Aku dan anak yang aku temani meninggalkan cikli dan situasi yang perit untuk digambarkan.Aduhai...sepanjang perjalanan hati tertanya tanya...betulkah apa yang kami lakukan.
Sampai di KL Central,anak kedua sudah sedia menunggu. Grabcar kami ambil menuju OUG Parklane. Tingkat 7 ku gagahi.....
Meneruskan perjalan ke PV Taman Melati kerana si kecil ada menanti.Terhibur juga dengan aksi aksi Fohim yang kalau ketawa tak mahu berhenti.Ada ada saja benda yang menggelikan hati buat si kecil ini.
Besok pagi pagi berdua kami menyelusuri jalanjalan berliku menuju Kuantan.Berhenti brunch di tengah perjalanan dengan laksa Sarawak jadi pilihan.Nak menghabiskan semangku macam nak pitam..haha.
Banyak perubahan kirikanan jalan. Lebih lebih lagi bukit bukau yang digondolkan. Lori lori panjang sepanjang panjangnya bebas diatas jalan. Tanda bauxite dah tak lama lagi boleh dikerjakan.
Kuantan banyak berubah. Pekan baru dan daya tarikan baru. Tempat makan juga tumbun macam cendawan. Macam2 makanan.
Tanda kami naik ETS...coach D seat 2A 2B...tak mau lagi.. Kalau kena pilih seat Platinum lain kali Mujur seat depan tak ada penghuni |
Dari jendela ETS...macam oversea pula tgk pemandangan begini |
Laksa Sarawak untuk mummy dekat stesen minyak highway |
Sedap juga moi yang semangkuk baq hang ni... |
Tanda kami melewati wilayah ini... |
Landmark Jambatan gagah ini... |
Pemandangan begini menyanyat hati... Gondol sana sini Negeri datangnya Pemimpin tersohor yg disayangi...hihi |
Budak ini memang penghibur Semua lawak baginya.. |
Pelangi menarik hati tertarik ... |
Di traffic lights pelangi merentangi jalan... Hanya di Kuantan.. |
Ke Gambang Pahang dia merantau bawa diri...
No comments:
Post a Comment