Friday, September 6, 2019

The wedding of olin suhaida 1.

Entah berapa kali ditulis, dipadam ,




Sukacita dikhabarkan,  anakanda kami Rozlin @ Olin selamat diijabkabulkan dengan jejaka pilihan hatinya....nun jauh dari Pahang.
Syukur Alhamdulillah , segala cabaran dan halangan dapat diatasi dengan sabar dan focus.

Beribu tkasih diucapkan kpd mereka yg bersusah payah menjayakan majlis kami.Kpd mereka kami terhutang budi.
Kepada anak2 tokton ,kakak mu sangat berterimakasih. Tanpa kamu kakak mungkin meyembah bumi. Itu pasti.
Kepada katerer dan vendor yang menyediakan perkhidmatan ,cikson sangat2 terhutang budi. Kak Ah Katering, Yati n Cikgu Din kanopi, Hatijah katering, DJ Megat, Rela, Nume Cleaners,door gift vendors  dan mereka yg menyumbang tenaga secara langsung dan tidak langsung.

Terimakasih juga kpd tetamu yang datang dari jauh yang dekat.Maaf kalau ada terkurang layanan yg dapat
Ada dari Labuan,Sabah, Pahang, Banting, Shah Alam. Terkejut kami tuan/puan sudi datang. Malah dari Manchester pun ada seorang. Teruja melihat perkahwinan .

Juga kpd ipar2 dan biras cikson yang sudi jadi jurucakap masa majlis akad, Yang sakit masih gagah datang menjenguk. Yang bertanya khabar.Yang membantu.
Semua ini akan terpahat dalam ingatan.Akan dikenang sepanjang zaman
Segala yang berlaku, Kehendak yang satu.

Dan kepada Allah swt,kami panjatkan syukur atas rahmatmu.
Akhir kata, maaf beribu2 dipohon andai tersalah silap budi bicara. Kepada sesiapa saja. Sengaja atau tidak sengaja.
Kepada keluarga pengantin lelaki, selamat menjadi ahli baru keluarga kami.


No comments:

Post a Comment