Monday, September 15, 2014

UPSR aje pun...kata depa.

Gegak gempita riuh rendah minggu lepas.
Terkejut baboon semua.
UPSR bocor! teriak mereka.Dari pak menteri hingga penoreh getah hujung kampung dikedai kopi satu pagi.
Sabotaj! kata pak meteri paling menteri.
Gantung kerja depa kata pak menteri tak berapa menteri,
Padan muka ...kata pihak lain yang tak sehati..

Baca akhbar dan internet itulah senario minggu semasa UPSR dijalankan.
Dan sehingga hari ini situasi ini belum basi.Masih lagi menggelegak kata orang.
Sana sini tangkapan dibuat .Dan semasa melintasi sekolah sekolah dan Jabatan Pendidikan negeri,ingatan cikson pergi kepada GB2 yang meneraju sekolah sekolah itu.
Entah entah tidur tak lena mereka..cikson terfikir.
Entah entah dah ada  orang jabatan yang serbu  sekolah .Biasalah kalau ada isu.Entah entah dah ada orang SPRM sampai hingga ketangga rumah.

Dan kenangan semasa cikson dalam perkhidmatan pun menerjah .
Ada masa heboh orang memperkatakan soalan spot sebiji naik.Bertuah mereka yang dapat .Maka senyum lebarlah mereka bila keputusan keluar. .....
Honestly all those years,I never place any faith in spotting questions.Ajar sunggoh sunggoh dan berserahlah.
Senang sebenarnya nak bezakan samaada murid betul betul mahir atau hanya disogok jawapan .Tak kemana pun budak yang diajar secara tipu muslihat . Naik tingkatan satu pun dah boleh nampak.5A tapi kemahiran kelaut.Bahasa Inggeris A tapi was jadi wes.Were jadi we re.Suruh buat ayat lagi lah.

Entahlah....sejak cikson ambil SC/MCE lagi soalan spot dah ada.Dan sekarang rangkaian spot menyepot ni adalah seluas langit terbentang dengan kecanggihan alat alat IT .Laju berdesup.Sampai segenap ceruk mayapada.

UPSR aje pun....kata depa.Relax le.






Sunday, September 14, 2014

Bila....kuali dan sudip menari

Hi,.....good morning .
Assalamualaikum.


Eh....masih tidur semua rupanya.Apalagi dengan hujan yang menyiram bumi pagi pagi ni.Sedap betul tarik selimut sampai dahi.

Nothing much to write this Sunday morning.Busy menyibuk didapur bila anak anak dari perantauan pulang sebentar.Dan cikson rasa semua ibu ibu yang seangkatan dengannya pun demikian juga.Tak sampai hati tak jamu makan bila penat penat depa pulang.

Maa...seronok tengok orang pi sini sana.
Eh...dulu kita pun jenuh jelajah Malaysia sampai Indonesia...sampuk yang lain.
Ya la...kita pi pantai.masuk hutan,naik gunung.....laut saja tak selam..
Hmm....I have to agree.With the children grown up and having their own life going for family get together is far in between.What with aging parents and oldsters to cater....
So nasihat makcik masa anak bersama kita ,pi la bawa depa makan angin puas puas.Jangan dok kira sangat.Tangkap gambar banyak banyak buat kenangan.Have fun .Nanti bila tua jadi kenangan.

Hai....dah panjang lebar makcikson dok bermukadimah.Cerita ttg sudip dan kuali dok kat tepi.
Well....back on track.

Cikson nak tunjuk gambar saja.Tutorial akan menyusul nanti ya.( ni cikson tuju kat sorang yang asyik tanya  macamana nak buat )

mee goreng kungfu...asal ada .

ayam masak pedas berlinang

pindang ikan

sayur tinggal batang

tauhu berempah

mee hailam cuba cubaan.

cucur jagung gonyeh gonyeh telan

gulai buah munggai berudang.Yang sakit jangan dok tebiang...hehe.

Cukup la tu saja buat kali ni.....cikten .Resepinya..Jom masuk dapur.
Harini nak masak apa ya....
Oh...ada ketam,ada ayam ada ikan..Rezeki jenuh.Kenduri pun ada.Pilihlah yang mana suka.

Bye....happy weekend.Buat anak yang tak pulang......kesian.

Friday, September 12, 2014

Di wilayah RBL ini....Syukur

Syukur ku panjatkan pada Allah SWT.

Masih dapat ku hidu
Masih dapat ku lihat
Masih dapat ku gerak
Masih dapat ku lakukan apa yang perlu aku lakukan..

Bau ikan masin yang ku goreng semalam masih melekat pada udara
Tanda masih berfungsi deria bau ku.

Hijau warna sarung kusyen belang kelabu berjalur kuning masih adapt ku lihat didepan mataku
Tanda masih berfungsi deria lihatku

projek sarung kusyen

siap sepenuhnya semalam....alhamdulilah

Riuh rendah kokok ayam dan deruan kenderaan bersahut sahutan.
Tanda masih berfungsi deria dengarku.

sebiji telor sehari rezeki kami....jadilah


Rasa pekat nescafe secawan ku hirup.Kepuasan.My elixir of life .
Tanda masih berfungsi deria rasaku..

Syukur.Syukur .Ya Allah.

Aku masih boleh laju menaip dan memikir

Aku terfikir...rakus manusia buat durjana atas dunia
UPSR....kesian anak anak itu.
Tentu riang dapat spot soalan yang diberi
Aha....tentu keputusan anakku gilang gemilang kata ibu.Kata guru.

Aku terfikir ...kejam manusia buat onar atas dunia
ISIS,Israel,Amerika,North Afrika ,Myammar,China...hari hari ada berita
Sana dibom,sini dipancung macam tak ada lain kerja
Atas nama perjuangan kata mereka
Atas nama pembelaan sanggah mereka.

Ya Allah....pagi hari Jumaat yang mulia
Aku panjatkan doa
Berilah perlindungan
Limpahkan rahmatmu 
Tunaikanlah permintaanku

Banyak benar mau ku.Malu aku.Meminta minta .Untuk mereka yang aku sayangi.


Walau bagaimana pun warna dunia
Di wilayah RBL ini
Aku bersyukur.

Thursday, September 11, 2014

Tutorial....jahit sarung kerusi easy breezy



DIY...Sarung kerusi step by step.My easy way.

     Sebelum tu ukur bahagian kerusi dahulu,
    

kerusi


a      1.    Ukur lebar dan panjang tempat duduk.




tempat duduk


b)      Ukur lebar dan tinggi tempat bersandar.


tempat bersandar...dari tepi


belakang

2.Potong kain
a) bahagian tempat duduk                     b) bahagian tempat bersandar               c) pengikat


kain utk bhg sandar....lipat 2

kain pengikat

temapt duduk


3.Jahit
a) bahagian tempat duduk.....jahit kelililing
b) bahagian tempat bersandar...cantum 2.Jahit bhg bawah.
c)pengikat...cantum.



4.Cantum.
Tengok sajalah gambar sbg panduan.Nak elaborate tak berapa ada kepandaian...hehe..

a)bahagian kain utk tempat sandar

hujung sebelah dalam sarung tempat sandar

dari luar
hasilnya...



 b) bahagian tempat duduk

hampar kain atas kerusi


kelim jadi begini

lekatkan pengikat begini

jahit di kedua belah kain


sudahkan begini...ikut suka hati

 Tadaaaaa....hasil kerastangan tua ini.


perlu ada yang dibaiki....letak getah bagi kemas baru rapi.



Ni cara cikson .Pakai redah asal jadi.Ninasandaq pun dah tak boleh cakar lagi kerusi kerusi.
Sapa nak belajar mai cikson nak ajar.Ilmu tak payah lokek.Tapi kalau nak upah boleh juga cari rezeki...hihi.

Bye.Salam.