Friday, October 7, 2016

Biar berkat

Bangun sebelum 6 pagi
Masak nasi goreng buat suami
nasi goreng kung fu...di Perlis
Bangun 5 pagi
Masak oleo oleo apa entah yg aku tak berapa mengerti
Untuk potluck pejabat katanya nanti

oleo oleo .....pahang
Bangun 7 pagi
Senyum dari pipi ke pipi
Buat daddy dan juga mummy
Sebiji biskut dikunyah dengan wajah happy.

biskut...di wilyah persekutuan...
Hidup biar berkat
Buat apa apa biar bermunafaat
Jangan ambil jalan pintas jalan dekat
Nanti tak dihampiri malaikat.

Hai.....membaca,menonton emas berbungkal bungkal,duit berkoyan koyan yang dirampas SPRM buat hati rasa marah. Tamaknya mereka. Haloba itu sebenarnya.
Tertanya tanya...siapa mereka. Dari 2010 mereka kaut berjuta. Sekarang baru terbongkar semua.
Tak hairanlah kalau projek kerajaan beria ia di war warkan. Tapi ada sampai ke sudah dikuburkan.
Ada siap papan tanda,masuk paper....tapi projek tak jalan juga.

Di pagi Jumaat yang berkat ini,aku panjatkan doa pada Ilahi.
Lindungilah kami,anak cucu kami dari jalan yang tak diredhoi.
Berkatkanlah rezeki kami.
Amin.

2 comments:

  1. Assalamualaikum Cikgu,

    Pedih...perit...sakit...semua rasa bagai bersatu, sampai nak kata apa pun tak tahu...
    Andai tidak terbongkar, ke mana 'kekayaan' itu hendak dibawa agaknya...

    Apa-apa pun, aglio olio itu nampak sedap sangat. :)

    ReplyDelete
  2. Kakcik,
    Mualaikumsalam
    Teringat beg beg yg naik kapalterbang tempoh hari . Apa isinya ya..
    Haha..aglio olio rupanya nama betulnya..hehe.

    ReplyDelete