Supaya ingatan tak jadi kusam, catatan ini aku catatkan.
Perjalanan menrealisasikan sebuah majlis kecil atau besar tentu ada liku likunya.
Tentu ada keringat yang tumpah, otak yg ligat mencongak dan doa serta mohon limpahan kurnia dari Allah.
Syukur. Amat2 bersyukur kerana dimasa tangan yang sudah terketar2, otak yang sudah lupa2 dan kaki yang longlai melangkah, aku masih gagah.
Ke hulu ke hilir menyempurnakan, melangsaikan ,menetapkan .
Dari katering, kanopi, hantaran,panggilan....aku uruskan
Nak serah pada anak2 mereka dikejauhan,pada cikli dia juga ada masaalah kesihatan, adik2 mereka sibuk dengan urusan.
Aku pula jenis yang tak akan melolong minta tolong. Phone sana sini minta datang. Kalau ada yg menolong adalah. Kalau tak ada aku cari jalan penyelesaian. Syukur aku jumpa mereka yg boleh selesaikan. Namun upah jadi perantaraan.
Maka apa aku lakukan. Aku rangka, aku catat,aku contact.
Ini buktinya....
Lyn and Majdi wedding notes.. Kat bawah tu, catatan Aten's and Safuan's wedding. |
Buku ini jadi buktinya yang seorang perempuan baya,boleh saja menjadikan majlis besar a reality. Bukan fantasy. Tanpa banyak pertolongan. Majlis Olin Suhaida berjalan lancar walau macam2 pahit getir yg aku lalui.
Setelah majlis selesai, aku rasa puas...
Oh ya...pengalaman mengatur majlis semasa aku jadi GB banyak membantu.
Juga semua ini takkan berlaku kalau bukan kurniaan Allah. Kalau DIA mengizinkan, datanglah seribu halangan pun, tak jadi apa2.
Bagi mereka yang menginginkan sebaliknya....ingat Allah sebaik2 planner.
the expenses |
the guests |
the cards |
the vendor |
in the process of choosing vendors.. |
Mungkin orang lain ,lain caranya
Duit melimpah, sponsor pemurah,petik jari semua jadi.
Namun saya bangga dalam tempoh 2 bulan, satu majlis comel hasil kerja dua suami isteri serta anak2 dikasihi dapat dilangsungkan.
Worth mentioning lest I forget...my sister and her hubby from SP as well as my sis from KL.
Thats all folks...Bye.
No comments:
Post a Comment