Thursday, October 15, 2020

Beli jangan tak beli , bila Joe bawa lori....

 Ketawa anak anak lihat cikson dan cikli dua tiga minggu ni tersampuk hantu membeli.
Kalau lalu kedai hujung di deretan kedai kedai, adalah macam afdal menyinggah.
Cuci mata juga cuci dompet yang tak banyak isinya.

Joe Raja Lelong is here guys.
This guy is famous amos dengan lelongan nya dipasar pasar malam dulu. Lepas tu buka kedai di market Kangar lama. Sekarang beroperasi di Seriab,selangkah jauhnya dari RBL. Pergi makan terpandang kedainya, pergi beli groceries pun terintai intai...

Joe Raja Lelong selalu update tentang ketibaan lori lori dia. Lori yang panjang tu dipenuhi toto, set cadar patchwork, bantal hilton, carpet . Soft furnishing kata orang. 
Set 7 in 1 di jual  RM 60 ,70 gitu.
Yang 6 in 1 pula 45 ringgit.
Cadar patchwork queen size berserta 2 biji bantal just RM 20.
Kalau di PB yg jauhnya lebih kurang 40 km dari sini mau kena upkan RM 10 to 20 ringgit satu barang. So I think berbaloilah beli. 
I did see an add with the same set of 7 in 1 asking for RM 120 including postage. 
The price of this 39 ringgit comforter would be 65 when the lelong session ends. Katanya 25 Oktober permit Joe utk lelong tamat.

'Dik, awat tak ada dah pattern yang makcik nampak dalam fb. Kata semalam lori hantar?'
Senyum si cashier sambil mengetuk peti duit dia.
'Depa mai tunggu sebelum kedai buka lagi makcik'. gitu rupanya. Dan mereka yang datang memborong tu khabarnya bukan saja dari Perlis. 

Kelmarin cikson sambar comforter set 6 in 1 @ RM 45, cadar patchwork 2 set @ RM 20 each. 

Ni lah antara catch nya. Ciklin hari tu borong 4 set 7 in 1 at RM 60 each. 

carpet @ RM 15
Comforter @RM39. Lembut dan geboo.

cadar patchwork with 2 bantal @ RM 20

antara yang di sambar...

Bila Joe bawa lori... semua nak dibeli.
Sebab rasanya harga berbaloi . Harap2 lepas ni Joe bawalah pula pinggan mangkuk pula. Beg tangan ka. Telekung pun boleh. Lelong murah murah. 

Thats all folks. Selamat berPKPB . Syukur Alhamdulillah ,Perlis ok ok saja setakat ini. 

Tomorrow Friday Joe nak lelong mainan katanya. Nak pi cari lego n hot wheels buat pohim n adiknya.Kalau berbaloi pricenya....
Joe selalu update dlm fb dia bila lori dia nak sampai...till then,bye.



No comments:

Post a Comment