Showing posts with label chair cover. Show all posts
Showing posts with label chair cover. Show all posts

Thursday, July 13, 2017

DIY...menjahit sarung kerusi makan versi 3 .... simple mimple easy breezy.


 Rutin setahun sekali cikson bila hampir hariraya.

1. Beli kain
    Kain dibeli di Jakel tgh ibukota Malaysia. Pertama kali ke Jakel Mall . Harga around 100 utk kain       13 meter .  Pilih kain yg sturdy bukan filmsy. Kain yg rambu ramba tak sesuai.Sekali pakai dah terburai..

2. Basuh kain
    Kain yang belum dipotong,masuk washing machine . Basuh dan jemurkan.
. Basuh dlm mesin basuh. Tak perlu sabun mabun. jemur tiga suku kering. Angkat

3. Iron kain
     Iron kain utk remove kedut medut
Iron dulu kain. Jgn malas.

 4. Siapkan machine jahit.
     Periksa samada mesin ok atau tak... hehe alhamdulilah test run berjaya.

 5. Ukur kerusi
   i) tempat sandar ( A ). Ukur dari hujung ke hujung. Lebihkan bahagian belakang hingga menutup           bhg yg senang dicakar kucing.
   ii) tempat duduk (B) ukur lebar kerusi... ambil bhg yg terlebar.



 6. Potong kain

potong kain.
sesi potong memotong.

     Kenali ira kain. Guna ira yg tidak memberi . Kalau tidak kain cepat koyak
     Potong 6 bahagian tempat duduk
     Potong 6 bahagian tempat sandar
     Potong 12 bahagian riben pengikat.

kain utk sash

6 keping utk sash.. panjang pendek ikut sesuai kerusi
Besar kecil pun agak agaklah ya
kain yg telah dipotong
bhg badan




7. Sessi jahit menjahit

a) Sambung saja tepi ke tepi kain utk bhg sandar kerusi. Labuhkan bhg belakang. Bhg depan ngam ngam dengan tempat duduk. Kemaskan hujung duanya. Jahit klim 1 inci. Dapatkan bucu yang tepat dgn menyarung pada kerusi. Tanda. Jahit.
Labuhkan belakang. Tutup tempat duduk




sambung bahagian duduk ke sandar




b) bahagian tempat duduk dijahit kelililing. Gayakan di kerusi untuk dapat bucu yg tepat. Jahit bucu. Sambung dengan bahagian sandar.
bahagian tempat duduk
Asal kain segiempat tepat saja.


Kedua2 bhg sandar dan duduk dijahit tindih belah depan utk kukuhkan kain.

cantuman
kukuhkan
jahit tindih utk kukuh seam.


c) Jahit bahagian sash. Senang aja. Temukan kain. Guna bhg belakang. Alih dan kemaskan.
d) Buat tali dengan kain . Just jahit straight.( Untuk jadikan riben)

Nota... jgn lupa guna cara potong, iron  dan jahit. Lebih senang gitu.


sbb tak ada mesin jahit tepi,cikson klim saja tepi 2 kain.

tekan dgn iron panas,pelipat kain.
jahit lurus tepi..


8. Menggayakan dan mencantum.

Sarungkan sarung kerusi.
Lekatkan tali pengikat

bhg tepi jadi begini


guna riben jadi pengikat. Riben dari kain sama.
dari depan.


Gayakan sash mengikut kesesuaian kerusi dan kehendak hati. Cikson guna tali kain utk mengemaskan sash.

gaya kan sash

SIAP! 
riben utk mengikat sarung kerusi supaya tidak lari.
Oh ya... lupa pula. Kali ni cikson letak pengikat kat bawah kerusi... Voila.. sarung kerusi masih tersarung elok walau dah dihenyak tetamu...


haha.... penin juga kepala buat assignment ni. Harap tu dapat memberi ilham buat anak anak sekelian. Cikgu BI pencen jadi cikgu sains rumahtangga.

Thats all folks. Bye.
Kalau ada yg nak tanya atau minta nak translate... silakan ya.

If there's need to translate this post.Do notify. Thanks.

Thursday, April 6, 2017

DIY Chair Cover Simple,Quick and Easy | MATV



Sekian lama mencari cara yg lebih mudah menjahit sarung kerusi RBL,baru berjumpa video ini.
Nampak senangkan..ukur,gunting,cantum, jahit. SIAP.

Meneliti video2 yang lain ,tips yang diberi yg perlu diberi perhatian adalah BASUH dulu kain yang digunakan.

Terbaca dalam fb Kedai yang dudlu yang terkenal dengan GLOBE telah bernamakan SARAH Hughes Globe. Dan dari blog, kain kain cushion yang menarik boleh didapati dengan harga yang lebih murah dari tempat lain. Teringinnya nak jenguk kedai tu dan pilih fabrik yang sesuai untuk dijahit buat raya tahun ni...

Masa anak2 belajar di KL dan kita masih gagah,GLOBE tidak tertinggal dari menjadi kedai yang dikunjungi semasa melawat mereka disana. Lepas tu Globe hilang dimata dunia. Pertama kali jejak kaki ke Sarah Hughes tu pun masa kedai tu mula mula beroperasi. Kedai pun belum establish lagi. Tidak banyak kain untuk jadi pilihan, berlainan sekarang.
Kalau nak baca tentang jualan murah Sarah Hughes Globe boleh baca kat ↪ SINI  

Boleh juga ke fb dia.

Mau sasar kalau cikson masuk kedai kain yang bergantungan,bergulungan kain dan fabrik begini



gambar pinjam

Friday, July 31, 2015

DIY...kerusi raya second edition.Oklah tu...

Tahun ni hanya kerusi makan saja dapat di makeover.
Sayangnya sarung kerusi makan tahun lepas dan barai dek kain yang tak sesuai,cakaran Pong dan juga pong....ong2 yg mendudukinya.haha.
Dua hari cikson ambil utk gunting dan jahit the main parts.
Tapi memakainya yg terkial kial.Berkali kali disarung dan ditanggalkan.
Berkali kali juga dijahit dan dileraikan.
Akhirnya cikson buat pembaharuan....kain sandar dan tempat duduk dicantum sekali.
Tunggu nak jahit getah di bucu sahaja...

mesin tua masih berbakti

entah apa lah makna nya tidak lah pasti. 

Gitulah bila kita membuat sesuatu ,kita perlu sedia utk perubahan yang lebih mantap.Menjahit ni macam therapy minda buat cikson.Bila tekun cari jalan selesai masaalah,hati tak gundah.Jadi otak taklah menerawang entah kemana mana.Fikir masaalah segala.

Oklah tu...
Modal utk kain ...RM 5.00 x 7 meter.Murahkan .
Beli kain kat Kedai Satu Malayisa
Walau ada tulisan yg entah apa apa
Yg penting Pong tak boleh dok cakar ikut suka...

Ha ..nilah kerusi raya RBL utk tahun 2015 ini..Juga susunatur rumah orang biasa2.
Hasil seni seorang pesara  ...hihi
kerusi raya....sarung saja @ 40 ringgit semua.Upah tak kira..haha




kuih n drinks raya.Masih ada belennya.


ruang tamu raya .Sarung cushion mai dari Kuantan sana..



Oklah.Itu saja nak cerita.Bukan ada apa apa cuma utk kenangan esok lusa.

Thursday, September 11, 2014

Tutorial....jahit sarung kerusi easy breezy



DIY...Sarung kerusi step by step.My easy way.

     Sebelum tu ukur bahagian kerusi dahulu,
    

kerusi


a      1.    Ukur lebar dan panjang tempat duduk.




tempat duduk


b)      Ukur lebar dan tinggi tempat bersandar.


tempat bersandar...dari tepi


belakang

2.Potong kain
a) bahagian tempat duduk                     b) bahagian tempat bersandar               c) pengikat


kain utk bhg sandar....lipat 2

kain pengikat

temapt duduk


3.Jahit
a) bahagian tempat duduk.....jahit kelililing
b) bahagian tempat bersandar...cantum 2.Jahit bhg bawah.
c)pengikat...cantum.



4.Cantum.
Tengok sajalah gambar sbg panduan.Nak elaborate tak berapa ada kepandaian...hehe..

a)bahagian kain utk tempat sandar

hujung sebelah dalam sarung tempat sandar

dari luar
hasilnya...



 b) bahagian tempat duduk

hampar kain atas kerusi


kelim jadi begini

lekatkan pengikat begini

jahit di kedua belah kain


sudahkan begini...ikut suka hati

 Tadaaaaa....hasil kerastangan tua ini.


perlu ada yang dibaiki....letak getah bagi kemas baru rapi.



Ni cara cikson .Pakai redah asal jadi.Ninasandaq pun dah tak boleh cakar lagi kerusi kerusi.
Sapa nak belajar mai cikson nak ajar.Ilmu tak payah lokek.Tapi kalau nak upah boleh juga cari rezeki...hihi.

Bye.Salam.