Showing posts with label Malaysiaku. Show all posts
Showing posts with label Malaysiaku. Show all posts

Friday, October 14, 2016

Berkat Jumaat...Berita dari penghujung negeri

Add caption
 Just to start my day with:
Salam sejahtera diatas anda. Semoga diberi kesihatan fizikal dan mental yg baik. Dipermudah dalam segala urusan . Berlapang dada dengan cabaran.

Yes, hidupa tanpa cabaran bukan hidup namanya.
Kaya raya pun kita ,cabaran tetap ada. Namun andai miskin harta,cabaran tentu berlipat ganda untuk menghabiskan sisa sisa usia yang ada.
Jiran kita Thailand sedang mengharungi saat sedih mereka dengan kemangkatan King Bumiphol. Raja yang disayangi rakyat. I have written about his greatness and kindness to his men before.No wonderlah berjujuran airmata rakyat Thailand bila berbicara tentang raja mereka.


On the home front.Kecoh semalam sekolah terbakar. Masa budak2 ambil PT3 pula tu. Tentu kelamkabut jadinya. Mujurlah tiada kemalangan jiwa.
Add caption
 Musim bubuq sora dah tiba. Sana sini orang mengucainya. Teringat tt. Selalu dia tak miss memasak bubur ini bila tiba bulam Muharram.
Kadang kadang ada rezeki dapatlah sebekas dua bubur ini . Manis,lemak dan full of nuts.


Hati berdup dap menunggu datangnya Selasa depan. Takut dan seriau juga mengingatkan. Air pasang Besar yg terbesar akan datang. 3.5 meters dianggarkan. Tentu ada kawasan yang tenggelam. Lihat gambar gambar setengah tempat coastal areas Selangor dan Perak hati kuat bergoncang. Haiwan laut dah mula naik daratan. Tanda ada sesuatu yg akan datang.Ingat beringatlah kawan kawan. Jangan dok pi memancing tak ketahuan.

Hari tu tengok cikli terkial kial memasang mata kail. Cikson tengok saja. Nak tegur takut pula.....
Suami I bukan boleh ditegurin tentang apa yang dia suka. Takut perang dunia...haha. Janganlah dok pi sewa bot memancing macam zaman muda muda..

Oklah... itu saja berita,cerita dari utara.
Tak sabar akhir bulan bila anak anak tersayang nak balik semua.
Ha...apa ya nak masak nak jamu depa?

Keep safe everybody.
Love you all.

Tuesday, October 11, 2016

Bila dunia mengecil ...cerita di sana sini

Well...never envisioned/envisaged that life changed dramatically within my lifespan.
Masa zaman anak2 berhingus....nearly none of these super duper ciptaan manusia yg mengubah cara hidup kita.
Dulu...hanya radio jiran menyampai berita
Jenuh telinga dipanjangkan untuk curi curi dengar sama.

La ni ...nah...majunya manusia
Berita/cerita nun jauh di Amerika masuk terus living room rumah kita. Same time. Walau kita di hemisphere berbeza.
Zaman kita dulu mau berhari hari baru berita kita terima.
Thanks to Astro CNN,CNBC, Aljazeera dan bermacam siaran berita dunia.
Kalau masih tak puas ,cari saja dalam interneet. Google kan ada!

Hmmm...coming back to berita hangat dan hangit dari benua Uncle Sam. Kelmarin dan sampai pagi ni tak habis cerita/berita tentang Presidential Debate antara Clinton dan Trump. Aduh...termiss pula debate tersohor tu. Buka tv pun lepas terbaca kat forum.
But anyway,kupasan dan ulasan yang dibuat buat fikiran tertanya tanya:
Bilakah di Malaysia akan ada macam ni meraka yang bertanding berdebat untuk menyatakan apa yg mereka juang on life tv. Supaya kita rakyat biasa biasa dapat menilai sebelum undi kita buat come PRU 14. Berangan lah kalau kalau Malaysia maju sampai debate macam ini diadakan free for all to hear and see.

Coming back to the debate...
Sebagai wanita,salute to Hillary, despites all the spats Trump spatted on her,she kepat her demeanour.
I'll put you in jail....kata Trump .
Mujur kita tak punya ahli undang undang yang punya perangai macam Trump,balas Hillary.
Lagi satu...point Trump untuk tramp Hillary Clinton dengan cerita salahlaku suaminya macam tak berapa jalan...Ya la ..yang salah laki dia. Bini dia mungkin makan hati.

Interesting juga nak tau apa kesudahan election ini.
Kalau Trump jadi presiden.....beringat ingatlah kita.

Bila tv masuk ruang tamu,dunia pun mengecil....

Bye...
Oh ya... IMDB pun masuk tv hari ni...

Sunday, October 9, 2016

Hujan pagi...sejuk hati.

Usually at this time of the day,RBL dah mendapat cahaya dan haba sang mentari.
Location dia menbuat dia mendapat cahaya matahari sepanjang hari
Mau panaih tak terhingga kalau hari dah tengah hari
Menggelupur semua insan insan dan haiwan yang bermastautin di sini.

RBL mendung pagi ini
Lihat tu...berlari lari menjengket saja sinina dan si tam dari depan ke belakang rumah.
Tak terpijak simen dan tanah
Nak bersantai dibawah teduhan porch depan rumah,takut dia pada si bully ala sibaju merah
Sapa lagi kalau bukan si Luna yang dah ishtihar depan rumah dia punya wilayah..

Kesian tengok dua beranak tu
Ke belakang rumah mereka berundur
Mencari perlindungan dari hujan dan panas mentari
Juga memohon sesuap nasi dan se potong ikan buat mengalas perut yang lapar.

Dalam dunia haiwan,macam juga dunia insan
Ada yang suka jadi pembuli
Tunjuk ranggi

Hujan yang turun di pagi hari
Buat mentari lari sembunyi diri
Kalau ada pun sipi sipi saja menyinari
Maka sejuklah sedikit RBL pagi ini.

Namun hati cikson masih bimbang
Ingatannya melayang nun jauh beratus batu
Eh... dah dibaiki ke bumbung apartment KMPH yg bocor itu..?
Musin tengkujuh dah hampir menjengah

Hujan pagi...sejuk hati
Tapi bukankah...4,5 hari lagi amaran dah dikeluarkan
Penduduk di kawasan pantai di johor diingatkan
Fenomena air pasang besar pula yg akan datang.

RBL pun taklah jauh dari kawasan pantai
Tambah berada dikawasan yang landai
Mau berdebar juga hati andai dibadai
Banjir......






langit kelabu pagi ini


Si Nina membawa diri
Atas tunggul ini
Moga2 kita semua selamat.



Friday, October 7, 2016

Biar berkat

Bangun sebelum 6 pagi
Masak nasi goreng buat suami
nasi goreng kung fu...di Perlis
Bangun 5 pagi
Masak oleo oleo apa entah yg aku tak berapa mengerti
Untuk potluck pejabat katanya nanti

oleo oleo .....pahang
Bangun 7 pagi
Senyum dari pipi ke pipi
Buat daddy dan juga mummy
Sebiji biskut dikunyah dengan wajah happy.

biskut...di wilyah persekutuan...
Hidup biar berkat
Buat apa apa biar bermunafaat
Jangan ambil jalan pintas jalan dekat
Nanti tak dihampiri malaikat.

Hai.....membaca,menonton emas berbungkal bungkal,duit berkoyan koyan yang dirampas SPRM buat hati rasa marah. Tamaknya mereka. Haloba itu sebenarnya.
Tertanya tanya...siapa mereka. Dari 2010 mereka kaut berjuta. Sekarang baru terbongkar semua.
Tak hairanlah kalau projek kerajaan beria ia di war warkan. Tapi ada sampai ke sudah dikuburkan.
Ada siap papan tanda,masuk paper....tapi projek tak jalan juga.

Di pagi Jumaat yang berkat ini,aku panjatkan doa pada Ilahi.
Lindungilah kami,anak cucu kami dari jalan yang tak diredhoi.
Berkatkanlah rezeki kami.
Amin.

Tuesday, October 4, 2016

Aku dah kata....1

Riuh rendah dalam media . Berita utama tv dan surat kabar mau pun fb ,wassap dan seangkatannya.
Mereka separuh telanjang dan hanya berseluar dalam!
Seluar dalam?
Salahke....
Kalau dalam bilik mereka, telanjang pun tak salah kecuali mereka berdiri ditingkap untuk tatapan penghuni lain. Itu dinamakan flasher dan boleh dikenakan tindakan undang2.

Yang lagi salah adalah menjadikan bendera Malaysia sebagai seluar dalam. Kurang asam!
Mereka rakyat Australia datang untuk FI di Sepang. Kalau mereka berseluar dalam Australia itu lain cerita pula.

betul ka letaknya ?
Semenjak hari Merdeka dulu lagi,aku macam tidak berapa berkenan lihat bendera Malaysia dijadikan pakaian. Aku google tatacara pemakaian bendera ...boleh dan tak boleh nya.Dan ini yg aku jumpa...
Bendera tidak boleh dijadikan pakaian,hamparan atau perhiasan.Letaknya juga kena ambil perhatian.

bendera sebagai baju....boleh ka?

boleh ka diletak di mana mana?
Membaca etika bendera atau flag etiquette ada banyak boleh dan tak bolehnya. Ada peraturan yang perlu dihormati.

Bukan boleh hentam ikut suka saja. Dan bila lihat bendera dijadikan baju ,aku geleng kepala....
Mungkin budak budak Australia tu tengok ramai rakyat Malaysia pakai baju bendera kebangsaan ,mereka pun teringin nak ikut sama...
Aku dah kata ....nanti2 adalah yang buat spender pula bila lihat ghairahnya orang Malaysia buat bendera sebagai pakaian.
Anda bagaimana? suka ke tengok bendera kita digayakan beranika ragam?
Remembered that day I wore that scottish kilt skirt.
Tau tak orang Scotland tak suka foreingner pakai baju kebangsaan mereka.
Itu pakaian tradisi mereka...bendera lagilah..Mau tak balik negeri.


Monday, October 3, 2016

Friday to Friday....jln2 cari makan Perlis n Gambang

Sibuk dengan urusan sakit demam anak beranak,dapurku kurang berasap semasa kak long kembali bercuti tempoh hari.
After the Langkawi escapades , aku jadi drebar anak utk ke mana2. Ke Hospital Sultanah Bahiyah ,ke KMC Alor Setar atau jalan2 di Kangar. Mujur cikli tiada urusan waktu itu.Tapi untuk dia memandu aku ragu ragu....
sedap sampai ketelinga...
susah nak cari ikan bakaq yg sedap katanya.
Hanya di Mona.
So , bagaimana perut mau diisi kalau dapur tak berasap lagi?
Tell u all the secret...
Perlis la ni ada banyak service home delivery. Call saja depa sampai dengan makanan yang dipesan. Selalu pesan kat adik ipar untuk chicken chop,sphagetti dan bihun goreng lada. Sedap dan berselera masakan adik cikli ini.
dari dapur Ainnur Beautique Cafe
semua sedap kata kami...


Kedainya disini...seberang jalan Sekolah Sena tapi home delivery utk pelanggan lain tak tahu pula dia buat atau tidak.
Oh ya...nasi gulai ikan bawal pun sedap juga.

Ada sekali cikson berurusan dengan peniaga lain...kotiau goreng,nasi ayam kunyit jadi pesanan.Google saja Perlis Food Home Delivery.

Makan di Kuala dekat Mona memang jadi iti utama kalau anak anak balik Perlis.
nothing beats ikan bakaq kola...
Dan sebuah kedai saudara adik cikli menambat hati kami. Cafe Marvels nama diberi. Tuan empunya kedai ramah sekali..

tuan tanah blog 

lawak dua beranak...
mee kari Marvels Cafe..


Oh ya... cikson kurang makan makanan yg out of the norm. So meatballs Ikea tidak menambat hati. Juga dimsum tak pernah cuba lagi. Tapi satu hari ciklin bawa mama pi AKI...warung2 di Sungai Isap ,Kuantan. Sekali telan mau lagi...hihi.
Aki's foodcourt Sg Isap ....mau banjir sampai bumbung atap.

Dimsum kat situ sedaaap.
Dua tahun tidak mengunjungi Gambang, rupaya Indera Mahkota dah gah hebatnya. Tak perlu lagi sampai Kuantan nak cari apa2. Disini ciklin bawa mama makan nasi kukus Mama. Wah.. hebat orang kita. Seakan KFC tapi selera Melayu. Ada nasi kukus,ayam merah sambal yang menawan kalbu..

Liliwadi...steamboat boleh tahan...tapi harga mengalahkan trip ke bulan..
Sampai sini dulu...jalan jalan cari makan.
Antara Perlis dan Gambang, Kuantan.

Saturday, October 1, 2016

hati yang tertinggal ...1

Dalam keraguan yang tak bertepi,kami gagahi juga meninggalkan wilayah RBL tempoh hari.Besar benar antara meneruskan perjalanan atau menangguhkan. Selepas kataputus dipenghujungkan ,ETS kami naiki. Dengan hati yang amat berat sekali.....

Aku dan anak yang aku temani meninggalkan cikli dan situasi yang perit untuk digambarkan.Aduhai...sepanjang perjalanan hati tertanya tanya...betulkah apa yang kami lakukan.

Sampai di KL Central,anak kedua sudah sedia menunggu. Grabcar kami ambil menuju OUG Parklane. Tingkat 7 ku gagahi.....
Meneruskan perjalan ke PV Taman Melati kerana si kecil ada menanti.Terhibur juga dengan aksi aksi Fohim yang kalau ketawa tak mahu berhenti.Ada ada saja benda yang menggelikan hati buat si kecil ini.
Besok pagi pagi berdua kami menyelusuri jalanjalan berliku menuju Kuantan.Berhenti brunch di tengah perjalanan dengan laksa Sarawak jadi pilihan.Nak menghabiskan semangku macam nak pitam..haha.
Banyak perubahan kirikanan jalan. Lebih lebih lagi bukit bukau yang digondolkan. Lori lori panjang sepanjang panjangnya bebas diatas jalan. Tanda bauxite dah tak lama lagi boleh dikerjakan.
Kuantan banyak berubah. Pekan baru dan daya tarikan baru. Tempat makan juga tumbun macam cendawan. Macam2 makanan.


Tanda kami naik ETS...coach D seat 2A 2B...tak mau lagi..
Kalau kena pilih seat Platinum lain kali
Mujur seat depan tak ada penghuni

Dari jendela ETS...macam oversea pula tgk pemandangan begini

Laksa Sarawak untuk mummy dekat stesen minyak highway 

Sedap juga moi yang semangkuk baq hang ni...

Tanda kami melewati wilayah ini...

Landmark Jambatan gagah ini...

Pemandangan begini menyanyat hati...
Gondol sana sini
Negeri datangnya Pemimpin tersohor yg disayangi...hihi

Budak ini memang penghibur
Semua lawak baginya..

Pelangi menarik hati tertarik ...

Di traffic lights pelangi merentangi jalan...
Hanya di Kuantan..
 Itulah serba sedikit cerita seketiadaan makcikson tempoh hari
Ke Gambang Pahang dia merantau bawa diri...

Monday, September 12, 2016

Beraya di Perantauan...

Entah dari mana datang idea ini....beraya di perantauan. Lebih lebih lagi seberang lautan.
Maka hari Sabtu lepas ciklicikson bersama anak2 menyeberangi laut ke Pulau Langkawi...hihi.Naik feri tengah hari dan sampai petang hari.
Disana cikten n hubby dah sewa van untuk kami ke bilik penginapan kami.
Langkapuri Inn jadi pilihan kali ini.
Buka saja pintu nampak pantai Cenang yang oklah buat kami.
Nak cari pantai exclusive kena lah tabur duit selori. Sewa 5 stars hotel yang hanya mampu disewa oleh orang orang kaya.

3 hari 2 malam disitu
Seronok jumpa dengan cucu.
Makan makan dan shopping juga tengok penguin di Water World.
Nak island hopping dan naik cable cat kena kiv kerana ahli rombongan ada yang sakit dan tak berdaya.Jadi kita pilih untuk santai santai saja.

Yang nyata waktu cuti begini,Langkawi sedikit sunyi
Bangun pagi tiada orang dipantai seperti biasa terjadi
Umat Islam kan nak merayakan Raya Haji
Tapi rombongan warga asing lebih nyata dari biasa.
Riuh rendah suara mereka bersendaloka
Minum mcm berpisah tiada.
Bikini pun ada ....terbeliak biji mata.

Berenam kami kesana dan fohim pun ada sama
Memang terkejut tgk keletah anak yang baru 10 bulan
Tahu minta dibelikan mainan
Dan buat kawan dengan bayi 2 seangkatan walau tak dikenali pada permulaan.
Habis semua orang ditegur macam yb melawat kawasan.
ke pulau sang helang ini kami bercanda
sayang ....dah ada suara suara
tugu ini perlu di tiadakan adanya...

tenang lautan yang didepan mata
Tapi gelora dihati telan selagi terdaya..

pantai damai
orang tak ramai...hai hai

dibawah sinar mentari
terbentuk shadow @ bayang2 yg menarik hati
yang kecil2 pun boleh jadi gergasi
Dont stress....be happy.

bersantai anak beranak


hening laut dipagi hari

kelapa nan sebatang
lain kali harap2 boleh lagi bertandang datang
tapi kena kumpul dulu duit bergantang2.
Thats parts and bits of our out of the norm raya haji tahun ni
Dok tak dok Langkawi kami pergi.
To my children esp my so in law I'm much indebted
For the best ever holiday ma and pa had ever have....having lil fahim to make us happy.
Bye...

Wednesday, August 31, 2016

31 August 2016



                              MERDEKA!

Di Dataran Merdeka hari ini
Generasi ABC X Y Zee
Penuh warna warni
Dengan wajah berseri seri

Dari kaca tv

Aku mengikuti
Lihat aksi aksi
Demontrasi dan senitari

Lihat pak pak menteri

Lihat isteri isteri pak menteri
Memenuhi kerusi
VVIP

Lihat Pembesar Negara mengatur langkah

Walau susah payah 
Dan nampak goyah
Syukur Alhamdulilah selamat ke sudah.

Lihat anak anak sekolah

Riang wajah
Tingkah bertingkah

MERDEKA!


Oh ya..ada animasi

Tentu anak anak suka hati
Upin Ipin pun ada sekali..

Kontijen kontijen pun ramai 

Antaranya ....unsung heroes
Sukan dan macam macam lagi
Wirawati negara sukan Olimpik 2016 pun dirai

Setiap tahun hari MERDEKA

Rakyat Malaysia tentu suka
Melihat kemajuan kemajuan yang diparade depan mata
Tapi MERDEKAKAH kita?
Dengan sebenar benarnya....

Merdeka jiwa utk jadi peneroka penemuan baru.Tidaklah lagi kita hanya meniru,menunggu

Merdeka hati untuk jadi rakyat yang punya semangat juang yang tinggi,tidak lagi berdiam diri 
Dalam semua bidang segala segi tanpa menunggu subsidi
Bukan tenggelam dalam modernisasi
Sampai hilang jati diri.


Ha ...sempat menalakan handphoneku utk menangkap detik detik perayaan merdeka utk tahaun ini..Layannn..........




ada formasi 


ada penonton 


ada tarian


ada perbarisan


formasi lagi


anak anak kecil suka hati


lihat PDRM beraksi


Agong yang di kasihi


Pelakon pelakon tadi..


suka lihat wajah Tuanku yang berseri...


Un sung heroes pun ada dirai


Olyimpian kita yang berbakti


Tabik hormat...


Perbarisan..


Dan akhirnya perarakan Merdeka pun tamat...




Watching the show live....on tv
Pada hari Sambutan Merdeka ke 59 pagi tadi.
Gambar gambar di atas disambar dari siaran langsung tv 1.