Gegak gempita riuh rendah minggu lepas.
Terkejut baboon semua.
UPSR bocor! teriak mereka.Dari pak menteri hingga penoreh getah hujung kampung dikedai kopi satu pagi.
Sabotaj! kata pak meteri paling menteri.
Gantung kerja depa kata pak menteri tak berapa menteri,
Padan muka ...kata pihak lain yang tak sehati..
Baca akhbar dan internet itulah senario minggu semasa UPSR dijalankan.
Dan sehingga hari ini situasi ini belum basi.Masih lagi menggelegak kata orang.
Sana sini tangkapan dibuat .Dan semasa melintasi sekolah sekolah dan Jabatan Pendidikan negeri,ingatan cikson pergi kepada GB2 yang meneraju sekolah sekolah itu.
Entah entah tidur tak lena mereka..cikson terfikir.
Entah entah dah ada orang jabatan yang serbu sekolah .Biasalah kalau ada isu.Entah entah dah ada orang SPRM sampai hingga ketangga rumah.
Dan kenangan semasa cikson dalam perkhidmatan pun menerjah .
Ada masa heboh orang memperkatakan soalan spot sebiji naik.Bertuah mereka yang dapat .Maka senyum lebarlah mereka bila keputusan keluar. .....
Honestly all those years,I never place any faith in spotting questions.Ajar sunggoh sunggoh dan berserahlah.
Senang sebenarnya nak bezakan samaada murid betul betul mahir atau hanya disogok jawapan .Tak kemana pun budak yang diajar secara tipu muslihat . Naik tingkatan satu pun dah boleh nampak.5A tapi kemahiran kelaut.Bahasa Inggeris A tapi was jadi wes.Were jadi we re.Suruh buat ayat lagi lah.
Entahlah....sejak cikson ambil SC/MCE lagi soalan spot dah ada.Dan sekarang rangkaian spot menyepot ni adalah seluas langit terbentang dengan kecanggihan alat alat IT .Laju berdesup.Sampai segenap ceruk mayapada.
UPSR aje pun....kata depa.Relax le.
btui kak.ajaq betui betui then biaq la budak jwab.keluaq la soalan apa pun..
ReplyDelete