Tuesday, February 23, 2021

Tanpanya....






acar or jelatah 

Tanpanya mau terbantut selera
Biar maha sedap lauk pauknya.
Itulah kekuatan jelatah atau acar kata org Kedah. 

Tanpanya, nasi ditelan terasa mengkelan
Kalau tanpa mu sambal belacan
Ditambah dengan ulam ulaman,its heaven.

Begitulah hidup kita
Perlu kepada perencahnya
Mau juga ada rasa gembira
Kalau dah selalu diulit duka.

Mau rasa ada duit berguni
Nak kemana saja yang dihajati
Sebut saja, keliling dunia boleh pergi

Mau rasa ada support system
Dalam menghadapi krisis yang  mencengkam
Baru boleh bernafas lega seluas alam.

Namun tak semua manusia bertuah dilimpahi segala kurnia
Kerana ada kita, yg terpaksa menempuhi dugaan demi dugaan tanpa habisnya
Hanya sabar dan takwa yang membuat kita tidak tenggelam punca.
Sabar, doa dan takwa.... kata kuncinya..

Hahaa.... bermadah pula cikson pagi pagi ni, actually mendidih darah walau matahari belum meninggi.
Dah tak larat nak hadapi hari demi hari....

Ada ke kereta irizku juga yg dipilih si ayam jantan tua tu untuk buat homestay dia.Dalam banyak2 kereta, kereta aku yg kau berkenan. Maghrib semalam, aku dah halau dia dari bertenggek diatas x trail. Maka dia pun membawa mak we dia balik ke rumah tuannya.
Jam 5 pagi, terjaga dari tidur dengar macam ada sesuatu di porch kereta. Waduhhhh! Dia dok bersantai pula kat atas kereta ku. Hilang rasa takut, aku keluar dan hambat dia balik...haha..Kelam pukang dia lari balik. Dalam kelam pagi, aku nampak dia susup sasap lari ke rimbunan pokok pisang ditepi pagar.

Pagi ni... ha... nah  .... selambak taik ayam atas kereta.

Kadang kadang rasa nak hilang sabar pun ada. Mau jadi hulk . Dah tak mau jadi doremon....

Sabar,cikson sabar.
Tanpanya mungkin jadi nenek kebayan ......yg mengerikan....hahahaha. Gelihati.Terbayang nenek kebayan bertongkat  yg dipimpin pergi menyerang... macam cerita indon.





Sunday, February 21, 2021

Sejuk sejuk kat sini.....winter storm di sana

 Terlihat suhu di Kangar pagi ni.At 7.10am, 23 Darjah Celsius pagi ni. Patutlah sejuk. Sesejuk suhu air con living room cikson. Mesti lagi sejuk diatas puncak Gunung Jerai atau Cameron Highlands.

Namun bila menonton video tentang Texas masakini, tak terkata cikson. That one day old video depicts the dire condition in Texas right now. Aduhhh... unimaginable.

Texas telah tanpa letrik sejak beberapa hari. Kerana sumber tenaga adalah dari Texas sendiri, jadi bila berlaku trip, malfunction, tiada back up dapat diberi. Sehingga power line dan sumber letrik itu dipulihkan. Malangnya cuaca paling buruk pula menjengah mereka. Salji dan ice sheet yang tebal. Teruk .

Bumbung yang sarat menampung salji runtuh . Penghuni masih didalamnya. Salji yang mencair, mewujudkan banjir. Paip air pula akibat tekanan, pecah. Banjir rumah lagi walau condo atau apartment. Supermarket kehabisan makanan dan barang keperluan.Jalan licin sehingga mengakibatkan kemalangan berskala besar. Macam ala Final Destination. Mengerikan.

Pengalaman menumpang tidur semalaman diapartment tengah kota London masih segar. Masa itu hampir musim salji. Apartment pula tanpa eletrik. Sejuk gedi tak terperi. Menggigil walau berhelai baju dan selimut. Hingga ke pagi mata tidak dapat tidur. Besok pagi kami cabut tak tunggu lagi. 

Sejuk minus 4 darjah fahrenheit pun dah tak tertanggung, apalagi kalau berada disituasi Texas masa kini. Macam nak pecah dada dan berdesing telinga. 




Bolehkah kita bertahan kalau situasi ini mendepani kita...
No transport
No water supply
No electricity
No food.
No heat,no medical care.....



Syukur kita. Sejuk pagi ini akan hilang bila menjelang rembang tgh hari. Panas pula yg akan kita hadapi. 

Teringat akan Maklong dan keluarganya di Texas sana. Apa agaknya yg mereka sedang harungi. Semoga Maklong sentiasi dalam lindungan Allah swt. 


Saturday, February 20, 2021

Salah tuuu...2

 Macam bermusim pula kisah ni. Belum reda cikgu Dibab ehhh salahhh Dibah mempersenda sebutan menteri timbul pula DJ Hot lah konon mentertawakan cikgu berdekah dekah akibat yang sama.

Sah tak dak adab!

Salah sebut BI saja pun dah nak buat video gelakkan cikgu tu berdekah dekah. Mmg biadab.

To tell the truth, lidah orang Melayu yang dah dok setia dgn belacan dan budu mmg lambat nak pick up slang orang mkn cheeese. 

Me included. Walau sejak dari darjah empat masuk sekolah orang putih , saya sangatlah susah nak cakap ala ala Londoners. Still my lenggok is Melayu. Why? Semasa saya belajar, saya tidak ada platform lain utk belajar selain guru2. And as my teachers were all Msians, we speak English the Msian way. Cuma kat form 4 or 5 kot, my English teacher came from India.  

Not so with my children and cucus. From what I hear, their diction is s much better. Ala ala mat saleh gitu. Bergulung gulung lidah. Siap nasal sounds. Haha.

One day I noticed that Fateh who's 2 ,pronouncing NO  . Tak seperti toknya yang just No. Dia siap dengan gaya sebutan mat saleh. Begitu juga lain lain perkataan.House,cat ,its mine,big, small....

Waahh...  ada gayalah mamat ni...Semua ni dari minat sangat menonton Peppa Pig.

Begitu juga abangnya si Pohim.

Teringat adik saya yang membaca teks Bahasa Melayu dengan slang Cina. Sbb thn satu kat convent cikgu Bahasa Melayu dia adalah Chinese. Dah jadi Prof dah dia.

Coming back to cikgu Sains on Didik Tv. Just this I want to advise kat adik/anak tu.

You go on teacher. You tak blackout masa mengajar tu dah satu kejayaan. Lantaklah orang nak ketawaka,nak kondem ka. I had been in your shoes.

Selepas balik UK, saya dipaksa bagi kursus . Saya yang tak pernah bercakap depan audience dewasa apa lagi gelabah lah. Dan lesson yang saya kena ajar adalah dalam BI. Nak ajar dalam kelas mmg lah kita terror. Pejam mata bila bila. Ni nak ajar orang tua, dalam dewan. Maha pandai pula semua.Mau pitam!

Habis kelas, borang feedback saya teliti. Gugur jantung saya baca komen komen.

I dont understand what she taught.

This is not for my class. Ada ka diajar Games utk kami.Nak buat apa?

Irrelevant.

Grammar pun ada salah. 

Down sunggoh komen komen yang diterima. Sampai ke rumah terus cerita kat cikli. Dengan muka yang sedih dan bertekad itulah kali terakhir bagi lesson kat cikgu2.

Nak tau apa kata  cikli?

You habih tak kelas tu. Which I did. For one hour I stood in front f the class teaching . 

You pengsan tak? Which I didnt. I was still standing on my own two feet until the end of the class.

Well.. Baik lah tu. Your lesson was a success! Sbb you tak pengsan.

And the same advice was passed to my ustazah who had to give a lesson to other teachers too. 

Ustazah tak pengsan kan? Sukses lah tu. 

From there, I didnt look back. I continued to give classes to teachers in Perlis when I was appointed the key person for English stopping only when I was appointed GB. I know my English was still Msian English. Yang penting content nya. Nak dengar London English pi Londonlah...

Cikgu , biar beribu yang ketawa. Jangan patah semangat. Move on . Improve. Belajar dari kesalahan. Tak mati kerana ketawa orang. 

Tengok saya... sapa sangka dari kena kutuk boleh end dengan berpencen dengan gayanya... GB sekolah Kluster Kecemerrrrrrangan lagi! Awak ada?

Haha... sesekali kena cari kebanggaan diri. Yang ketawa ,kutuk kita entah2 tak kemana mereka.

Saya suka tengok anak anak orang barat yang penuh konfiden bercakap tentang kebolehan mereka. Tak tersipu sipu malu macam kita


Wednesday, February 17, 2021

Salah tuuuuu......

 Riuh sekampung no sekarang bab salah sebut bila speaking. Speaking? Speaking what? Tanya si blurr. 

Kalau ada fb tentu sekali bab ini lalu kat wall. Begitu juga YouTube.Dari tak tahu jadi tahu.

Hal hal sensasi bab menteri dari bum bum jadi seksi lepas tu speaking/reading speech in BI .Penampilan dah tip top . Cantik . Tapi bila dengar dia melontarkan suara membaca text .....bagaimana dia mencantikkan diri persis model seharusnya dia berusaha membetulkan sebutan, lenggok bahasa dia. 

No doubt... dia belajar KTF ..sekolah elit. Lepas tu kat US lagi. So expectation orang kat dia mestilah kena speaking BI berhabuk kalah yankee kat US. 

Dan bila cikpuan bekas guru BI buat video kritik sebutan no doubt dia tentulah menarik perhatian netizen. Me included.

Well,Adibah...you dont have to be too uptight. Tegur boleh tapi tak payahlah siar utk semua . Ni dgn ayaq muka dan hidung segala. Kesian Rina jadi bahan.

This brought me to a tragedy long time ago.

SWORD... is soD. not seword. Di tegur depan ramai sbb anak murid salah sebutan is ok. Tapi jgn lah dk highlight cikgu tak tegur. Cikgu salah ajar. Tu kurang ajar.

And one day, karma ! She salah ajar fakta Sains. Dalam mesyuarat PIBG, seorang bapa membawa ensaiklopedia dan bersyarah tentang ajaran dia yang salah. Banyak lagilah peristiwa2 yg menimpa dirinya...

Sebenarnyalah... belajar BI boleh buat mereng kepala. Awat taknya. Banyak sangat undeng undeng. Di eja begini, disebut begitu. Ada boleh dibunyikan, ada kena diamkan.Ada perbuatan /verb bertukar2 utk hari yg bertukar.

Bahasa Melayu... letak sedang, telah ,akan dah betul ayat tu.

Contoh... berlari .

Letak sedang.... telah...akan... depan berlari kita dah faham dan betul ayat itu.

Ni dalam BI... run,runs,running, ran.

Lagi parah... know,knows,knowing, knew, known... 

By the way... know disebut no.. but kenau. Haha.

Silent k, silent b, silent macam macam lah...

Betullah... learning English is lot of fun. But is not funny when you were made fun of. For pronouncing English words wrongly. 

Sekarang guru BI kenalah berhati hati terutama bila sessi PDPR tu. Tentu macam radar saja telinga ibubapa dok perembang cikgu2 kita dok speaking English masa tgh mengajar. 

Taku pula nantu tular.... ehhh cikgu BI pun tak tau sebut debt... its daut  kata Adibah.. Sambil buat muka melopong.

I once had an office girl who was very keen to learn English. Everyday, she would converse with me in BI. She was made fun of by the others.

One day I got enough. You all nak ketawa kenapa. Biarlah. Dia ada effort nak belajar, You all ? Ketawa saja yang tau.True enough, my office girl learned quite a lot and improved her English tremendously. 

To tell the truth... even I was from an English stream , my English is far from perfect. Kata pun kita bukan native speaker from London yang speak Queen English. 

Teringat pula kenangan di Edinburgh. Tanya jalan kat posmen...Ternganga mulut dengar slang dia. Macam kita dengar Bahasa Melayu dialect Abi... haha.

So tak perlulah.. sikit sikit Salah tuuuuu. Orang tak sebut lagu tu.....

Tu yang orang Malaysia Melayu takut nak berbahasa lain dari bahasa ibundanya. Tu pun macam2 bunyi dok ada. Tak percaya tengok berita bila ada interview . Jenuh perembang telinga .Bila orang Melayu berbahasa ibunda.

Sekian saja. Terimakasih. Bye...



Kalau was was nak sebut google kan ada..Lainlah dulu dulu kala. Zaman cikson belajar mmg 100 persen cikgu ajar. No tv, no radio, no internet. Sekarang....type saja how to pronounce. ****.