Friday, August 13, 2021

Dari sini nak ke sana....

 Kalut handphone dicapai bila terlihat kelibat dia.

Nun, sedang meniti wire letrik diseberang jalan.Kelam kabut tangan memetik camera . 

Nah... ini bukti sahihnya. Yang haiwan berkaki empat itu dah melintasi kawasan rumah.Laaa...dah nak balik kawasan dia. Agaknya setelah direkee belukar depan rumah cikson tak sesuai untuk penempatan baru mereka.

nampak tak?



Ehh...mana tau mereka ni spy. Entah entah sehari dua sekoloni pula berhijrah ke sini. Kita lihat dan nanti.
nampak tak ?



Ayam jantan RBL dah pandai kidnap ibu ibu ayam rumah sebelah datang ke wilayah RBL. Amboi seronok bukan main dia dapat berkawan dengan ibu ibu ayam montok jiran sebelah.

Tapi hasilnya adalah taik ayam bertompok tompok. Alahai.

Ehh ..bapa ayam ni hantar balik girlfriends kau . Pandai datang pandai balik ya. 

Belakang rumah setiap kali bekerja didapur mata ciskon ralit memerhati kawanan burung burung yang datang hinggap didahan harum manis dikebun tokwan.

Macam macam bentuk dan warna.

Entah dari mana datang mereka. Sekarang pun berkicau saja suara mereka.

Monkey bukan monyet pun punya hobi baru. Tangkas dia menangkap jari jari sesiapa yang lalu ditepinya. 

Jadilah .... terhibur juga hati yang sangat  rindu cucu cucu di KL sana lihat haiwan haiwan yang sudi singgah . Walau hati ada sedikit marah bila kena basuh enapcemar mereka... haha.

Life in the sleepy hollow of Perlis is awakened by the sheer number of positive covid cases of late.

Yesterday, I counted 4 ambulances . Speeding towards Kuala. Hati hati semua ya.

Thats all folks. Hujan dah turun. Salam Jumaat.

2 comments:

  1. kalau saya seram jugak bila nampak tu hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seram juga Syaz. Mau depa buat koloni sini, baru kalut

      Delete