Monday, August 6, 2018

suburkan dengan baja kasih sayang....


Selamat pagi semua yg tersayang.
Lovely morning? Nope so...traces of dark clouds in the horizon. Rain is looming ahead.

Terbaca ttg gempa bumi di Lombok. 7 skala reichter.... sorry not sure of the spelling.3 kali dah dalam tempoh terdekat.
Life ,thus ,is so vulnerable. We may be here today and no more tomorrow.

Anyway....
Semalam aku berkesempatan berbual ttg anak anak. Dan membesarkan mereka banyak kali kaki terpijak onak. The trials and tribulations of a working mother juggling between housework and the classrooms.
Fikiran melayang ke ibukota. Dimana dua cucu kesayangan berada. Fateh and Fohim ...such a dear.
Tidak jemu aku ulang tayang video mereka. Lihat kerenah si abang dan adiknya buat aku lega seketika.

Oh how I wish the brothers grow loving and taking care after each other. Tak ada nak sengketa,berebut apa saja. Dan aku terbaca, kasih sayang antara adik beradik umpama menanam benih pokok  yg perlu dibaja. Dan bajanya free saja. Tak kena apa apa harga.Baja kasih sayang namanya kalau anda masih berteka2 baja apakah dia.

Biasa dengar begini......
Eh adik cepat makan .kalau tidak abang makan
Abang lebih pandai
Adik comel,abang hitam and the list goes on.
Minta sangat ibuayah jangan dilaga lagakan anak2 kecil begini kerana ini bukan baja. Ini racun yg akan menjahanamkan hubungan adik beradik.

Dan sehingga kini, aku selalu menyoal.. kenapa antara aku dan dia, banyak kenangan dukalara. Hingga hujung nyawa, hubungan tak pernah akrab. Ada ada saja. Padahal bukan ada apa pun nak direbut dan diribut. Issssh... pergi jauh jauhlah semua kenangan itu.
This made me think and hope...
Memories about me wont put a damper on others...an antagonist  .

Thats all folks. Nukilan entah berantah pagi ni..
By the way, nak ucapkan ribuan terimakasih pada anak menakan yang dlam remang malam hantar sebeg plastik rambutan. Lekang dan manis semanis pemberinya.Kalau rajin nanti nak buat rambutan asam boi lah.
Tahukah anda buah manggis tahan lebih lama,lebih juicy kalau disimpan dalam perti ais?

Bye..got to go.






Sunday, August 5, 2018

that wandering heart...


Dia sudah balik ,nun jauh di pantai timur letaknya negeri.
Hanya 4 hari saja dia di sini
Tak puas bersama dia telah kembali.
Ke tempat dia mencari rezeki.

Bersamanya,kami
Boleh bercerita sampai pagi
Ke mall, kedai makan dan mana saja tergerak hati
Terhibur juga hati yang sekian lama menyendiri

Teringin aku mengunjungi dia di sana.
Tapi teragak agak saja
Kesihatan cikli antara penyebabnya
Harap2 tu tgh bulan ini ,aku dapat juga jejak tangga

Nak makan sata, keropok lekor tepi pantai
Nak masuk restoran Sara Thai atau yg jual kek kegemaran...eh lupa pula namanya
Nak jumpa Humphrey,kucing Parsi yg gemuk tapi pemalu
Tapi..nak memanjat tangga sayup sayup itu yg berat hati.

lemonade..penawar dahaga

gerobok lama bawa nostalgia lama

Koffee Kitchen dibawanya kami ke sana

anak yang selalu ceria..

rasa macam tahun2 enam puluhan pun ada.

Masa bercuti tempoh hari ke cafe ini kami dibawanya. Makanan sedap ..esp that burger. Tapi mahallah kata cikson ,our taste but not our purse..hihi



Saturday, August 4, 2018

Persepsi

Lantunan dari Pulang yg ditonton tempuh hari.... persepsi ada masa merobah hidup manusia tanpa sengaja.

Persepsi si suami yg kebahagiaan terletak pada harta buat dia betah utk pergi
Persepsi si isteri yang suami sudah melupakan dia anak beranak sendiri buat dia hampir berkahwin dgn yg sudi jadikannya isteri.

Itu dari Pulang.
Kehidupan seharian juga banyak bergantung pada persepsi.

Lihat sidia ramah tamah,famos amos, lepas cakap kita bersepsi yg dia bukan calon jodoh yang serasi.
Lihat dia lemah lembut hingga gigi lebih lembek dari gusi buat kita ingat dia manusia paling baik sekali. Walhal penuh irihati, cemburu dan hasad tersimpan dalam diri.
Lihat keluarga bahagia, ingat mereka tiada masaalah yg menimpa. Rupanya hidup bersandarkan pura pura. Auta belaka.

My life been touched by perception . On numerous accounts and occasions.
Some change my life for the better and some I wish I could alter.

Persepsi juga bawa aku ke daerah ini.
Ingat pengorbanan yg ku buat boleh tenteramkan keluarga ,rupanya jauh sekali. Kucar kacir juga kami.
Haih... banyak lagi persepsi aku yg menyimpang.
Banyak hati yg jadi walang...lebih2 lagi hati sendiri.
Kalau berlainan jalan yg diambil, ku rempuh juga semua gelombang, mungkin hari ini aku bukan aku yg ini.

Well...enough said.
Today I grieve the day I read a comment on fb. By a little girl to her wandering dad.Please ibubapa yang anak2 bercinta dan bercanda dgn suami orang, ingat ada anak2 yg merana kerana perbuatan anak kita. Cubalah sedaya mu jgn menyebelahi anak mu. Ingat anak kecil itu yg mungkin kehilangan kasih sayang seorang bapa. Which I see quite a few.
Bini tak pandai jaga suami... kata siibu yg menyebelahi anaknya yg jadi peruntuh rumah tangga orang
HEY! what a persepsi.
Mau dicilikan saja dgn lada api.


Friday, August 3, 2018

Pulang


Niat utama nak beli busana. Untuk dipakai kenduri hujung bulan ini. Tema champagne gold .
Maka kelmarin aku dan anak ke sebuah Mall dinegeri kelahiran ku. Cikli tidak ikut serta kerana ada urusan katanya.

Di tingkat tiga,poster film yg sedang ditayangkan menarik perhatian. Terpengaruh dengan review yg dibaca,aku berminat untuk menonton. Channel tv ku cari mana tau filmnya sudah masuk tv. Hehe..belum lagi...
Ma nak tengok ka?
Malu lah . Dah lama benar tak pijak panggung. Yg akhir dulu Happy Feet di Kuantan.
Namun, persekitaran yang lengang dan waktu tayangan yg beberapa minit saja lagi mendorong kami untuk menonton.Haha hihi...
Dibangku yg empuk,dalam suasana nyaman ekon yg sejuk,ku lihat ramai saja kaum wanita memenuhi panggung. Umur sebaya aku pun ada . Legaaaa.

Maka wayang pun bermula. Selepas beberapa siri iklan yg agak lama.

Pulang..lakonan Remy Ishak dan Puteri Aishah
Arahan pengarah kesukaan Khabir Bathia.
Epic film ni. Merentasi masa hampir satu kurun lamanya.Cerita benar diangkat dari kisah satu keluarga yg terpisah kerana persepsi si ayah.

Si ayah yakni si suami berpersepsi yg isterinya hanya akan mencintainya sepenuh hati kalau dia berharta. Dua kali dia hilang,namun masih dapat pulang dalam kegigihan dia mencari rezeki yg lebih.
Namun kali ketiga dia pergi,pulangnya dinanti hingga akhir nyawa.Hanya gambar kubur saja kabar yg diterima.
Kenapa dia tak bertindak agresif dan asertif bila dia lihat isterinya bersama orang lain. Kenapa dia berlalu pergi begitu saja. Kalaulah dia bertindak lebih asertif,jalan cerita keluarga ini mungkin berubah.

All in all,aku suka film ini. Berbaloi tebalkan muka masuk pawagam ditgh hari...
ingat ets saja ada special rate

haha... gayat nak ke belakang
Thats all folks.
Misi mencari baju terlajak jumpa Remy.