Wednesday, August 4, 2021

Terrrrr....senak dan sentak

 Tersentak makcikson sejenak... eh dua tiga jenak jugalah.

Katanya...katanyalah.Parlimen diarah bersidang untuk bincang hal hal berkenaan covid 19 yang tengah menggila sekarang. Namun...lain pula jadinya.

Tak boleh bersidang mereka demo. Tak boleh demo depa berkumpul kat rumah,kat hotel.

Aduhai... entah bila semua ni akan bernoktah.

Senak perut rakyat marhaen jadinya. Kita dicengkam kerisauan mereka buat tak ketahuan.Rebut kuasa. Rebut sapa yang nak jadi PM. Hal rakyat tak adanya nak perjuangkan . 

Why not they sit down and discuss amicably ? Ni asyik dok aku cukup quorum, aku cukup nombor.

Tersentak juga bila diumumkan Perlis dah beralih ke fasa 3.

Antara suka dan tidak sama banyaknya.

Risau covid yang tengah menggila. Hari hari ada. Dua hari berturut turut ada yang meninggal dunia. 

Khabarnya boleh dah nak dine in dengan SOP yang ketat. Entahlah,buat makcikson yang conservative ni, dine in biarlah on hold dulu. Bimbang . Pengalaman patron restoran bersin dekat bahu cikson di sebuah restoran masih berbekas.

Begitu juga dekat ATM. Sebelah saja orang batuk sambil buka mask! Adoii..

That a pelawak kena tangkap kerana memperdagangkan manusia pun satu hal juga buat kita tersentak. Thats a heinous crime. The malefactor of which should be whipped high and dry.

Rajalawak.. adakala tak lawak.

What in store for us today? Yet to be seen.

Ada dua tiga acara Olimpik Tokyo yang akan ada peserta Malaysia .Roping for the bicycle event. Harap harap tu taklah hampa dengan 13 juta harga basikal. Katanya.

And the trophy for the most tersenak dan tersentak adalah this laptop. Awat tak tersentak,masa on tadi dia dok kelipuk kelipuk pejam celik. Dah... nak jadi arwah ke. Senak perut dok pikiaq nak ganti. 

So the mcquiver in me put on the thinking cap. Kuis sana sini, goyang sana sini, tiba tiba dia hidup!

Eureka! 

Biar computer dok blink,blink jangan gelabah. Tepuk tepuk manja, tungging sikit sikit laptop tu, bernyawa balik dia. 

Tersenak dan tersentak sekejap bila computer peribadi buat perangai pagi pagi.

Haha.... 

Thats all folks. Bye.

No comments:

Post a Comment