Tuesday, January 17, 2017

Sambung cerita...sudah jatuh ditimpa tangga.


Hi people,. Nina's back again.
Nak sambung cerita tadi...

Walau nampak letih hap hap,akhirnya mamson aka cikson berjaya naikkan ke semua tudung tirai yang berat berat tu.Sorang sorang dia panjat,turun,panjat turun tangga aluminium tu. Sekali masa dia nak turun,entah apa dia fikir, terjelepuk dia jatuh dari 3 anak tangga. Mujur lagi dia sempat seimbangkan badan. Kalau tidak mungkin tersembam.

tangga yg diceritakan
Sakit juga badan yang hampir se tan tu cuba nak jadi acrobat terjerelus. Mujuq juga tak ada apa apa. Kalau tidak naya. Tau benar dia kalau dia sakit ,semua kerja tergendala.

Dan selepas rehat seketika ,mamason sambung kerja. Kali ni tingkap living room pula. Sini curtain dia lagi berat. Mujur. Mujur dia berjaya menyudahkan kerja yang sebenarnya kena guna tenaga orang muda.
semua tudung tingkap berjaya dinaikkan
Barulah redup rumah kelihatan
Tudung kerusi pun dah kusam
Sedap cikli tidur bila aircon dipasangkan
eh..kipas pun di onkan.
Jenuh la karan.

Dan disinilah tragedi buah apel berlaku kali kedua.
Setelah melipat tangga,cikson kena buka pintu gelongsor pula. Semasa meletakkan tangga seketika,di hempasnya tangga. Dia ingat lantai yang kena. Haha..kaki dia yang jadi mangsa. Awat tak kecepoh terjengkit menahan sengsara. Luka kaki dia.

Ha... itulah ila dah tua. Nak buat kerja macam orang muda. Sakit2 pun nak gagahi juga.
Cepat2 dia sapu listerin. Pedih tapi cepat lega.

Folks..that the story of my human mama...mamason.

Bye..

Ninasandaq





No comments:

Post a Comment