Monday, February 27, 2017

Biar sampai Beijing


Dalam ratusan buku didalam longgokan,aku mencapai 2 antaranya.
Masukkan dalam troli hanya dengan membelek tajuk saja.
Dan semua buku2 itu adalah dalam bahasa Inggeris. Tiada BM atau arabic.
Dengan RM 10.00 aku dapat dua buah buku yang kalau dibeli dikedai Konokuya atau Popular mau berganda ganda harganya.

Buku2 itu aku letakkan dipenjuru rumah tanpa dapat membacanya kerana sibuk dengan urusan harian. Urusan siibu yang mahu menjamu anaknya bila mereka kembali ke rumah buat seketika. Jadi dapurlah tempat berperap.

Hari Sabtu anak balik ke tempat kerja dan siibu punya masa utk membelek buka yang dibeli.
Antara topik topik dalam salah sebuah buku itu adalah tip tip utk pengurusan perkahwinan. Perlukah lagi buku2 begitu buat orang tua macam aku yang dah hampir 4 dekad berumah tangga. Tentu pandai segala selok beloknya. Mai saja apa masaalahnya tentu aku dapat menepisnya....

Bukan aku. Selagi berdaya,membaca adalah kegemaran utama. Terutama buku buku motivasi diri dan juga panduan utk berkongsi. Tak perlu mendabik dada kita dah tahu semuanya..Macam murai yang pandai berkata kata.
antara buku yang dibeli...tapi yang ini pilihan anak dearie..
Adalah tu projek yg diingini.

Kenapa aku jarang memuat dan membincang hal hal politik dan agama..Aku juga suka mengikuti ruang ruang ,blog blog dan forum yang membincangkan berkenaan topik topik ini. Tapi untuk menghurai dan menulisnya biarlah pada mereka yang lebih arif tentangnya.

Masih ku ingat semasa mengajar dulu,aku suka mengajak anak anak murid membaca akhbar. Zaman dulu mana ada segala gadget moden ini. Aku membeli surat khabar utk rujukan mereka . Dan pernah suruh semua murid membeli satu naskah akbar yang sama dan pada hari yang sama. Puas aku ajar mereka guna pendekatan .. Newspaper in Education. Setiap gambar, advertisemnet, berita dimanafaatkan. Comprehension, games,gambar dapat aku ajar guna paper itu .Dan akhirnya aku amat gembira dapat feedback dari seorang ibu muridku.

Anak saya tak pernah sentuh paper. Tapi semenjak cikgu ajar dia, jenuh berebut paper dengan bapanya.


Dalam menuntut ilmu... biar sampai Beijing. Tak rugi I tell u. Bye.

Yang ini dibeli ibu...
mungkin berguna buat panduan menjaga cucu.
By the way...buku2 itu antara yang dibeli bulan ini di Aeon Big.
Ada yang dibeli di KL central hari pi Lexis hari tu

definisi kaya.... gembira dengan apa yang kita ada ,adalah kaya sebenarnya.

antara buku yang di beli...baca belum lagi
Tapi nampak gayanya kaya isi
Ingat kahwin bertahun tahun dah pandai ke serba serbi
Tambah2lah yang usia perkahwinan baru dua tiga ratus hari.


No comments:

Post a Comment