Friday, September 12, 2014

Di wilayah RBL ini....Syukur

Syukur ku panjatkan pada Allah SWT.

Masih dapat ku hidu
Masih dapat ku lihat
Masih dapat ku gerak
Masih dapat ku lakukan apa yang perlu aku lakukan..

Bau ikan masin yang ku goreng semalam masih melekat pada udara
Tanda masih berfungsi deria bau ku.

Hijau warna sarung kusyen belang kelabu berjalur kuning masih adapt ku lihat didepan mataku
Tanda masih berfungsi deria lihatku

projek sarung kusyen

siap sepenuhnya semalam....alhamdulilah

Riuh rendah kokok ayam dan deruan kenderaan bersahut sahutan.
Tanda masih berfungsi deria dengarku.

sebiji telor sehari rezeki kami....jadilah


Rasa pekat nescafe secawan ku hirup.Kepuasan.My elixir of life .
Tanda masih berfungsi deria rasaku..

Syukur.Syukur .Ya Allah.

Aku masih boleh laju menaip dan memikir

Aku terfikir...rakus manusia buat durjana atas dunia
UPSR....kesian anak anak itu.
Tentu riang dapat spot soalan yang diberi
Aha....tentu keputusan anakku gilang gemilang kata ibu.Kata guru.

Aku terfikir ...kejam manusia buat onar atas dunia
ISIS,Israel,Amerika,North Afrika ,Myammar,China...hari hari ada berita
Sana dibom,sini dipancung macam tak ada lain kerja
Atas nama perjuangan kata mereka
Atas nama pembelaan sanggah mereka.

Ya Allah....pagi hari Jumaat yang mulia
Aku panjatkan doa
Berilah perlindungan
Limpahkan rahmatmu 
Tunaikanlah permintaanku

Banyak benar mau ku.Malu aku.Meminta minta .Untuk mereka yang aku sayangi.


Walau bagaimana pun warna dunia
Di wilayah RBL ini
Aku bersyukur.

No comments:

Post a Comment