Sunday, February 21, 2021

Sejuk sejuk kat sini.....winter storm di sana

 Terlihat suhu di Kangar pagi ni.At 7.10am, 23 Darjah Celsius pagi ni. Patutlah sejuk. Sesejuk suhu air con living room cikson. Mesti lagi sejuk diatas puncak Gunung Jerai atau Cameron Highlands.

Namun bila menonton video tentang Texas masakini, tak terkata cikson. That one day old video depicts the dire condition in Texas right now. Aduhhh... unimaginable.

Texas telah tanpa letrik sejak beberapa hari. Kerana sumber tenaga adalah dari Texas sendiri, jadi bila berlaku trip, malfunction, tiada back up dapat diberi. Sehingga power line dan sumber letrik itu dipulihkan. Malangnya cuaca paling buruk pula menjengah mereka. Salji dan ice sheet yang tebal. Teruk .

Bumbung yang sarat menampung salji runtuh . Penghuni masih didalamnya. Salji yang mencair, mewujudkan banjir. Paip air pula akibat tekanan, pecah. Banjir rumah lagi walau condo atau apartment. Supermarket kehabisan makanan dan barang keperluan.Jalan licin sehingga mengakibatkan kemalangan berskala besar. Macam ala Final Destination. Mengerikan.

Pengalaman menumpang tidur semalaman diapartment tengah kota London masih segar. Masa itu hampir musim salji. Apartment pula tanpa eletrik. Sejuk gedi tak terperi. Menggigil walau berhelai baju dan selimut. Hingga ke pagi mata tidak dapat tidur. Besok pagi kami cabut tak tunggu lagi. 

Sejuk minus 4 darjah fahrenheit pun dah tak tertanggung, apalagi kalau berada disituasi Texas masa kini. Macam nak pecah dada dan berdesing telinga. 




Bolehkah kita bertahan kalau situasi ini mendepani kita...
No transport
No water supply
No electricity
No food.
No heat,no medical care.....



Syukur kita. Sejuk pagi ini akan hilang bila menjelang rembang tgh hari. Panas pula yg akan kita hadapi. 

Teringat akan Maklong dan keluarganya di Texas sana. Apa agaknya yg mereka sedang harungi. Semoga Maklong sentiasi dalam lindungan Allah swt. 


No comments:

Post a Comment