Niat utama nak beli busana. Untuk dipakai kenduri hujung bulan ini. Tema champagne gold .
Maka kelmarin aku dan anak ke sebuah Mall dinegeri kelahiran ku. Cikli tidak ikut serta kerana ada urusan katanya.
Di tingkat tiga,poster film yg sedang ditayangkan menarik perhatian. Terpengaruh dengan review yg dibaca,aku berminat untuk menonton. Channel tv ku cari mana tau filmnya sudah masuk tv. Hehe..belum lagi...
Ma nak tengok ka?
Malu lah . Dah lama benar tak pijak panggung. Yg akhir dulu Happy Feet di Kuantan.
Namun, persekitaran yang lengang dan waktu tayangan yg beberapa minit saja lagi mendorong kami untuk menonton.Haha hihi...
Dibangku yg empuk,dalam suasana nyaman ekon yg sejuk,ku lihat ramai saja kaum wanita memenuhi panggung. Umur sebaya aku pun ada . Legaaaa.
Maka wayang pun bermula. Selepas beberapa siri iklan yg agak lama.
Pulang..lakonan Remy Ishak dan Puteri Aishah
Arahan pengarah kesukaan Khabir Bathia.
Epic film ni. Merentasi masa hampir satu kurun lamanya.Cerita benar diangkat dari kisah satu keluarga yg terpisah kerana persepsi si ayah.
Si ayah yakni si suami berpersepsi yg isterinya hanya akan mencintainya sepenuh hati kalau dia berharta. Dua kali dia hilang,namun masih dapat pulang dalam kegigihan dia mencari rezeki yg lebih.
Namun kali ketiga dia pergi,pulangnya dinanti hingga akhir nyawa.Hanya gambar kubur saja kabar yg diterima.
Kenapa dia tak bertindak agresif dan asertif bila dia lihat isterinya bersama orang lain. Kenapa dia berlalu pergi begitu saja. Kalaulah dia bertindak lebih asertif,jalan cerita keluarga ini mungkin berubah.
All in all,aku suka film ini. Berbaloi tebalkan muka masuk pawagam ditgh hari...
ingat ets saja ada special rate |
haha... gayat nak ke belakang |
Misi mencari baju terlajak jumpa Remy.
Banyak review mengatakan filem ini bagus. Tak apalah, saya tunggu ia muncul di kaca tv... :)
ReplyDeletebagus film ni kakcik
DeleteSaya pun secara kebetulan saja tertonton film ni. Nanti bila ada on demand rasanya nak repeat lagi. hihi
Saya pun memang suka filem arahan Kabir. Mesti tengok.
ReplyDeleteYa ka Cik Son saya pun duk rasa ralat juga. Kenapa tak pi jumpa semua masa keramaian tu. Kenapa lari...
Sama kita, menyukai arahan Kabir Bhatia. Rasanya bermula dgn film Cinta.
DeleteHmm terfikir jua.. kenapa lari. Kenapa tak semuka saja..Itulah takdir namanya. Kalau org lain mau penumbuk hinggap dimuka kan..