Tuesday, September 10, 2019

The wedding of Olin Suhaida 2


Supaya ingatan tak jadi kusam, catatan ini aku catatkan.
Perjalanan menrealisasikan sebuah majlis kecil atau besar tentu ada liku likunya.
Tentu ada keringat yang tumpah, otak yg ligat mencongak dan doa serta mohon limpahan kurnia dari Allah.
Syukur. Amat2 bersyukur kerana dimasa tangan yang sudah terketar2, otak yang sudah lupa2 dan kaki yang longlai melangkah, aku masih gagah.
Ke hulu ke hilir menyempurnakan, melangsaikan ,menetapkan .
Dari katering, kanopi, hantaran,panggilan....aku uruskan
Nak serah pada anak2 mereka dikejauhan,pada cikli dia juga ada masaalah kesihatan, adik2 mereka sibuk dengan urusan.
Aku pula jenis yang tak akan melolong minta tolong. Phone sana sini minta datang. Kalau ada yg menolong adalah. Kalau tak ada aku cari jalan penyelesaian. Syukur aku jumpa mereka yg boleh selesaikan. Namun upah jadi perantaraan.

Maka apa aku lakukan. Aku rangka, aku catat,aku contact.

Ini buktinya....

Lyn and Majdi wedding notes..
Kat bawah tu, catatan Aten's and Safuan's wedding.

Buku ini jadi buktinya yang seorang perempuan baya,boleh saja menjadikan majlis besar a reality. Bukan fantasy. Tanpa banyak pertolongan. Majlis Olin Suhaida berjalan lancar walau macam2 pahit getir yg aku lalui.
Setelah majlis selesai, aku rasa puas...

Oh ya...pengalaman mengatur majlis semasa aku jadi GB banyak membantu.
Juga semua ini takkan berlaku kalau bukan kurniaan Allah. Kalau DIA mengizinkan, datanglah seribu halangan pun, tak jadi apa2.
Bagi mereka yang menginginkan sebaliknya....ingat Allah sebaik2 planner.

the expenses

the guests

the cards

the vendor

in the process of choosing vendors..


Mungkin orang lain ,lain caranya
Duit melimpah, sponsor pemurah,petik jari semua jadi.
Namun saya bangga dalam tempoh 2 bulan, satu majlis comel hasil kerja dua suami isteri serta anak2 dikasihi dapat dilangsungkan.
Worth mentioning lest I forget...my sister and her hubby from SP as well as my sis from KL.

Thats all folks...Bye.

Sunday, September 8, 2019

Di sini aku bertapa


Di sini tempatnya aku bertapa
Sambil jelajah dunia
Berita semasa aku teroka
Yg musykil aku bertanya

Di sini tempatnya aku berkarya
Supaya segar ingatan dan minda
Segala pengalaman aku lalui tak kira gembira sedih atau bertemu puaka
Supaya satu hari nanti aku boleh bukukan buat cerita.Insha Allah.
Atau bila aku mati, anak cucuku boleh tahu apa yg aku lalui di dunia yg sementara
Buat kenangan atau cari pengajaran buat mereka.
Juga Pesan nenek yang tua.

Andai langsir ku kuak
Pemandangan hijau ,berselang seli kelabu dan kelam
Dari sini aku dapat memandang alam
Juga ragam manusia yang terkejar2 dalam kenderaan

Di sini juga aku tontoni berbagai cerita
Kisah gembira, sedih,takut dan juga dosa
Biarkan... aku kata
Selagi tak mengancam keselamatan kita juga harta benda
Namun ,bila kepentingan tergugat, jangan ingat aku diam membisu saja

Mesin jahit singer...
Atas mu sebuah laptop
Tempat aku mencurah rasa, baca berita,berhubung dengan dunia dan juga cari ilmu agama.
Tkasih....tanpa mu...aku tiada apa2.

Saturday, September 7, 2019

siat sekeping hati 2


Maaf... siat sekeping hati 1,3 dan seterusnya terasa busuk utk diletak dlm blog ini.
Maka...simpan baik baik dia buat kenangan peribadi di hari muka
To whom it may concern....siat sekeping hati  aku dedikasikan kpd mereka yg mengsiat2 hati aku semalam. Supaya aku tak lupa pengalaman .

Apa yang kau buat, Tuhan saja membalasnya!

Friday, September 6, 2019

The wedding of olin suhaida 1.

Entah berapa kali ditulis, dipadam ,




Sukacita dikhabarkan,  anakanda kami Rozlin @ Olin selamat diijabkabulkan dengan jejaka pilihan hatinya....nun jauh dari Pahang.
Syukur Alhamdulillah , segala cabaran dan halangan dapat diatasi dengan sabar dan focus.

Beribu tkasih diucapkan kpd mereka yg bersusah payah menjayakan majlis kami.Kpd mereka kami terhutang budi.
Kepada anak2 tokton ,kakak mu sangat berterimakasih. Tanpa kamu kakak mungkin meyembah bumi. Itu pasti.
Kepada katerer dan vendor yang menyediakan perkhidmatan ,cikson sangat2 terhutang budi. Kak Ah Katering, Yati n Cikgu Din kanopi, Hatijah katering, DJ Megat, Rela, Nume Cleaners,door gift vendors  dan mereka yg menyumbang tenaga secara langsung dan tidak langsung.

Terimakasih juga kpd tetamu yang datang dari jauh yang dekat.Maaf kalau ada terkurang layanan yg dapat
Ada dari Labuan,Sabah, Pahang, Banting, Shah Alam. Terkejut kami tuan/puan sudi datang. Malah dari Manchester pun ada seorang. Teruja melihat perkahwinan .

Juga kpd ipar2 dan biras cikson yang sudi jadi jurucakap masa majlis akad, Yang sakit masih gagah datang menjenguk. Yang bertanya khabar.Yang membantu.
Semua ini akan terpahat dalam ingatan.Akan dikenang sepanjang zaman
Segala yang berlaku, Kehendak yang satu.

Dan kepada Allah swt,kami panjatkan syukur atas rahmatmu.
Akhir kata, maaf beribu2 dipohon andai tersalah silap budi bicara. Kepada sesiapa saja. Sengaja atau tidak sengaja.
Kepada keluarga pengantin lelaki, selamat menjadi ahli baru keluarga kami.