Thursday, September 6, 2018

DIY... beg kotak hijau saya


Dalam satu posting lama dulu,ada cikson upkan gambar sebuah beg kepunyaan sendiri. Bukan beg Birkin atau Hermes tau... mcm bigmomma punya. Hehe...jauh panggang dari api la .Or jauh mimpi dari realiti nak dapat walau se biji.Inikan pula berlori lori..)

Beg hijau ini cikson beli di PB. Padang Besaqlah mana lagi.
Ha nindia
the said bag...PB banyak dijual.

tadaaaa....isinya

bukan brush make up tapi  alat bertukang
Kenal mana plier,mana spanna
walau karat masih berguna

tape ada berbagai bagai
Tape utk paip bila bocor yg warna merah

ukur mengukur kita guna tape ini

Nak mengetuk,guna hammer
Nak memotong wayar guna yg tengah
Nak buka paip , yg kiri kita guna.

Nak melekat guna stapler yg besaq
 See girls,
Tak rugi tau bila skop pengetahuan kita di luaskan
Biar kemahiran kita merangkumi banyak lapangan
Selain make up,berfesyen, memasak,tukang menukang juga perlu kita pelajari
Supaya bila ada kecemasan kecil kecil ,taklah kita tercari cari

Lepas guna,simpan balik dalam kotak kotak


Actually banyak lagi alat yg dibeli...
Tak rugi bila ke DIY mata asyik tercari cari
Bila kecemasan, tak lah tak tentu hala jadi.


Wednesday, September 5, 2018

Tanpa bicara

Abam pakai topi McD



Adik pakai topi tokki
Hari Rabu tanpa bicara
Maka gambar2 saja ya...
Abam bermisai melintang

adik pula .............misai mesti panjang

Tuesday, September 4, 2018

Hujan pagi pagi


Hujan pagi ini.
Kain baju kotor masih belum berbasuh lagi
Kalau dibasuh bagaimana nak dikeringkan kerana tiadanya matahari
Lain lah kalau ada mesin pengering kain.. putar putar putar dia berpusing untuk mengering kain baju yg dicuci.

Hari ini hari ketiga cikli di hospital. Demam sejak dari bilik hotel TH Alor Setar tidak berkurangan buat kami meninggalkan majlis tanpa dapat say gudbye to anybody. Zoooom terus ke Kangar menumpang kereta anak buah. Malam itu juga cikli warded. Suspected infection.
Maka berulangaliklah cikson dari RBL ke hospital saban hari. Kaki separuh baya ini tetap memanjat tangga dan melangkah dari hujung ke hujung hospital. Entahlah berapa lama dapat bertahan. Pagi ini pun jalan dah berjengket2 akibat kejang urat. Bau semerbak minyak angin memenuhi ruang rumah...haha.

Hujan pagi pagi..
Banya kerja tak dapat diberesi
Niat hati nak basuh taik ayam yang bertepek tepek di garage kereta.
Aduhai kaum ayam... kenapa disini kau nak buat kerja ya...Dont you understand that I have my hands full. Bila cikli sakit semua kerja diluar rumah tergendala. Laman yg dibersih dah naik rumput semula. Sakit mata.

Hujan pagi pagi
Buat cikson lewatkan pergi ke hospital hari ini
Mau ku harungi hujan ini, sakit demamku apa jadi?
Semalam pun entah kenapa balik dari sana,badan menggigil.
Demamkah aku ,atau kerana terlampau penat ke sana kemari

Hujan.. cepatlah datang dan pergi
Curahkan beban kamu ke bumi
Cucikan segala kotor kotor yg membelengu kami
Agar hidup kami kembali suci dan murni

Lately... banyak sangat berita dan cerita sedih melingkari hidup kami.

Dari tingkap tingkat 2 HTF hari pertama kami di sini.
awan mendung tanda nak hujan tak lama lagi..

banguna baru HTF...

macam boleh dicapai awan yg tinggi...

Monday, September 3, 2018

Entah...

Macam tak terhambat segala benda yang nak dibuat.
Nafas rasa tersumbat hingga tercungap cungap
Ha... itu gambaran hidup dilalui
Kesana kemari sampai tak jijak bumi
Keluh kesah ku kuis ke tepi
Hadapi apa yg datang dan singgah dengan tenang hati.....ia ke tenang macam air di kali.

Cikson...you are so lucky not to have problems like what others are having.
Aku senyum dan terima kata kata itu bagai doa yang mengiring.
Moga moga hidup aku sentiasa berada pada tahap yg boleh diterima hingga nafas ku hembus akhir nanti. Aku tidak pohon senang lenang dgn harta faraid yg berbillion. Tidak juga mengeluh bila masalaah sekeliling datang berdamping. Hanya beri aku kekuatan supaya aku tabah dan sabar mengahdapi semua ini...

So many things habouring and lingering
Mcm kain yg dibasuh tak sempat kering
Kalau tak diperhati baunya menyusuk hidung

Sakit demam.Patah hati.Kemalangan.  Financialtroubles ...heeee macam dok ikut mendampingi kearah mana yg kita pergi.