Monday, March 19, 2018

LTDL lalu kat siniiiii.....cerita semalam


Lepas kemas sikit sikit,tugasan harian ini menunggu. Hantar cikli ke klinik 1M utk rawatan.
So into the dusty gray car we board. Me at the steering apa lagi..

Lampu dah hijau,eh kenapa kereta depan tak jalan? Aku bertanya kehairanan.
Oh ada polis trafik dok arah jalan rupanya.
Maka disimpang jalan Dato Ali aku menanti. Hijau kuning merah silih berganti. Tapi kami tak dilepaskan juga lagi. Yang mengarah ke pekan dia tak tahan.
Jam dah panjang. Ada yang keluar kereta sambil hisap rokok sebatang
Ada yang melencong ke jalan belakang.
Tapi kami masih bertahan. Penuh sabar penuh keimanan.

Gundah gulana kami terjawab!
Ada ocaasion rupanya.
Mula mula menderu abang abang kakak kakak polisi atas superbike mereka. Dibelakang dan didepan kereta pengiring dengan lampu menyala.
Ingat dah habislah.... konvoi mereka. Rupanya panjang lagi rupanya.
Lebih setengah jam...rasanya sejam baru aku clear akan keadaan.
Ada LTDL la!

Aku minta cikli rakamkan video. Hendak ku upload rasa malu. Suara ku... hi hi macam guruh dalam video itu. So  Iscreenshot sajalah dari situ...

Setelah procession itu tamat barulah kami dilepaskan.
Dapatlah aku jadi part of mereka.... sehingga aku belok ke kiri. Ke klinik 1M untuk cikli cuci kaki.

Selepas tamat rawatan, perjalanan aku teruskan. Cari makan dan melawat pesakit stroke ditaman perumahan kami.

Thats all folks... Have a happy holiday yang tengah berholiday sempena cuti sekolah la ni. Bye.
he apakeheinya...ada polisi kat seberang jalan ni

LTDL... lalu jalan ni
tak pula makcik tahu harini ada benda ni..

Selamat mengayuh basikal u all
Selamat berhenti di jalan u all pemandu pemandu utk bagi depa lalu.

Friday, March 16, 2018

sronoknya dia



Walau di mana saja
Biar bukan di taman bunga
Atau bilik karok yang dikenakan harga

Emak sibuk berkemas barang untuk pindah
Dia pula sibuk dengan concert solonya... alahai cucu yang satu.

Nanti pergi masjid ikut wan pi Jumaat ya..

Thursday, March 15, 2018

3H2M ...banyak cerita yang tersimpan.


These last few days,life been topsy turvy once again.
Apalagi kalau bukan kisah sakit demam,if you might ask .

Well.... sehari dua sebelumnya cikli selalu demam. Makan panadol pun tak kebah. Dan bila dia ke Klinik Satu M'sia ,pegawai disitu mengesyorkan ke hospital dgn kadar segera.

Maka tgh hari itu, kami bergegas ke Klinik Orthopaedic dan seterusnya ke ER. Dan disitulah bermulanya hikayat seribu satu malam ciklinya.

Dihadapan bilik X ray ,aku tidak dapat menahan diri dari rasa kesedihan melihat pesakit yang menangis . Kakinya tidak dapat diselamatkan lagi dan harus dipotong. Ku cuba mententeramkan dia dengan memegang tangannya. Mengusap bahunya. Sebenarnya aku tidak tahu apa harus aku katakan dalam saat2 demikian. Semasa kami bersalam utk berpisah,tangan ku digenggam erat . Aku tidak mengenalinya tapi aku dapat menyelami perasaannya .


If only I found this earlier.....

dari fb...

Di dalam ER pun tidak kurang rasa sedih........
Orangnya masih muda,sebaya anakku agaknya. Kenapa dia dikawal dua pegawai wanita beruniform biru menarik perhatian. Dia meraung dan yg ku pasti dia punya cerita yg sedih. Menyuruh suami menghantar gambar anak anak kepadanya kalau dia ditahan didalam wad.Lama kemudian baru ku tahu pesakit mengidap bipolar.

Cikli ditempatkan diGF blok A. Katil tambahan. Dan untuk dua malam bilik itu dikongsi bersama pesakit pesakit pembedahan tulang. Disini anak muda ditahan berbulan kerana patah kaki dan juga penyakit lain. Aku lihat keakraban antara mereka. Macam sudah kenal lama.

Jam 3 pagi cikli dibedah utk membuang nanah dikaki. Alhamdulillah dah boleh keluar wad .Maka bermulalah episode baru pula....entah sampai bila aku dapat bertahan. Harap2 tidak menyembah jalan.

Seorang tua membela peasakit tua. Dua2 sama tua.Itu ceritanya.Kalau muda bukan begini ceritanya.Itu saja.

Thats all folks...bye.Have a pleasant day. Jaga kesihatan kerana bila dia hilang,tak ketahuan kehidupan lintang pukang.

Wednesday, March 14, 2018

Jangan tegur boleh tak?


Tadi masa melayari fb cikson terjumpa satu video yg agak interesting. Gaya si narrator tu bersahaja . Nandini rasanya namaya.
Intipati yg makcik boleh saring dari presentationnya adalah..
Boleh tak jangan komen hal fizikal orang?
Agak agaklah sebelum buka mulut,fikirlah adake tuan kena tegur tu nak terasa atau tak.
Ni siap dengan gelak ketawa berjemaah pula.

Remembered my late mum....even the characters on tv pun tak diberi kami gelakkan. Apalagi kalau nak kutuk orang kaw kaw. And I have seen families laughing out loud at other people misfortune with the mum adding up. Hehe... tak taulah saya apa kesudahan pada keluarga itu. Semuanya perrrrfect belaka atau ada yg jadi macam orang yang mereka persendakan.

This was written few days back. This morning,I strike the publish button.