Hari ni dah masuk hari Jumaat.
Cuaca pagi suram saja. Tiada cahaya matahari menyinar.
Macam nak hujan saja...
Harap harap tu tak jadilah macam cuaca petang semalam.
Ribut!
Masa tu ketika hampir senja,nun di seberang sawah,langit nampak pelik.
Ada satu garisan hitam diatas warna kuning.
Nak hujan malam ni nampaknya.
Lalu ,lepas maghrib, sedang tonton berita, terdengar angin yang agak kuat bertiup diluar rumah.
Guruh dan petir pun sabung menyabung.
Tak lama, masuk beberapa gambar dan rakaman video lewat whatsapp .
Perlis kena puting beliung!
Syukur, warga kerja pusat immigration dan kastam di Padang Besar yg sedang di quarantin di ILP bebas covid. Tidak mau la Perlis hilang status hijaunya. Namun kena hati hati juga.Jangan dok merayau sini sana.
Ni antara gambar2 yang dikirim.
Yg video tu takut nak upkan kerana dikhuatiri video lama....
Gambar dari whatsapp .
Stay Home,stay safe
Bye.
Di KL pun sekarang ni, petang jer hujan.
ReplyDeleteSekarang ni, pagi-pagi pun dah hujan ni...
Stay safe Azie. Musim2 hujan begini gusar juga dok pikiaq bab anak2 diKL nun.
Delete