Friday, October 14, 2016

Berkat Jumaat...Berita dari penghujung negeri

Add caption
 Just to start my day with:
Salam sejahtera diatas anda. Semoga diberi kesihatan fizikal dan mental yg baik. Dipermudah dalam segala urusan . Berlapang dada dengan cabaran.

Yes, hidupa tanpa cabaran bukan hidup namanya.
Kaya raya pun kita ,cabaran tetap ada. Namun andai miskin harta,cabaran tentu berlipat ganda untuk menghabiskan sisa sisa usia yang ada.
Jiran kita Thailand sedang mengharungi saat sedih mereka dengan kemangkatan King Bumiphol. Raja yang disayangi rakyat. I have written about his greatness and kindness to his men before.No wonderlah berjujuran airmata rakyat Thailand bila berbicara tentang raja mereka.


On the home front.Kecoh semalam sekolah terbakar. Masa budak2 ambil PT3 pula tu. Tentu kelamkabut jadinya. Mujurlah tiada kemalangan jiwa.
Add caption
 Musim bubuq sora dah tiba. Sana sini orang mengucainya. Teringat tt. Selalu dia tak miss memasak bubur ini bila tiba bulam Muharram.
Kadang kadang ada rezeki dapatlah sebekas dua bubur ini . Manis,lemak dan full of nuts.


Hati berdup dap menunggu datangnya Selasa depan. Takut dan seriau juga mengingatkan. Air pasang Besar yg terbesar akan datang. 3.5 meters dianggarkan. Tentu ada kawasan yang tenggelam. Lihat gambar gambar setengah tempat coastal areas Selangor dan Perak hati kuat bergoncang. Haiwan laut dah mula naik daratan. Tanda ada sesuatu yg akan datang.Ingat beringatlah kawan kawan. Jangan dok pi memancing tak ketahuan.

Hari tu tengok cikli terkial kial memasang mata kail. Cikson tengok saja. Nak tegur takut pula.....
Suami I bukan boleh ditegurin tentang apa yang dia suka. Takut perang dunia...haha. Janganlah dok pi sewa bot memancing macam zaman muda muda..

Oklah... itu saja berita,cerita dari utara.
Tak sabar akhir bulan bila anak anak tersayang nak balik semua.
Ha...apa ya nak masak nak jamu depa?

Keep safe everybody.
Love you all.

5 comments:

  1. Assalamu'alaikum Cikgu,

    Dalam sehari, ada pelbagai cerita... ada suka, ada duka...

    Semoga kita di dalam rahmat dan kasihNya sentiasa. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mualaikumussalam kakcik,
      Amin.
      Selagi bernafas,selagi itulah masaalah2 perlu difikirkan. Kadang2 rasa lemau dan nak buat tak tau..mana dapatkan.

      Delete
  2. Cikgu,

    Kawan-kawan saya kat Siam nu habeh tukaq profile picture depa ke gambaq Raja ataupun gambaq berkabong. Taat sunggoh aihh depa.

    ReplyDelete
  3. Assalamulaikum Admin,

    Mohon untuk dimasukkan blog saya ke blok tuan. Blog saya:

    biarlembuyangjadilembu.blogspot.com

    Sekiranya sudah dimasukkan harap maklumkan kat email saya: biarlembuyangjadilembu@gmail.com

    Terima kasih

    ReplyDelete