Tuesday, August 31, 2021

MERDEKA! ....


 I was five when the keramat word was proclaimed for the first time. So very long time ago. Couldnt recall the moment. At Fahim's age ,my recollection is minimal.

MERDEKA!

Today we celebrate Merdeka the 64th.

We have came a long way ,Msians. With leaps and bounds we sail through. 

Last night at 12.00 , there was a procession of motos in front of my house. Jerked out of my sleep ,I went out to my window. Just in time to see our brothers on the big bikes parading away. Aha.. lepas gian no.

Heyyy... ada perhimpunan ka? Beraninya.

In the day, 4 times the ambulance raced towards Kuala. Quite shaken was I.

Hahah... just passing by a fleet of vans blaring Lagu 31 bln Aug by Sudir with flag flying on their roofs. Its a sight. 

Over on CNN, the news about Afghanistan is hogging the tv. 

Hmm.. kali kedua ya kuasa besar dunia tu terpaksa tinggalkan padang permainan dia....Whats's next?

Thats all folks. Bye. 

Monday, August 30, 2021

Bantai ajelah.



Bantai kata adik

Bantallah kata ibu 

Bantai sajalah adik kata nenek.

Bantal or bantai bantai je

Bila cucu orang perlis duduk kl bercakap, loghat utara selalu ada.

Rindu sangat kat mereka berdua. Bilalah dapat bersua.


Adik n his poses. Bantai sajalah adik.


Eh mcmana nak posing ni?
Bantai ajelah dik

Thats all folks. Have a good Monday. Bye

 

Sunday, August 29, 2021

Pokok ketupat ya....

 Baju se mesin sedang dibasuh.

Langit pula macam sat lagi nak luruh.... aduh aduh.

Apa gaduh?

Heret saja ampaian bawah extension ... beres tak perlu gaduh gaduh.


Oh wait... over the fence, I spied upon this overgrowth 👇


sebelah pagar 

Rimbun, best buat tempat ular dan unggas berteduh.

Pokok daun ketupat ya?

Tapi tak pernah nampak siapa pun yang datang mengambil daunnya. Maka terbiarlah dia di situ dah bertahun. 

Pokok palas itu namanya. Gerun rupanya macam pokok nibung didalam paya. Entah entah bersarang sang si ular sawa...


buat penyejuk mata,



sambil tunggu masaknya ketela...haha


Pssst...cikli kata dia nak beli washing machine dan dryer sekali kalau dia ada det......hehe 
Washing machine, laptop , water heater.macam bersekongkol antara mereka
Nak Sayonara pun tunggulah masa. Haha. Bila cikli kaya!
Lawak pagi pagi antara suami isteri

Bye.

Saturday, August 28, 2021

Bacalah adik....


 Lihat gelagat abang mengajar adik membaca ,terhibur rasa

Good job abang.
Macam tulah abang. Mengajar adik untuk jadi pandai sama.

2 beradik 2 personaliti.
2 beradik berbeza kegemaran.
Semoga sentiasa bersafahaman, berkasih sayang tanpa pertelingkahan 

Next year abang will go for formal school. Cepat masa berlalu.

Thursday, August 26, 2021

Monkey where are youuuuu.....?

 Semalam dia pilih untuk berada diluar rumah.

Ciksoncikli biarkan saja ikut kehendak hati dia. 

Pintu yang dibuka dia tak hiraukan. Mungkin dia dah jemu bermalam di dalam rumah. Kata kami. Biarlah dia sendiri. Mungkin ada tikus,mengkarung, burung yang dia sedang perhati. Lagi pun perut dah kenyang dijamu cikli.

Around subuh, terdengar suara dia mengiau. Macam selalu minta ke dalam rumah. Cikson biarkan dulu tak buka pintu. Lepas subuh lah nanti, biar dia tunggu.

Then terdengar suara yang seakan pelik. Macam meraung gitu. Was it her? 

Pintu cikson buka, nama dia cikson laungkan. Namun dia tiada. Hairan juga. Selalu terbuka saja pintu rumah, dia meluru masuk untuk bermanja.

Sebelum cikli ke 'kelas' dia, cikli ada beritahu terdengar pergerakan disebelah rumah. Dia minta cikson berhati hati. Mungkin monyet2 yang cikson nampak semalam datang untuk cari makan disini.

Di sebelah pagar pun pohon liar merimbun. Takut pula jadi sarang pakcik ular sawa. Kalau ada ,bahaya menanti semua. Entah bilalah belukar itu akan ditebas. Dah merimbun sampai bumbung. Ada sepohon pokok daun ketupat di situ. Juga pohon pohon liar . 

Sampai kini kelibat monkey bukan monyet masih belum kelihatan. Bimbang pula cikson .

Monkey.... Monkey where are youuuuu?


Monkey, where are youuuuu?


selalu ada dia di sini

Thats all folks. Pray that my beloved and only cat is back home. Tanpanya hilang tempat cikson boleh bersuara. Gitulah bila tiada manusia, kucing pun boleh kita buat kawan berbicara.

Actually, I am not into talking with manusia much.Kena waspada selalu. Selalu saja kena. Lain kita kata, lain pula mereka tafsir.  Macam 'pemberita' yang suka putar belit segala.... haha.

Juga netizen yang cepat saja buat ulasan ikut selera atau kecondongan politik mereka..Bye.

*
*
*

Ehhh suara siapa tu?
Terdengar sayup sayup suara seakan dia. Tapi perlahan.
Bingkas, pintu kaca cikson buka.
Dia rupanya... 
Hey... what happened?
Bulat saja matanya merenung . Mengeliat dan menjilat badannya yang basah. Sandiwara benarlah Monkey ni....




Wednesday, August 25, 2021

From my window ....


From my window, this is the view that greets me every morning as I separate the curtains. 

Yesterday, I saw the long tailed four legged creature again. High up on TNB wire. Alone. 

Ehh..ada lagi depa no. Ingat balik rumah semua dah....

The other day, there were people who put up some contraptions of sort to catch birds. Entah dapat ke tidak. Namun sayang burung burung tu. Kenapa perlu ditangkap. Heartless la.

Kenderaan dah bertali arus atas jalan depan rumah. Vrooom ke Kuala dan ke Kangar. Silih berganti.

Tapi satu saja digeruni.

COVID!

Janganlah dok bawa dia ke sana sini.

Semalam 74. Makin hari makin meninggi. Jumlah kat Kuala dah 100 pesakit as of harini.

Yang parah,bila diamati, kebanyakan mangsa belum divaksinansi.

Samada belum capai tahap umur atau ketegag abadi.

Takutlah ,itulah bila ditanya kenapa belum lagi.

Harap harap tu semua anak cucu tt tak ada yg antivaksin. 


Thats all folks,my story pagi ni.

Ehhh kabinet bila nak umum ya. Agak agak sapa sapalah yang dapat jadi menteri. Pening kepala dengan depa ni. Dok berebut tak habih habih lagi. Tiga Perdana Menteri dalam tempoh tiga tahun. What a history!






 

Monday, August 23, 2021

Monday Morning Blues....

 Kuat betul angin tadi. Mooooooooooo dia berbunyi.Howling like the hyenas.

Monochrome is the colour of this morning. Everything grey. 

Well that reminds me of an autumn season in the northern hemisphere. I was damn lucky to have a one time experience. To be able to see for myself what autumn is like was God greatest gift. Sememangnyalah tak termimpi pun.

Kita rakyat marhaen, manalah ada keupayaan nak pi jalan jalan belah sana. But lucky was I when out of the blue I was chosen for a short course... in the land of castles !

I was fascinated by castles as early as ten years old. In standard four when I entered Upper Primary, I changed school. From an all Malay girls school to a coed school quite far from my village.

In this new school, BI was the key medium of instructions. Here I fell in love with fables and folk lore. Mestilah cerita dari benua orang putih. I read about Cinderella, Little Red riding Hood and hundreds others. From there I graduated to reading about adventures , love stories too. At a very young age I marveled at formidable manors and castles.The gladiators, the queens and the kings. The magic and all.

So, Thank to my lucky star, when I set foot In Scotland, there I was. Every morning and afternoon, walking the cobbled street of Edinburgh,I was able to see that magnificent castle... Hollyrood Castle right smack in the middle of the town.

The college organised a tour and into the castle we went. Dapatlah tengok bekas peninggalan raja raja mat saleh dulu.

From the college window I got to see the skyline of the town. Picture perfect . With chimneys and smoke .

Moray House College is never forgotten. KPM terimakasih kerana bagi peluang pi sana.

Ye lah... tulah satu satu peluang dapat pi tengok istana...haha. Selain Istana Arau.


Ni pulak sedikit gambaq yang cikson pinjam dari google.





Terjumpa pulak gambaq ni. 

 Chet ,how are u and the others.Dah 3 abad rupanya....



Thats all folks..reminiscing about good old time is good. Dementia at bay...hehe



Sunday, August 22, 2021

Bila hujan nak turunnnn....

Morning has risen

 Rain seems imminent. From the look of it.

As I glanced over my laptop, the meadow across the road caught my attention. Heavy clouds line the horizon. Hujan dah seberang sungai nun.

Over to the sky over Kuala too. Gloomy with heavy clouds. Hujan juga kat sana.

Life is quieter in RBL with the cock gone over to the neighbour. If not without fail, cikli's xtrail rooftop would be his nesting place. Every maghrib he would be perched on it till dawn whern his crows would wake up the household.

Ayam jantan nak sekoq ni entahlah species apa ntah. Hambat dan liganlah macamana pun ,atas bumbung xtrail juga dia suka. Macam macam cara dibuat ,tapi lepas kami dah masuk rumah, dia kembali.Pagi pagi jenuh cikli nak bersihkan kereta sebelum bertolak ke ' kelas ' pagi dia.

Then one day, we spied upon a sight that would end our agony with this felon. Dia bawa marka or makwa balik pulak. Bukan sekoq tapi 3! Gebu gebu pula tu. 

Pandai no ngorat anak anak orang sebelah. Ketiga tiga ayam dara tu kepunyaan rumah sebelah pagar.Lepas tu dah datang rumah kita tak tahu jalan pulang. Tercari cari mereka.

Pintu pagar dibuka. Elok saja cikmek molek bertiga menerpa keluar. Si hero sekali.

Adik. ambiklah ayam jantan tu bela sekali. Kami mempelawa. Kesian dia sekoq sekoq kat sini. Tak ada kawan.

Since that day, tanpa dikurung pun ayam jantan penggemar xtrail sudah tidak lagi kembali ke RBL. Selesa agaknya dia di dalam halaman rumah barunya. 

Bye.

Thats all folks. Salam pagi Ahad.

Susah pula nak cari gambar ayam tu. 

Saturday, August 21, 2021

Nasi semalam ada lagi?

usah dikisah pinggan dan mangkuk,yg penting apa yg disauk masuk perut.


 Hairan cikson bila cikli tanya soalan di atas sekembalinya dari 'kelas'.

Setahu si isteri suaminya tidak suka makan makan di reheat. Yakni makanan semalam. Dia penggemar tegar makanan fresh from the stove. 

So bila soalan ini diajukan, the missus was taken by surprise.

Hmm..dah bagi ayam kan la nasi semalam. Dah tak berapa fresh. Si isteri memberi penerangan.

Sedikit kesal kerana tak simpan nasi itu dalam fridge malamnya.


Bukan biasa cikli nak request left over food from yesterday's menu. Tentu kena dengan selera dia.

Nasi ayam cikson masak utk makan kelmarin. Dua mulut saja nak mkn. So buat dengan apa saja bahan yang ada at hand. No fancy mancy.

Oh well, it turned scrumptious,delicious a meal in deed.

Rasa nasinya. Tak lah hambar macam biasa . Kalau beli tentu repeat order,gitu.

Amboiiii...angkat bakul ya cikson.

Sekali sekali jiwa kena bagi booster. Puji diri sendiri . Hihihi.

Asal jangan jadi macam banyak kes la ni... riak. Pompang itu ini, yg baik baik,tapi cuma lakonan semata.Yang di tulis, dilukis semua . Tapi hakikatnya... pengasannnn.

Haritu , anak anak listt down apa masakan yang ibu mereka masak..... haha. Panjang juga no.

Antaranya,antaranya....

Mee kuah, nasi kuning time piknik ,nasi lemak bawa naik gunung jerai tetapi acar tertinggal, kentang goreng nipis tuang sos, asam pedas.......... haha.

Thats all folks. Have a nice Saturrrrday. Bye.


Thursday, August 19, 2021

Khabar dari negeri tercinta.........

 Allahuakbar. Tersentak sejenak bila menatap perkhabaran apa yang berlaku disitu. Negeri kelahiran cikson dan tempat cikson membesar ditimpa bencana. 

Situ juga ada saudara mara jauh dan dekat. Semoga mereka selamat dalam bencana ini. 

Gunung Jerai selalu cikson intai bila melalui lebuhraya Utara Selatan. Juga bila berETS ke selatan tanah air. Dan satu kesempatan,kami anak beranak berkereta ke atasnya. Sempat menikmati keindahan dan kesejukan di sana. Sempat juga merasa cemas dan kecut perut masa kereta menaiki jalan ke sana. 

dari RnR Gurun
pic googled

Lihat kepada kerosakan yang terjadi, entah bila lah agaknya keadaan akan normal kembali.

Khabarnya ada beberapa mangsa terlibat dalam kejadian semalam. Harta benda yang rosak lagilah. Melihat video video disocial media , perit tentunya mereka yang mengharunginya. 

Pagi ni ,mengikut BBC, cuaca di kawasan kita masih membimbangkan. Hati hati semua. Di Perlis pun cuaca mendung pagi ini. Tiada sinaran matahari walau hari sudah meninggi.

Kedah... semoga Allah melindungi mu. Penduduk mu. 





Sesungguhnya... tiada kata dapat bercerita.

Stay brave. Stay safe Kedahan. 

Tuesday, August 17, 2021

The new Horizon ?

 After  what transpired yesterday, whats in store for us ,the ordinary laymen?

A new horizon?

The same horizon painted differently ?

What will be, will be.

It will be just time for us to see.....


Yes, PM tendered his resignation among calls for him to step down.

Honourably, he did what was asked for. But .... is it for good or worse is there to come.

Brace yourself fellow citizens.

Hope we wont be the next Afghanistan..... turmoil is the land.


Yesterday, in the news was the Telaga Cluster

In HSB , Alor Setar

Oh, my dear,I told my husband dear.

It could be us , if fate didnt interfere.

 ......cikli dapat appointment in that fated ward a few days before the fateful incident. Just 3 days to be exact. His appointment was on the 29,30 th of July. On the 1st of August was his date for his procedure. Maybe in the same ward, operation theatre as the virus spread. Ten ! Ten people lost their lives and the whole ward was not spared. The nurses, the carers, the patients as well as their family members came down with the dreadful Covid19.

Cikli forgo his long awaited appointment and wentt for an earlier operation at KPJ in Kangar. Kalau tidak entahlah...

Pagi ni selepas menutup pintu pagar, cikson saja saja ambil gambar. Gambar suasana awal pagi RBL.






Pukul 7 pagi, Selasa 17 August.

Thats all folks. Bye

Sunday, August 15, 2021

Asal ada ......

 Bila bahan mentah entah di mana

Perut meragam meminta minta

Maka ' the thinking cap' pun disarungnya...hasilnya? 

Bolehlah kata suaminya... haha


Ni lah hasilnya semalam, bila yang tinggal hanya..

Sekoq sotong

Dua ekoq udang

Sebiji teloq 

Dua ketul ayam

Sebungkus kotiau..... cukup buat cikson terinspirasi..


Ntah apa nama nak bagi kat masakan ini ....

Asal ada kan biasa....

Resepi kotiau asal ada...

1. Ketuk 2,3 ulas bawang putih

2. Letak minyak, goreng hingga kuning bawang puitih.

3. Pecahkan teloq sebiji. Bagi pecah2 gitu

4. Masukkan kitiau. Tuang kicap pekat manis secukupnya. Balik balikkan. Siap. Angkat.


Kuah atau gravynya...

Bubuh sajalah apa yang ada dalam petiais. Asal lalu telan.

Letak sauce yg rasa sedap . Bubuh kiub stengah, sayoq yang ada. Jgn lupa masa awal tumih cili giling sampai masak...


Thats all folks . Our lunch yesterday.Bye.

Saturday, August 14, 2021

What More in Store for Us ? .....

 Perlis. A small state the size of my home district. A population of 200k. 

When the virus struck most part of Msia, and the population live in fear, we were spared. We were moved into the third phase of Plan Pemulihan whatnot. Serene is the life in the north. Free to dine in and travel within the state. How most of us rejoiced at the new found freedom.

Alas... that doesnt last long. The feeling of safety came crashing down yesterday.

50 positive covid 19 cases at our doorsteps!

The stark reality struck us. We are in limbo too. We are in the same boat as the rest .

Reading about shops and restaurants near our old home closing down their business, the wet market , a factory in Chuping and other spots is disheartening indeed.

Allahurobbi... covid is real. Its not hearsay . Its here !

At 6 yesterday, our PM came on air. Following his speech and plea, its disheartening too. This struggle for power and dominance is not ending soon. My sincere hope is for Msia to come through this all . Skin and all intact.

Seeing hubby as early as 7 out of the house for his dialysis too is making the wife a tad sad. May Allah keep you safe. This is our life now. Without fail. Zaharah Dialysis centre please take good care of him.

Wait a minute. I smell something burning....

Ya Allah... I left the rice cooker on. The sambal is being cooked!

Mujoq lagi hidung masih boleh menghidu bau. Its a sign that I am still alright. Aamiiin. 

Harini tentu macam macam lagi yang akan singgah dimata, telinga dan hati kita.

What more in store for us?



Friday, August 13, 2021

Dari sini nak ke sana....

 Kalut handphone dicapai bila terlihat kelibat dia.

Nun, sedang meniti wire letrik diseberang jalan.Kelam kabut tangan memetik camera . 

Nah... ini bukti sahihnya. Yang haiwan berkaki empat itu dah melintasi kawasan rumah.Laaa...dah nak balik kawasan dia. Agaknya setelah direkee belukar depan rumah cikson tak sesuai untuk penempatan baru mereka.

nampak tak?



Ehh...mana tau mereka ni spy. Entah entah sehari dua sekoloni pula berhijrah ke sini. Kita lihat dan nanti.
nampak tak ?



Ayam jantan RBL dah pandai kidnap ibu ibu ayam rumah sebelah datang ke wilayah RBL. Amboi seronok bukan main dia dapat berkawan dengan ibu ibu ayam montok jiran sebelah.

Tapi hasilnya adalah taik ayam bertompok tompok. Alahai.

Ehh ..bapa ayam ni hantar balik girlfriends kau . Pandai datang pandai balik ya. 

Belakang rumah setiap kali bekerja didapur mata ciskon ralit memerhati kawanan burung burung yang datang hinggap didahan harum manis dikebun tokwan.

Macam macam bentuk dan warna.

Entah dari mana datang mereka. Sekarang pun berkicau saja suara mereka.

Monkey bukan monyet pun punya hobi baru. Tangkas dia menangkap jari jari sesiapa yang lalu ditepinya. 

Jadilah .... terhibur juga hati yang sangat  rindu cucu cucu di KL sana lihat haiwan haiwan yang sudi singgah . Walau hati ada sedikit marah bila kena basuh enapcemar mereka... haha.

Life in the sleepy hollow of Perlis is awakened by the sheer number of positive covid cases of late.

Yesterday, I counted 4 ambulances . Speeding towards Kuala. Hati hati semua ya.

Thats all folks. Hujan dah turun. Salam Jumaat.

Thursday, August 12, 2021

Dari mana nak ke mana tu ?

 Pagi ni tertengok posting kenalan fb.

Terpampang gambar ini.

Haha..mcam sama apa yang kami suami isteri nampak petang semalam. Tapi tak sempat cikson grab gambar. Maka berlalulah saja episod yang tak pernah cikson tonton sebelum ni.

Selama duduk di RBL ni, inilah kali pertama melihat makhluk Allah ini berhigh wire depan rumah.
Ehh..depa mai dari mana ni?
Yang cikson tahu ramai mereka menghuni kawasan Bukit Lagi yang tidak berapa jauh dari sini. Tapi kalau datang dari situ,jauh jugalah nak menapak. Lagi lagi dok tergawang gawang atas wire letrik.

Cikli memerhati mereka berdua hingga lepas pandangan mata.
Rupanya mereka memasuki hutan kecil seberang jalan . Nampaknya mereka macam kaum peneroka nak teroka penempatan baru.
Pagi ni tertengok tengok cikson akan kelibat mereka. Tak ada.
Yang ada si Monkey bukan monyet yang sedang enak berehat atas kerusi.

Monkey,where's the monkeys that we saw yesterday?
Monkey bukan monkey pandang cikson. Dia buat muka donno.
Eh..wa tak ambil tau lah hal orang.
Wa kucing bukan monet ya cikson.
Kucing tak jaga tepi kain orang!

Betul tu Monkey. Jangan ambil kisah sangatlah hal orang. Buat hal sendiri. Silap ambil berat mau kena pelangkong nanti. Hihi.



Tuesday, August 10, 2021

Hujan pun turun....

 Semalam,rasanya tiada yang tak rasa sayu. Merembes air mata walau pun bukan saudara mara kita.

Gitulah juga,seharian, selepas terbaca whatsapp anak2 tentang pemergian nya, rasa terhenti degup jantung. 

Siti Sarah Raisuddin telah kembali ke rahmatullah jam 5.15 pagi. Begitu ayat yang dibaca. Tak terkata apa apa .Allah lebih menyayangi , dari kita makhluk bumi, walau suami.

Buka tv jam 11 ,ada siaran langsung di perkuburan. And by 1 ,selamat arwah disemadikan.Alfatehah.

Orang yang baik akan meninggalkan kesan yang baik bila dia telah tiada. Ramai menangisi dan mendoakan. 

Antara mereka yang pergi, teringat pemergian Allahyarham Tan Sri P.Ramlee lewat tahun 70 an dulu. Juga Allahyarham Sudir. Abam juga. Termasuk Pak Yus.

These were a few artists that when they were gone, were missed by us. Terkesan dan selalu dingati.

Wajarkan mereka diingati kerana sumbangan mereka menceriakan rakyat Msia . Dalam karya mereka ada pengajaran dan tauladan. Kisah kebaikan mereka juga jadi bualan dan sebutan.

Artist saja pun. Nak agung agungkan buat apa? Maka pasti ada yang berkicau. 

Artist or not, politician or tuan guru , the good deeds would be remembered. Yang tidak jadi sempadan.

Malamnya tertonton video Shuib  dan anak anaknya.

Hujan pun turun. Namun bumi tak basah. 



Thats all folks. 



Monday, August 9, 2021

Its ok not to be ok....

 Tiada kata menggambarkan rasa selayaknya.

Tergamam aku ketika data kematian covid negara terpapar. 360!

Highest ever.

Its sucked out the energy in me. Reading the latest data in our fight against this dreaded virus. 

Terhambur kata kata kurang manis netizen terhadap DG KKM juga buat meruntun jiwa.

All fingers pointing on him. Accusing him of being a lapdog for the present govt. That data are manipulated. And seriously all those clambering for power during a time when human lives are being lost are heartless,to say the least.

Its ok DG...just carry on. 

Masa PM mengumumkan kelonggaran utk mereka yang sudah melengkapi dua dos vaksin, rasa teruja macam tiada.

Tidak mengharapkan utk berjumpa mereka yang sangat dirindukan kerana bimbang lebih akan kesannya. Bukan saja pada kami tetapi lebih lagi pada mereka. Merentas negeri berjam jam lamanya bukan utk masa ini. 

Its ok not to meet my loves. Its ok not to be ok.

Risau pula tengok mereka yang senang senang melintas sempadan . Dok ulang alik macam kita sudah merdeka. Macam tak boleh ditunda apa apa.

Am not ok to meet up with people from out of the state. Knowing the dire consequences.

Today, I woke up to the news that our beloved songstress has met her Creator. Her demise came as a jolt. Alfatehah . Hope her loving hubby and children strength to go through this.

So feeling not ok with all the happenings around us.

The astro news has been cancelled. Missing much news around the world as CNN,Al Jazeera is unsubscribed. Its ok as it means less news of the world struggles entering my home. 

I came upon a beautiful song of its ok not to be ok by aN American Got Talent contender. A cancer patient who got the golden buzzer from simon.



Its ok not to be ok. 



Saturday, August 7, 2021

Kucing,bapa ayam dan mengkarung.....aku suka vinca

 Di jalan depan rumah kenderaan lalu lalang . Motor,motokar ,bas,lori ,basikal.... silih berganti. Sekali sekala terpandang seorang dua berjalan kaki.

At present its empty. Tanda lampu trafik light dihujung jalan merah  sudah pasti.

That Perlis is in phase 3 of MCO is nothing to shout about. Takut lagi adalah. Semalam intai mysejahtera hotspot. Nah.. dilokasi persisiran pantai lebih kurang 5 kilometre dari sini 17 kes dalam tempoh 14 hari. Ada juga satu kematian. Varian Delta digosipkan angkara buatan.

Dan satu kilometre dari sini pun ada satu kes.Walau satu ,tetap risau. 

Berita tentang Siti Sarah juga menyedihkan. Allahu Akbar. Semoga dia selamat .

Kooo koooo ooook... nyaring bapa ayam nan sekor tu berkokok. Entah apa lah yg membuat dia kuat berkokok walau hari bukan awal pagi. Kegemaran dia panjat kereta cikli untuk tidur menjelang petang. Puas dihalau, dia masih berdegil. Macam macam cikli buat untuk cegah dia. Namun he's one obstinate, tak takut mati punya ayam. 

Tu cerita bapa ayam solo ranger. Dah lama dia menduda.

Kisah kucing betina bernama Monyet pun jadi penghibur hati kami suami isteri. Semalam dia mengiau kuat depan pintu gelongsor kaca. Apahal minah sekoq ni.

Waah... dia bawa balik hadiah buat kami. 

Seekor mengkarung yang masih bergerak berjuntai dari mulutnya. Anak bertuah ni, ada saja benda dia nak bawa masuk rumah.Nak suruh cikson gulaikan agaknya.

Tiba tiba si mengkarung dapat memboloskan diri dari rahang mulutnya. Terkejar dia mengejar . Tapi si mangsa lebih tangkas . Selamat kau mengkarung.

Meow.... meow... dia berbunyi lagi pagi pagi ini. Adalah tu yang diintainya.Atau dia mohon dilepaskan ke luar.

Cepat cikson bawa dia ke pintu gelongsor.Andai dia nak memerut, buatlah di luar.

Mengintai ke luar vinca melambai lambai..Kami hauslah cikson. Bagai dia memberitahu cikson yang lalai

Nanti kami ,mati,ciksn juga yang rugi..hihi.


mula mula menghuni RBL ini




entah berapa lama dia bertahan agaknya

depan



Selain digantung di porch kereta, setengahnya di gantung dibawah extension tepi rumah. 

di tepi rumah 

Moga moga suburlah kamu vinca dan petunia. Biarlah berbaloi dengan harga mu. 

Friday, August 6, 2021

tiada kata...

 Kes positif melangit lagi.

19k semalamnya. Dan diramalkan dalam tempoh 3,4 minggu,angka mungkin meroket melebihi 24k.

Menakutkan. Dan jangkaan varian delta berupaya menjadi super variant tentu lebih mencemaskan lagi. And worse still, I came across an article that we may be in for more stronger variant. Katanya 1 out of 3 pulak boleh dijangkiti. Semoga adalah breakthrough utk kita menangani wabak ini.

Interstate travel is still out of bound. And in some states even inter district is restricted. Kesian cucu cucu yang sekian lama terperuk dah beberapa bulan dalam kondo mereka. Hanya gambar dan video penghubung kami.

Fahim rindulah kampung halaman. Nak jumpa wan dengan tok.

Rindu auntie kat Cyber dan Pahang. Kat Pahang boleh pi pantai. He said one day.

Bergenang airmata dia ,ibunya bercerita. 

Sebenarnya benarlah banyak rindu bersarang dalam jiwa kita.

Semalam ,dapat berita sedih tentang anak yang kehilangan ayah akibat covid. Meragam dia . Mungkin itu cara dia melepaskan rindu pada ayahnya yang tiada.

Tertonton juga sebuah video sianak meraung ditangga bila mendengar perkabaran ibunya yg telah tiada. 

Dan gambaran berbaris kereta jenazah membawa jasad mereka ke tanah perkuburan amat mengharukan. 

Actually... tiada kata nak gambarkan rasa.



Thursday, August 5, 2021

Whats up Perlis?

 Dari kejauhan terdengar siren ambulans berbunyi. Tanda ada sesuatu emergensi terjadi. Kalau bukan eksiden , lain lain kemungkinan sekarang ini adalah sesuatu yang sangat ditakuti. Covid! Apalagi?

Jalan didepan rumah menghubungkan Kangar dan Kuala Perlis amnya. Namun kebelakangan ini sekerat jalan sudah dipasang SJR. Langkah keselamatan diambil bila kes positif covid meningkat dikawasan sana.So no more jalan jalan ke kuala sesuka hati kini. Kalau tak ada sebab yang afdhol , tak payah pi.

That Perlis is accorded the phase 3 of  entah apa plan made headline these last few days.

Seronoklah boleh bebas dah.

Bolehlah keluaq makan kat kedai

Nak pi shopping ok dah. Banyak kedai dah buka.

Oh well... I beg to differ. Rasanya nak pi makan kat luar tu on hold lah dulu. Tak kuasa nak buka mask utk makan. Entah entah tengah rancak dok suap tu lalu lalang pula pembawa. Naya.

Maka jadilah makcik pemastautin tetap kat rumah kalau tiada urusan mendesak. 

Sekarang ni dah terjebak dengan pokok vinca dan petunia....tak tanam pun. Beli yang dah ada bunga dan gantung di tepi rumah. Harga boleh tahannn.

Sometimes,even if its against your principle, you have to bend a little bit. Going out, meeting people is not advisable now,so to brighten up a somber day , I chose to care for plants. Those vincas I mean.

I memang stingy tentang duit, tapi dalam keadaan sekarang, sedikit bolehlah untuk menyenangkan hati...hihi.

Actually dah lebih sebulan tak keluar rumah. Entah entah pekan Kangar pun dah banyak berubah!


SOP untuk fasa 3. 




Wednesday, August 4, 2021

Terrrrr....senak dan sentak

 Tersentak makcikson sejenak... eh dua tiga jenak jugalah.

Katanya...katanyalah.Parlimen diarah bersidang untuk bincang hal hal berkenaan covid 19 yang tengah menggila sekarang. Namun...lain pula jadinya.

Tak boleh bersidang mereka demo. Tak boleh demo depa berkumpul kat rumah,kat hotel.

Aduhai... entah bila semua ni akan bernoktah.

Senak perut rakyat marhaen jadinya. Kita dicengkam kerisauan mereka buat tak ketahuan.Rebut kuasa. Rebut sapa yang nak jadi PM. Hal rakyat tak adanya nak perjuangkan . 

Why not they sit down and discuss amicably ? Ni asyik dok aku cukup quorum, aku cukup nombor.

Tersentak juga bila diumumkan Perlis dah beralih ke fasa 3.

Antara suka dan tidak sama banyaknya.

Risau covid yang tengah menggila. Hari hari ada. Dua hari berturut turut ada yang meninggal dunia. 

Khabarnya boleh dah nak dine in dengan SOP yang ketat. Entahlah,buat makcikson yang conservative ni, dine in biarlah on hold dulu. Bimbang . Pengalaman patron restoran bersin dekat bahu cikson di sebuah restoran masih berbekas.

Begitu juga dekat ATM. Sebelah saja orang batuk sambil buka mask! Adoii..

That a pelawak kena tangkap kerana memperdagangkan manusia pun satu hal juga buat kita tersentak. Thats a heinous crime. The malefactor of which should be whipped high and dry.

Rajalawak.. adakala tak lawak.

What in store for us today? Yet to be seen.

Ada dua tiga acara Olimpik Tokyo yang akan ada peserta Malaysia .Roping for the bicycle event. Harap harap tu taklah hampa dengan 13 juta harga basikal. Katanya.

And the trophy for the most tersenak dan tersentak adalah this laptop. Awat tak tersentak,masa on tadi dia dok kelipuk kelipuk pejam celik. Dah... nak jadi arwah ke. Senak perut dok pikiaq nak ganti. 

So the mcquiver in me put on the thinking cap. Kuis sana sini, goyang sana sini, tiba tiba dia hidup!

Eureka! 

Biar computer dok blink,blink jangan gelabah. Tepuk tepuk manja, tungging sikit sikit laptop tu, bernyawa balik dia. 

Tersenak dan tersentak sekejap bila computer peribadi buat perangai pagi pagi.

Haha.... 

Thats all folks. Bye.

Sunday, August 1, 2021

Dan Ogos pun bertandang....

 Hey..dah masuk bulan baru hari ni.

August is here...kata hati. Oh yes, I normally do monologue in English. Berlagak...haha

Please bring all the good vibes to us dear August. Bersihkan hati hati kami dari kecelaruan yang tak bertepi. Mau rakyat marhaen, MB di parlimen juga bapa bapa menteri. 

I watched, commented to myself and sometimes exchange thoughts about the state of affair of dear motherland with cikli. The parliment for that matter,my dear. Gossip dan membawang is not my alma mater. 

These few days, Perlis had quite a shower. The sky looks bleak as I look up to the sky. Rain is sure this afternoon. Hope there would be no flooding.here and in No 7. Risau.

Somebody sent grotesque pictures of people gaping for their lives on pavements the other day. Its apparently clear that those haunting sights that we saw happening in countries like Iran, China ,Mexico,Brazil has reached our shores. Mortuary overflowing with lifeless bodies and rows after rows of coffins being laid down to rest is no secret . Really its so disheartening.

Terbaca tadi pak menteri kata kita akan berada dalam peak of the season before coming down. Hari hari bila petang saja jantung berdebar menunggu statistik dari KKM. Sejauh mana kita boleh pergi dengan keadaan ini entahlah. Perlis pun dah zon merah kembali. Dengan 16 positif . Kebanyakan dari kuala. 

Beberapa hari lalu, terima berita ahli keluarga adik meninggal kerana kes ini. Juga bekas warden sekolah asrama diibu kota. Mereka aku kenali. Allahuakbar. 

Parlimen tak jadi disambung Isnin ini. ...... pulakkk.

Whats else is in store for us August? Do be good. 

googled pic.


Thats all folks. Bye.Take good care .