Showing posts with label DIY. Show all posts
Showing posts with label DIY. Show all posts

Thursday, August 30, 2018

DIY...bila sinki tersumbat


Bila sinki tersumbat,tahu apa nak buat?
Jangan patah semangat. pi lah ke DIY cepat cepat.
Beli alat alat yg boleh menyelamat
Dari sinki rumah terus tersumbat dan tersumbat....

Hari tu masa ke rumah anak,kesian pula tgk dia yg serba tak kena bila memasak dgn sinki tersumbat. Semua kerja jadi lambat.
Jadi bila ke pekan ,DIY tempat tujuan.
Macam macam cikson tolong belikan
Untuk menolong ringankan beban..

Hahhhhh...nilah benda yg cikson jumpa
Balik rumah terus buat kerja.
Ni lah alatnya
Pipe dredger namanya
Harganya murah saja
Guna dua kali,sinki paip yg tersumbat boleh dah digunakan dengan selesa
Rentak air turun laju dalam lantai muzik yg menyenangkan
Nak basuh beras,pinggan,sayur pun senang...hihi

Cara gunanya..
Jolok dawai perlahan lahan, kalau bertemu halangan, jangan mengalah, terus saja. Dawai ni mendengar kata. Panjangnya lima metre. Cikson boleh lepaskan sedalam 4 metre lebih kurang. Lepas tu pusinglah pemegang merah tu macam mesin getah. Wire tu bergerak kiri kanan. Nak main lompat tali pun silakan. Dah puas goyang,tarik dawai keatas perlahan lahan. Ha... apa yg dapat tuan tuan..
Macam2 . Bau pun harum semerbak sundal malam.
Curah air dalam drain sinki. Segala macam air kohong akan keluar. Pandai2 lah settlekan.

Ulang sekali lagi proses melombong atau dredging tadi. Baru puas hati.

Thats all folks. My DIY kali ni. Bye.




Thursday, August 9, 2018

DIY...nasi tanpa kerak.


Apakehenya periuk nasi ni...bila masak nasi keraknya menjadi jadi.
Jenuhlah kalau begini kata cikson dalam hati
Harga 5 kilo beras ni pun dah ketaq jari
Basmati... bas hidup ka ,kalau begini selalu tentu rugi..

Dulu cikson hanya pilih beras biasa..cap rambutan
Peristiwa bola melantun lantun buat cikson ragu ragu. Itu yang tukar brand dan jenis. Ambik kau harga yang dibayar melantun lantun. Macam bola pingpong.

Setiap hari,bila tgk kerak yg terbuang ,cikson rasa rugi sangat. Tapi apa nak buat? Hinggalah terjumpa artikel cara masak nasi tanpa kerak...

Ni lah caranya...

jamuan utk satu tgh hari


nasi dimasak cara begini
Lighting suram buat air nampak kuning..hihi

haha.... jadi begini

elok kejadiannya.. tanpa kerak yg tak diingini

Thursday, July 26, 2018

DIY...Bukan tai* hidung masin ....


Tergelak anak anak bila cikson hantar gambar kerusi malas yg dah di betulkan.
Baik ,baik mama. Mau tergolek jatuh bawah.
Beli lain lah. Nanti gaji saya hantaq duit utk beli baru.
And a few other exchanges between mum and her concerned daughters.

Haha... semua tu cikson jawab.
Eh kukuh la. Tak jatuh kot.
Tak usahlah.
Bila dah betul betul tak boleh dibaiki lagi baru mama beli baru.

Ni ha... kerusi malas yg cikson guna bila meneman cikli dihospital. Mula2 sakit juga badan sebelum biasa tidor atasnya. Tapi sekarang jadi kegemaran masa melepaskan lelah setelah penat bekerja. One thing,I dont like to lie down on the bed during the day. Sayang comot habis deko.hihi.
Lying on the sofa a tad uncomfortable too as they absorbed heat.

Lepas bertungkus lumus sampai lenguh pinggang,maka terhasillah hasil yg boleh menampung pung****.
Hope it lasts for a few more months.

masih diguna buat melepas lelah
kalau lain orang dah dihumban ke tanah,hah hah.
haha... jadilah 


Kain penutup table top kitchen secononet RBL pun merimaskan. First time letak,dia kukuh. Then sebelum raya cikson tarik keluar utk basuh konon. Tape silikon dah beli utk dipasang balik. Tapi sampai hari ni hilang dalam penyimpanan. Macam2 gam lain cikson cuba. Semua x berjaya. Itulah sebabnya masa hari raya,segala khazanah periuk belanga terdedah buat mata . Tak senonoh sunggohsungohnya.

Petang kelmarin,tape bergelung hitam cikson jumpa. Why not give a try.
So tape itu cikson tarik dan lekat keliling jubin table top. Selepas beberapa jam,tape putih cikson tarik buang dan lekatkan kain penutup.
Well then,an idea struck me.
Kenapa tape ini pun tak dapat bertahan selalunya. Why not I IRON it?
malu pula nak upkan gambar dapurku yg belum ku cuci..
Seterika cikson panaskan dan iron lipatan yang melekat gam. Tengok kuat ke tak. Lekat ke tak.
Well... its 24 hours since I did the experiment.
UREKA! Berjaya beb. Kain tu masih tergantung kejap dari se malam.

Ya anak anak yg dikasihi,
Berjimatlah. Bukan taik hidung masin tapi berhemah dalam perbelanjaan kita will take you a long way.
Still remembered those days bringing up the 4 siblings. Jimat cermat ,pekin sana sini lah yg saw us coming out of our ruts those days. Tak meminta minta dan berhutang keliling pinggan untuk menyekolahkan semua . I never ask from anybody for financial assistance. Selain koperasi ..hihi.
4 children from primary to University. I did it the taik hidung masin way...oh yeay!

Thats all folks..Bye.


Thursday, April 19, 2018

DIY.... masak apa harini..kotiau sup mudahnye nak buat.

Lama ye makcikson tak upkan ttg masak memasak ya.
Well...to be honest,semenjak dua menjak ni aktiviti pendaporan agak berkurangan. Ada saja hal yang perlu diberesi. Ke kenduri,ke spital dan yang paling benar kemalasan...

These few days selera makan pun ke laut. Merajuk.
So,the other day makcik jenguk dapur and came out with...kotiau kuah cikson style.

Simple mimple aja caranya.

Bahan A
1 bungkus kotiau ( direbus,siram air dan sejat. Set aside)
Se genggam tauge... celur air panas sekejap saja
Daun bawang...potong pendek
Daun saderi ..potong pendek ..racik la tu.
Cili merah... mayang nipis
Tomato..potong nipis

Bahan B
Taukua 2 keping... potong dadu sederhana besar
Fish balls...belah dua

Bahan C
Halia...1 inci...racik nipis
Bawang merah...3 biji...racik
Bawang putih... racik
Perkakas sup

Bahan D
Tomato 1 biji
Halia sekeping 1 inci
Bawang besar..setengah biji
Bawang putih 2 ulas....semua bahan grind halus

Cili kisar 3,4 camca
Sos Tiram..ikut rasa
Garam
Gula

Ayam... atau daging
Udang 5,6 ekor

Caranya...
Tumis bahan C sampai wangi. Masukkan ayam . Balik balikkan ayam. Masukkan Air secukupnya.
Masukkan bahan D. Masukkan udang dan bahan B. Masukkan akar sederi . Rasa asam garamnya.

Nota... sediakan minyak bawang putih dan cili padi kicap

Sedap dimakan dengan minyak bawang putih dan cili padi berkicap ( caranya ada dlm blog). Untuk 2 orang lepas sehari . Makan sampai kembong..hehe.

Ooops..lupa ambik gambaq
Kita ulang tayang yg lama ok la noooo.

ni sajian entah bila tak tau..

Thats all folks... bye. See you soon.

Thursday, March 8, 2018

DIY... masak lemak cili padi daging salai my way...


Phew... lama benar cikson tak masuk dapur.
Bila tinggal berdua dan asyik kena keluar rumah untuk itu dan ini, maka malas pun mengetuk rasa hati. Malas nak masak ,malas nak beli barang basah and seribu satu alasan malas lagi. So ,in the end its tapau, makan kat restoran, panggil delivery is the answer.

Tapi itulah... bila makan kat luar ,bukan ikut kita punya citarasa selalunya.

The other day,ciklin balik dari Pahang. Seperti selalu ada saja buah tangan dari kawan baiknya utk kami. Ikan kering Pahang , baju kelawar pahang, rendang hitam Pahang antara pemberiannya. Dan yg last sebungkus daging salai.
Dan daging salai Pahang itu makcik dah selamat masuk perut pakcikli dan makcikson. Thank you so much lin kawan olin.

Hari ni cikson perturunkan masak lemak cili api my way ...banyak bahan tak ada actually but who cares kan...

Inilah caranya
rebus... bahan bahan tumbuk
segenggam cili padi ,Sebiji bawang besar,kunyit serbuk,dan dua tiga batang serai dititik

basuh dan tos daging salai setengah pek

masukkan dalam bahan tadi,balik balikkan hingga sebati

Add caption

Masukkan santan se kotak kecil

kacau selalu jgn sampai menggelegak
Masukkan tomato dan cili padi 4,5 biji.Asam keping 2 keping

Siap seperiuk.

Daging salai dari Pahang
Nak pi cari lah kot kot ada kat Perlis..

Daging salai masak lemak cili padi
Kalau ada daun kunyit tentu best lagi

Side dish

sambal pelam terlebih masak.

Combo tgh hari itu....
Orang utara renyah sikit ,masakan nak penuh meja.
At least ada 4 masakannya
Main dish
Ikan goreng
Sayur
Sambal dan ulaman... baru makmentua senyum sedia bila anaknya  dijamu menantu bagai raja.... haha
Thats all folks


Saturday, March 3, 2018

like the bird on the hot tin roof....not

Today I spied a bird. Lonely as before on the hot tin roof.
Tersesat dari manakah dia?
Its been a few days since I last saw her.
Birdie...I called out.
Tweeet tweeet tweetooooooo.
She made no respond.
Up on the hot tin roof she stood still for a few minutes before she spread her wings and flew away.

kesian dia... lonely birdie just like me.

I was like the lonely bird today.
Cikli was away on his first fishing escapade after such a long abstinence.
He was so excited to join the fishing competition along the kuala perlis beach . What more the prize is a whopping 50K!
Mau menang kaya kita!
Lepaslah  sapa sapa nak buat kenuri.kata dia.


cikli and bro... having a time off



So what did I do all this time.
Thought of taking the commuter to SP didnt materialise. Sorang sorang jalan tak seronok la. Nak masak pun dah kehabisan bahan bahan mentah. Nak keluar beli pun malas. So cikson fried nasi goreng ajalah.

After that, she stripped off all the covers from the chairs and tossed them into the washing machine.
Eh... takkan nak biar togel begini. Seronoklah nina and her gang dok cakar.
So she put on fresh covers on her dining chairs.
Dah tukar covers,why not change the table cloth too.
Oh ya... the turquoise polyester cloth was spread over the table.
Hehe... biar tukar colour scheme semua sekali.
So the table runners and covers were given a treatment... all blue.


So thats how cikson spent her day while her hubby was away fishing.
Like the bird on the hot tin roof...not.She didnt dok melangut saja. Dok pikiaq sat lagu ni sat lagu tu. Baik kemaih rumah .Dari dok ghoplah..ahah.


Inilah deko meko cikson yang  tak sepertinya bila kena tinggal.
tukar tema.... gray and turquoise

saja saja tukaq mai tukaq pi

haha... konon konon 

baru nampak ada warna nooooo.



ha hah.... nak tukaq lebih2 kena tunggu approval tuan ampunya.



Thats all folks . Bye. have a pleasant weekend.

Friday, February 16, 2018

DIY... tokua masak tokyu


Salam sejahtera and selamat pagi loves.
How are you all today.
Happy Chinese New Year to my ex colleagues,anak anak buah masa mengajar dulu juga buat anak anak anak didik sekelian. Juga ex kawan2 sekampung di JPL dulu. ( haha... ingat depa nak ingat kita ke ,kata cikli)
Qong XI Fatt Chai...

Sapa suka tokua?
Tokua? What the heck is that?
Its tauhu lah kata orang keyel.

My hub likes tokua. So whenever he went grocery buying, he would return with a pack of tauhus . So much that sometimes,I have a surplus of taukuas.
Buat apa ya dengan tauhu @ taukua ni?
Well.... masak sambal tomeh sedaap.
Letak dalam bihun,mee or kotiau pun sedaap.
Lagi?
Makan saja pun sedaaaaap.
Especially tokua neighbour di JPL.

The other day, I decided to cook these things a different way. A different style. So to fb I went and found a recipe. This is how it went..

Tauhu goreng Cina...( I dont know why they dont call it tauhu goreng melayu or india)

Tauhu...5 keping belah dua
Lumur kunyit and garam sedikit. Goreng sebentar. Jangan garing. Ketepikan.

Gravy ...atau sosnya.
Kicap tiram
Kicap soya
Sos cili
Lada sulah
( eh boh la apa pun. Tak salah aiiih)
Campur semua dan gaul sebati dengan sedikit air

Sayur mayur
Cili hidup...belahlah memanjang
Tomato...belah empat atau patpuluh pun boleh
Daun sup
Daun bawang

Bahan tomeh
Bawang besar setengah biji
Bawang putih 4,5 ulas
Halia .. setengah jari kelingking.... semua bahan ni digring,ditumbuk or dicincang. Ikut sukalah nak buat mcm mana.

Caranya.
Tumis bahan cincang sampai wangi. Masukkan bahan sos. Mendidih ,masukkan taukua. Balik balikkan. Nak angkat baru masuk sayur mayur. Biar dia krup krap gitu. SIAP!

Nindia cara dia in pictures pula...


tauhu potong dua
Lumur garam kunyit

goreng light and easy


sayur mayur... taruh cili api kalau nak pedas lagi

bahan tumis...eh eh..yg kulit tu ketepi

makcik racik2 saja... goreng hingga wangi..

masukkan sos yg tersedia tadiii

masukkan tokua

Masukkan sayur...SIAP!

Ni la rupanya... taukua masak Cine @ masak tokyu

 Have a nice day everybody
Rindunya kami kat depa . Rasa macam nak terbang pi sana.

Thursday, January 25, 2018

My DIY .... certeka apa isinya..


Raga plastik ni belinya di PB
Buat mengisi alatan yg adakala bila nak guna susah pula nak cari.

Isinya tak seperti yang selalu diisi
Kerja kerja halus ,alatnya disini

Yang ni dapat free
Sukanyeee hateeee.

Nak ciauw menciauw kena buka gobok ini
Semuanya ada kalau dah beli
Ada masa bersepah
Ada masa kering kontang


Itulah antara alatan DIY cikson
Samaada bertukang, menjahit atau ketung ketang.

Bye...

Friday, December 29, 2017

DIY...ikan masak stim ilham fb


Pagi ni nak sambung cerita ttg ilham dari fb lagi.
Terbaca satu artikel ttg bagaimana nak masak ikan siakap cara stim. Hmm...semua bahan ada dalam rumah kecuali akar dan daun ketumbar.
Maka terhasillah ptg itu seekor ikan siakap stim bersama bunga kantan. Ok juga . Boleh tahan dimakan.Tak rasa sungai atau payau bila ditelan.Habis diratah isinya sampai tinggal tulang.

Ini cara caranya..

Basuh ikan bersih besih dgn asam garamnya. Toskan
Bancuh 2 sudu makan cuka serta garam secukup rasa. Lumur seluruh ikan.
Letak irisan halia atas pinggan
Letakkan ikan diatas halia.
Kukus 20 minit.

halia

buat lapik ikan...

Discovered that kukus yg sedia tak muat ikan...tapi cikson tak mengaku kalah separuh jalan. Belanga kuali jadi gantian. Tutup kuali selamatkan keadaan.
alatan mengukus..
tudung periuk
kuali menggoreng
tutup casserole 


Lepas masak curah saja bahan bahan yang dipotong..

2 sudu makan nampla
3,4 sudu makan bawang putih di racik halus
8,9 biji cili padi dipotong halus
sediki gula
sedikit garam.
Air dari perahan lemon... 2,3 camca makan. Less kalau tak mau masam
hirisan bunga kantan... tuan resepi guna daun ketumbar dan akarakar nya.

Ni la rupa siakap stim cikson way...

siakap stim masakan cikson.










Thursday, December 28, 2017

DIY... penawar batuk ilham fb


Bergelora dengar batuk cikli . Bergegar satu rumah pun ter jadi. Maka kesian pun menyelinap dalam hati.

Dah minum ubat klinik bagi
Dah habis ubat ditelan tapi batuk tak mau berkurang.
Kesian.

Satu hari ditimeline fb ada penulis share cara ni
Maka cikson pun cubalah kot kot menjadi.
Baru satu hari... batuk cikli tak lah macam gempabumi.Kalau tidak dengar sampai Miami.






Ni dia nukilan asal pemilik fb...eh terlupa nak screenchot semuanya lah pula.Terimakasih kasha.


Pagi ni cikson panaskan balik ramuan dan tambah sikit gula batu. Perah lemon dan saji dalam mug kelab TV3....eh mana dapat ni cikli?



Bye. Thats all for this morning. Jumpa lagi...

Friday, November 17, 2017

Nasi ayam kakchon nama diberi,sekali makan nak lagi...hihi


Amboi angkat bakul nampak.
Yes,beres masak nasi ayam buat kali pertamanya. To tell the truth,this is the truth. So I was quite bewildered on the how to. So google I did. To afew blogs and webs  I went and picked up a few tips.But I didnt follow to the zee as some ingredients are not available. And I was too lazy to go to the shop. In the end,I decided to do it my way.

Before I forget,a note has to be jotted.

Nasi ayam chiauw with chon...

A-  1 labu bawang putih ) grind bersama. Banyak gunanya.
     2 inci halia) 

B-Stok ayam.
    6 ketul ayam rebus dengan satu camca bahan grind A. Letak garam dan lada sulah.
     Lembut angkat ayam dan sejat.Ketepikan.
     Guna stok ayam ini utk masak nasi dan buat sup ayam.

C - Ayam grill
     Perap ayam tadi dengan bahan bahan ini
     Bahan grind A , kicap ABC, gula, sedikit garam, sos tiram,sos lada hitam,cili flakes. Juga bawang       besar setengah labu yg dikisar halus.
     Bakar dalam pemanggang ajaib yang telah diletak sedikit minyak sehingga bahan2 sedikit garing.

D. Sup Ayam
     Tumis bahan grind A dan sedikit bawang besar. Masukkan stok ayam tadi. Season dengan kiub            ayam setengah kiub dan garam secukup rasa.
      Tabur dengan daun sup dan daun bawang masa hidang.

E.. Nasi
    Basuh dan toskan 3 pot beras.
    Dalam rice cooker, tumis bahan grind A dan daun pandan hingga wangi. Masukkan beras dan              kacau sebati.
    Letak air sebanyak beras, dua camca besar margarine,garam dan gula. Sedikit kunyit sebagai              pewarna. Masak seperti biasa.

F- minyak bawang putih

G. cili padi potong serta kicap ABC

H...sos cili bawang putih ABC. Percik sedikit air limau.

I ... sayuran
     Kobis hiris nipis nipis
      Tomato,potong bulat
      Carrot.. potong panjang... julienne.

Cara menghidang...hanya gambar jadi panduan.

Selamat mencuba... kalau sedap habaq kat saya. Tak sedaaap ... saya tak tau le..hehe.
set nasi ayam cikson... abaikan pinggan yg cacamerba ya..


nasi ayamnya


sup ayamnya... haha ni ada cerita
Sebab kepala penuh dgn assignment, sebekas stok ayam tercurah ke sinki
Awat tak kena masak sup ayam sekali lagi


sayur mayurnya... fresh2 gitu




sos cili ABC, cili flakes,minyak bawang putih lebihan semalam. Yg tak kelihatan cili padi kicap.


hasilnya... jom makan. 
               Thats all folks . Catatan dibuat agar jadi panduan dihari muka sebab saya kaki pelupa.