Sunday, September 10, 2017

Life's like that 2....jangan ribut ribut


After settling a few chores on the home front,I steered cikli to the clinic for his daily meet with the nurse do. Let cikli at the entrance of the clinic and proceeded to Agro as I have a few things to buy.

Browsing the ice box for cucur badak..hmm there were none. Checked for the usual karipap.. none again.
Looking up,I saw a long time acquaintace.
Serene saja rupa dia.
Hai..lama tak jumpa. Dok lawa macam tu juga depa..was my icebreaker.

Kak buat apa la ni?
Maka mulalah aku memperincikan apa tugas harian ku.
Besar pahala tu kak. Terpilih untuk jaga suami.
Sejuk hati dengar....

Tak boleh lama2 di situ. After paying for the groceries,proceeded back to KIM. Cikli has finished dressing.

Jom makan..he said.

So without further ado ,to RJ we went. Still early. But brunch we have.
The usual favourite food of pajeri ekor wasnt ready so we settled for gulai ikan temenung borek.
For two it was only 12 Malaysian ringgit.
Mau Anjung tak dapat aih... cikli said.

After brunch cikli requested pasar tani. Adoih..kepala dah pening ni. Takut pula terhoyong hayang nanti. So tak jadi.

At 4 perut meragam lagi.. nak isi
So what to do...goreng karipap. Ok sedaaap.

And by 6 a belanga of kotiau goreng apa saja daa was on the dining table.

It was raining dogs and cats come maghrib. Ninasandaq was no where to be seen. Dia merajuk kerana kena marah . Monyok saja muka bila cikli jentik telinga dia. Tu la...buat lagi perangai tak senonoh.

This morning when cikson opened the front door,there she was... Slambadog saja masuk rumah. Macam tak apa2.

Thats all folks. The daily life of a makcik and pakcik dengan kucing mereka. Yang lain tak ada...
Bye... have a beautiful Sunday.
Ikan pun dah naik harga... RM 10 sekilo dari RM 5 dulu
Ribut kat laut 

se belum ribut...
Taufan Harvey dan Irma
kesian mereka yang kena
Yang kaya..cepat bina semula
Yang tak ada ...merana sepanjang masa.

Saturday, September 9, 2017

DIY..goreng daging tomyam express oooooo


Tentu masih ramai yang ada balance daging korban. Tak tau dah nak masak apa Sabtu ni. Masak yang simple mimple tapi sedaaaap.

Semalam yakni kelmarin pagi2 lagi cikson buat nasi goreng dan goreng balance cempedak. Angan angan tu tak mau lagi masuk dapur tgh hari nanti. Bolehlah buat kerja mop mengemop rumah.

Namun apakan daya...
Jam 12 cikli balik dari klinik. Bersamanya dia bawa ninasandaq masuk sama.
Cikson masih dalam bilik bila dengar bunyi riuh di luar bilik.
Terkial kial cikli halau nina yg telah terjun dari atas meja makan.
Rupanya cikli hanya tutup mangkuk nasi goreng dgn pinggan selepas dia habis makan.

Geram betul tgk nina. Amboi ..dah pandai selongkar makanan.

Tak termakan nasi bekas jilatan nina,Cikson ambil keputusan masak la la tu juga.

Well....inilah yg disajikan utk tgh hari semalam.
daging goreng berpaste tomyam
Daging goreng tomyam express  ooooo.

Daging...besar tapak tangan ,hiris nipis 1 inch square.Basuh dan tos.

Perap daging dgn : 2 sudu makan paste tomyam
                                2 sudu makan sos tiram
                                2 sudu makan sos cili
                                1 sudu teh kunyit serbuk.

Tumis : bawang merah,bawang putih,halia dan 2 btg serai yg diracik nipis .

Lepas bahan tumis wangi,masukkan daging.
Goreng hingga daging empuk. Masukkan bawang hiris 1 labu ,daun limau purut dan cili merah potong.
Masukkan garam secukup rasa. SIAP!

Rasanya seakan daging paprik restoran Siam....Sedap bagi cikson.

Ni kerabu mempelam .
Buah mempelam taiwan pokok cikli didnt go to waste.
Mujuq lagi... rupanya sedap pula buah tu walau masih muda.

Racik buah pelam..julienne..kot kat masterchef
Udang kering tumbuk sikit2
Sos nampla
Cili padi,sikit gula,ikan bilis goreng rangup
Campur semua...voila!

Friday, September 8, 2017

..... depa yg disayangi


Depa.
Depa tu sapa.
Depa adalah mereka
Mereka tu sapa?

Haha...pening.

Mereka atau depa tu cikson tujukan pada permata hati bonda. Tiga perempuan satu lelaki.( Sekarang bertambah 2 lelaki dan seorang lagi pula pada tahun hadapan....1 menantu dan cucu)

Tak ternilai rasanya. Tak ada tolok bandingnya.Rasa cinta pada mereka.
Awal awal semasa mereka kecil,aku ibu yang garang. Cenge. Masih terdapat tulisan didinding or is it on the door of one of the room in our old house lakaran aku yg tak disayangi.Manifasti seorang ibu  pada pandangan anak.

Beg sekolah mereka jadi CSI aku. Mana tau ada apa2 yg aku terlepas pandang.Haha...macam macam aku jumpa. Ingat buku sekolah ke saja yang ada.. haha.
Bunyi saja deringan talipon,telinga dah ku panjangkan nak tahu siapa yang memanggil.
Jangan nak berboyfriend2 masa belajar. Mau aku jege mata besaq besaq.

Anak anak tak aku dan cikli biar balik ikut suka waktunya. Jam 7 dah bercekak pinggang tunggu didepan pagar.Nak keluar malam lagilah..selalu ada perintah larangan.

Mak ni,kami tak dak chance nak berkawan pun masa sekolah.
Orang talipon pun mama dah tercegat dengar.
Luahan hati anak ku satu hari.

Well anak anak...mama rasa itu yg terbaik untuk kamu. Mau kamu sibuk bercinta,pelajaran entah ke mana,cinta pula tak menjamin bahagia.. Sapa rugi?
Dah ditangga U kamu diberi kebebasan .Tapi selalu diperingatkan hala tuju kehidupan.
Dan akhirnya,ditangan Tuhan jodoh diserahkan.
If its meant to be ,it will be.....

I was browsing the Gallery of my Asus when I chanced upon these pictures when they were growing up.

ada style bila posing tangkap gambar

when they were sweet, gula pun kurang manis

one of tne memory

kadang2 masing masing buat gaya sendiri...


Thats all folks..
Saja2 kitar semula kenangan.
Supaya tak hilang ditelan zaman
Yang aku punya anak anak tersayang...

Thursday, September 7, 2017

DIY... jom mewongi


Sementara bahan2 masak di defrost,rumah di kemas sudah, cikson ke laman pula. Kais sini kais sana. Cucuh api sampah yang terbuang. Mata pula pandang memandang.

Isssh sayangnya...buah mempelam taiwan yg sedang membesar dah buruk ditangkai. Tak dapatlah kami merasa hasil tangan cikli yg ini. Begitu juga buah jambu.Terbusy dengan urusan hospital cikson tidak memerhati buah yg dah boleh dipetik itu. Akhirnya dia busuk sendiri.Rugi.

Rimbun pula pokok pandan. Cikson capai pencakar dan goyangkannya. Tak berani nak hampiri sebelum buat begini. Mana tau ada apa apa dicelah celah daun.
Everything ok. Se perdu daun pandan itu cikson cantas.

Hmmm boleh buat agar agar pandan atau masak nasi lemak daun pandan ni...aku berbisik pada diri.

Dan bila masuk ke rumah kembali, ini yg aku lakukan.
Jadi jambangan ruang tamu di hadapan.
Biarlah dia mewangi sampai belakang..

Sometimes rumah ada macam macam bau yang terperangkap walau ada usaha utk mewangi.
Cikson guna pewangi fabrik,air dan cuka utk menyembur di dinding dan curtain supaya rumah taklah tengik sangat.

Oh well...the pandan leaves are now safely in the vase for a purpose.
Biar dia mewongi selagi boleh.
Bila dah kering,ciksonakan racik racik dia dan buat bunga rampai kering ala potpourri.

Itu saja DIY cikson kali ni.... hihi.
selamat dah dia dalam botol ini

jadi hiasan buat hati yg walang 

Yg aritificial pun ada fungsi
Sanggup keluar duit utk yg ini.