Saturday, August 4, 2018

Persepsi

Lantunan dari Pulang yg ditonton tempuh hari.... persepsi ada masa merobah hidup manusia tanpa sengaja.

Persepsi si suami yg kebahagiaan terletak pada harta buat dia betah utk pergi
Persepsi si isteri yang suami sudah melupakan dia anak beranak sendiri buat dia hampir berkahwin dgn yg sudi jadikannya isteri.

Itu dari Pulang.
Kehidupan seharian juga banyak bergantung pada persepsi.

Lihat sidia ramah tamah,famos amos, lepas cakap kita bersepsi yg dia bukan calon jodoh yang serasi.
Lihat dia lemah lembut hingga gigi lebih lembek dari gusi buat kita ingat dia manusia paling baik sekali. Walhal penuh irihati, cemburu dan hasad tersimpan dalam diri.
Lihat keluarga bahagia, ingat mereka tiada masaalah yg menimpa. Rupanya hidup bersandarkan pura pura. Auta belaka.

My life been touched by perception . On numerous accounts and occasions.
Some change my life for the better and some I wish I could alter.

Persepsi juga bawa aku ke daerah ini.
Ingat pengorbanan yg ku buat boleh tenteramkan keluarga ,rupanya jauh sekali. Kucar kacir juga kami.
Haih... banyak lagi persepsi aku yg menyimpang.
Banyak hati yg jadi walang...lebih2 lagi hati sendiri.
Kalau berlainan jalan yg diambil, ku rempuh juga semua gelombang, mungkin hari ini aku bukan aku yg ini.

Well...enough said.
Today I grieve the day I read a comment on fb. By a little girl to her wandering dad.Please ibubapa yang anak2 bercinta dan bercanda dgn suami orang, ingat ada anak2 yg merana kerana perbuatan anak kita. Cubalah sedaya mu jgn menyebelahi anak mu. Ingat anak kecil itu yg mungkin kehilangan kasih sayang seorang bapa. Which I see quite a few.
Bini tak pandai jaga suami... kata siibu yg menyebelahi anaknya yg jadi peruntuh rumah tangga orang
HEY! what a persepsi.
Mau dicilikan saja dgn lada api.


2 comments:

  1. Persepsi banyak merugikan diri itu pengalaman diri saya sendiri.
    Kalau waktu boleh diundurkan mungkin saya juga mungkin bukan saya hari ini.
    Tapi takdir itu lebih indah bila kita redha. Kini saya berhenti kejar titik yg saya citakan. Umur begini sesetengahnya rasa dah terlambat.
    Tapi ada satu dua yg saya lupa dulu kini saya cuba lekatkan dihati.
    Saya cuma mau happy...

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun rasa begitu. Kalau bersandarkan persepsi,kita tidak dapat tahu hal yg sebenarnya.
      Hingga kini, saya pun rasa terkilan kerana dalam banyak hal,persepsi dibuat hanya dengan andaian.. kalaulah berterus terang.

      Delete