Tuesday, August 10, 2021

Hujan pun turun....

 Semalam,rasanya tiada yang tak rasa sayu. Merembes air mata walau pun bukan saudara mara kita.

Gitulah juga,seharian, selepas terbaca whatsapp anak2 tentang pemergian nya, rasa terhenti degup jantung. 

Siti Sarah Raisuddin telah kembali ke rahmatullah jam 5.15 pagi. Begitu ayat yang dibaca. Tak terkata apa apa .Allah lebih menyayangi , dari kita makhluk bumi, walau suami.

Buka tv jam 11 ,ada siaran langsung di perkuburan. And by 1 ,selamat arwah disemadikan.Alfatehah.

Orang yang baik akan meninggalkan kesan yang baik bila dia telah tiada. Ramai menangisi dan mendoakan. 

Antara mereka yang pergi, teringat pemergian Allahyarham Tan Sri P.Ramlee lewat tahun 70 an dulu. Juga Allahyarham Sudir. Abam juga. Termasuk Pak Yus.

These were a few artists that when they were gone, were missed by us. Terkesan dan selalu dingati.

Wajarkan mereka diingati kerana sumbangan mereka menceriakan rakyat Msia . Dalam karya mereka ada pengajaran dan tauladan. Kisah kebaikan mereka juga jadi bualan dan sebutan.

Artist saja pun. Nak agung agungkan buat apa? Maka pasti ada yang berkicau. 

Artist or not, politician or tuan guru , the good deeds would be remembered. Yang tidak jadi sempadan.

Malamnya tertonton video Shuib  dan anak anaknya.

Hujan pun turun. Namun bumi tak basah. 



Thats all folks. 



1 comment: