk Seri DG juga dapat kita bayangkan keadaan  di sana. Kalau tidak masakan frontliners dari Semenanjung dihantar ke sana. Test kits , dll diterbangkan. pengawasan keselamatan diperketatkan. Juga volunteers diiklankan.Hospital in tents pun khabarnya didirikan.

Dire situation needs dire need needs dire action... tak gitu.Please, please janganlah sampai macam Wuhan, Iran, Brazil ,Mexico dan USA.

Semalam, dalam sidang media jam 6.00 ptg DS Hisham ada menyenaraikan beberapa kluster baru. Terkini Kedah yang sudah aman sedikit pun ada balik. Di Baling sana. Semoga adik adik yang berada di situ waspada selalu. 

Tetapi... sikit rasa terganggu dengan tulisan tulisan mereka yang memandang enteng tentang soal ini. Mempertikaikan tindakan yang diambil kerajaan . Meremehkan usaha KKM. Melihat suasana ini sebagai satu muslihat politik. Entahlah...bab politik pun dah jadi cacamerba kita.

The other day, I went to a food stall. 
Aaaaaashiiiiim!
Huk huk huk...
Dengar bunyi bunyi ini dari ruang dapur. 
Aduh... makanan dah order.Gimana ni.

Hmm.. mujur tempat kita zero kes. Kata ku pada cikli. Kalau tidak, aku angkat kaki.

Bila si waiter datang, selamba saja aku tanya. 'Batuk ya?' Nak tau dia jawab apa?
Saya tersedak tadi....mujur lagi.

Thats all folks. Semoga apa yang kita hadapi sekarang ni, cepat berlalu pergi. Bye.

what can you make out from this picture?



1 comment:

  1. sedihnya tengok gambar last tu..Allah terasa benar letih diorang

    ReplyDelete