Monday, September 24, 2018

What's up Perlis...Floating Market dah ada kat sini


Hujan pagi ni.
Berdentum guruh berbunyi

Sejak dua menjak ni begini
Hujan, selang sehari

Namun ada perkembangan baru di sini,
Nun,tak jauh di sini telah berlangsung satu aktiviti
Yg ambil contoh dari negara jiran Thailand atau Siam sebutan kami
Yang orang dok atas perahu sambil berjual beli.

Floating Market dah mai tempat kami
Tapi kami tak pi
Sebab,takut gelap kena cahaya matahari
Lagi pun nak beramai ramai,berhimpit himpit,tak kuasa dah la ni.

Nindia gambaq cikson cilok @ pinjam dari fb.
Tolong halal ya.

floating market Perlis..gambar fb



macam2 jualan..gambar fb

ramai orang semalam di sini...gambar fb



Well...minggu exam datang balik sekali lagi. UPSR dah bermula . Semoga anak2 tabah menghadapi ujian pertama antara ujian yg bakal di duduki.

Got to sign off quickly. Tak betah nak berlama lama dok mengadap laptop la ni. Guruh dok bagi amaran . Takut kami.

Bye.. Have a happy day .

Tak lama lagi akan ada pula khidmat boat utk tour Kuala. Rasa nak cuba la...
Kuala Perlis...gambar googled



Indah pemandangan ...gambae gooogled

Sunday, September 23, 2018

foggy morning...


Macam jabatan metrologi ...yg kaji cuaca tu dah aku ni. Kata aku pada diri sendiri. I seem to not able to coin the correct word for this entity. Shame on me. Metroloji,meterolollloloji..wateva.

Pagi ni foggy atau berjerebu. Pohon pohon diseberang jalan, seberang sawah ,nampak berbalam balam.
Dan ini mengingatkan aku akan autumn yg sejuk gedi di Scotland. Throwback memory disana sejenak.
Seingat aku,aku tak pernah naik kapalterbang prior to my trip to UK. Itulah kali pertama. Jadi seakan peghaklah aku terpinga pinga diKL  airport sampailah ke Heathrow. Dulu bukan zaman imformasi dihujung jari. Click saja dapat tau apa yg dicari..nahi nahi nahi.. bukan begini.

So dengan informasi yg sedikit aku pergi ke negara yg tak pernah aku kunjungi. Baju yg ku pakai pun bukan baju yg sesuai dlm cuaca yg aku akan tempohi. Jadi dalam kapalterbang lagi aku dah rasa sejuk menggigit jari bila perjalanan merentasi bumi.

Di Heathrow.... boleh pula kumpulan kami tak ternampak placard orang yg dtg jemput kami. Maka mundar mandirlah kami nak keluar dari situ. Hingga beberapa jam baru bertemu mereka yg cari kami dan perjalanan diteruskan ke Edinburgh... tempat kami berkursus.

This foggy morning in Perlis,reminds me of that autumn in the UK. Daun2 berguguran,pokok2 bogel.langit suram,hujan dan sejuk membaham tubuh..

This foggy morning too made me think of my years of growing up in that small town of Kulim,Kedah. Sometimes it was so cold that the well water was so icy and bathing in the early morning was a torture. And at times the coconut oil in the bottles went frozen. A rare sight these days in Perlis.

This foggy morning too made me think of my children...rindu depa.
Yesterday I made a call to one of them.
Mak masak apa?
Sedaaapnya.. he answered when I told him the menu.
Ambik cuti,balik sini . Boleh mama masak apa yg hang suka..
Cucuq milo, sambal tumis ayam, .... eh eh apa lagi ya.
Today, I intend to steam that siakap. Simple quick and yummy. Kita masak kita makan sendiri,

Thats all folks yg mengikuti tulisan aku yg bodoh bodoh cerdik ni...hihi.
Bye. Love you all.


Saturday, September 22, 2018

Mengubat Rindu di Pagi yang Syahdu


Wanie Hasnita ke sapa entah dok mengalun lagu dalam kepala.

Rindunya kat depa berdua
Sorang calm,seorang berbagai ragamnya.
Nak jumpa depa dok jauh di ibu kota
Jadi...hanya video kiriman sajalah pengubat semua...


Semoga cucu cucu berdua ini membesar penuh dengan kasih sayang antara mereka
Tidak berebut attention kedua ibubapa
Tidak iri hati ,nak menang saja
Lots of loves between them,itu doa seorang nenek tua..

Harapnya.. si abang menyayangi , si adik menghormati
Kedua ibu dan ayah berusaha ke arah ini.

Well... actually people surrounding them do have parts to play.
Tak kiralah nenek ke, datuk ke atau pak saudara dan mak saudari
Biarlah kita jadi insan2 yg menyemai benih benih kasih sayang antara adik beradik yg menyayangi. Bukan benci membenci.

Berapa kerap kita banding membandingi?
Berapa banyak kali kita mencemuhi seorang depan yg seorang lagi
Berapa pula kita ajak mereka bertanding untuk menguasai

Sebenarnya... tak baik dalam pembentukan rohani
Bila antara adik abang kita semai sifat sifat iri, banding membanding dan segala yg tak disukai.

Thats all folks...Bye

Have a nice day.

Friday, September 21, 2018

integriti, humaniti... semua yg bertiti.

Semalam,berita yg mendominasi tv sudah tentu yg berlaku di Jln Duta.
Aku tak lepas dari mengikuti... antara betul betul tercegat depan tv atau semasa sibuk mengurus kerja rumah RBL ini.

20++ pertuduhan baru
Yg dah sedia ada pun tentu memenatkan
3 juta wang jaminan... 28hb ni perlu dilangsaikan.

Macam baru sangat melihat kelibat dia disanjung, dapat air time seluas luasnya sehingga saban hari dia saja yg mendominasi.
Sekarang sebaliknya yg terjadi.
Mana kemegahan yg di megahmegahkan. Mana pengikut yg berjutaan keliling pinggang semasa berkuasa.
Kelibat isteri yg berjalan mendahului pun dah tak kelihatan .

Ini satu pengajaran
Yang diatas tak semestinya diatas selalu.
Lebihkanlah tanya pada diri... Adakah aku berintegriti
Adakah aku bertindak menjalankan tugas dengan mengenepikan humaniti. Membelakangkan undang undang, sombong dan bongkak diri.

Tak perlu kita jadi Perdana Menteri. Menjadi pekerja biasa pun harus ada semua sifat2 yg baik . Andai ditakdirkan ada sedikit peluang mengemudi institusi, jalankanlah dengan penuh berintegriti.

I like what Tun M tried to put into us... jadi orang yg tahu malu. Malu jika buat salah. Malu bila gagal. Malu jadi pencuri!
Jangan fikir curi duit saja patut malu.
Curi masa,curi tulang pun curi...

Talking about humaniti, integriti...moga moga satu hari Malaysia berjaya keluar dari segala yg membelenggu ini.
TB... sepanjang hidup ini,beragam isu yg ribut mengkucarkacirkan ,aku ditakdirkan melihat dan mengikuti

Komunis
13 May
Anwar saga 1
Anwar saga 2
Najib....

entah apa lagi yg akan mendatangi...

Anyway.lets leave it to the court to decide. Selagi orang itu tidak dibuktikan bersalah,dari segi undang undang dia tak bersalah. Lagi2 kalau dia mengaku tak bersalah.

As a citizen of this country,the later development would be followed closely.

Thats all folks.