Friday, October 16, 2020

PKPBD ... whats up cu?

 Dengan PKPBD dikuatkuasakan di Wilayah Persekutuan KL, tok dan wan di Kangar tidak dapat memenuhi impian mengunjungi mereka. Sudah agak lama tak bersua muka. Rindu usah dikiralah... dah meruap ruap sudah!

Those 2 boys .. rindunya keletah mereka. Agak agak apa lah kerenah mereka bersama mommy and ayah. Terkurung di tingkat 8? condo mengadap Batu Caves. Ya, dari balkoni condo tu dapat dilihat bukit2 batu  itu walau berbalam2. Hanya di malam hari nampak neon neon bergermelapan. Meriah.

Di kejauhan ini, tok hanya boleh mengirim doa semoga mereka selamat sejahtera. Berpesan pesan dengan ibu mereka tentang bahaya2 yang ternganga . Risau benau dengan berita tentang covid yg menggila kat sana. The latest being 1 Utama. 

Hanya gambar gambar dan whatsapp menghubung kami dengan mereka. Mujur rumah mereka dipenuhi mainan . Dah seakan gedung Mattel atau ToySeraus. Tanpa perabut2 yang menghalang pergerakan mereka.

Haaa ... ni pun aktiviti mereka seharian.

melukis time... dia kata dia lukis auntie dia

adik pi zoo ya..

Ni adik jadi captain America ya?

Main gua gua...

Ini sebelum PKPBD ...




Thats all folks. Stay safe always.Bye.

4 comments:

  1. eh dekat dengan rumah adik ipar saya, dekat dengan batu2 besar batu caves tu jugak.. yang menconteng tu nanti mak ayah kena cat lah balik nampaknya ya hihih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syaz, area Batu Muda. Dah hampir setahun makcik tak berkunjung ke sana. Last December thn lalu. Rindunya

      Delete
  2. eh silap, mula2 nampak conteng dinding..apalah mata saya ni, out betoi haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. mujur maknya siap kan sudut contengan. Kalau tidak nahas dinding rumah.

      Delete