These last few days,life been topsy turvy once again.
Apalagi kalau bukan kisah sakit demam,if you might ask .
Well.... sehari dua sebelumnya cikli selalu demam. Makan panadol pun tak kebah. Dan bila dia ke Klinik Satu M'sia ,pegawai disitu mengesyorkan ke hospital dgn kadar segera.
Maka tgh hari itu, kami bergegas ke Klinik Orthopaedic dan seterusnya ke ER. Dan disitulah bermulanya hikayat seribu satu malam ciklinya.
Dihadapan bilik X ray ,aku tidak dapat menahan diri dari rasa kesedihan melihat pesakit yang menangis . Kakinya tidak dapat diselamatkan lagi dan harus dipotong. Ku cuba mententeramkan dia dengan memegang tangannya. Mengusap bahunya. Sebenarnya aku tidak tahu apa harus aku katakan dalam saat2 demikian. Semasa kami bersalam utk berpisah,tangan ku digenggam erat . Aku tidak mengenalinya tapi aku dapat menyelami perasaannya .
If only I found this earlier.....
dari fb... |
Di dalam ER pun tidak kurang rasa sedih........
Orangnya masih muda,sebaya anakku agaknya. Kenapa dia dikawal dua pegawai wanita beruniform biru menarik perhatian. Dia meraung dan yg ku pasti dia punya cerita yg sedih. Menyuruh suami menghantar gambar anak anak kepadanya kalau dia ditahan didalam wad.Lama kemudian baru ku tahu pesakit mengidap bipolar.
Cikli ditempatkan diGF blok A. Katil tambahan. Dan untuk dua malam bilik itu dikongsi bersama pesakit pesakit pembedahan tulang. Disini anak muda ditahan berbulan kerana patah kaki dan juga penyakit lain. Aku lihat keakraban antara mereka. Macam sudah kenal lama.
Jam 3 pagi cikli dibedah utk membuang nanah dikaki. Alhamdulillah dah boleh keluar wad .Maka bermulalah episode baru pula....entah sampai bila aku dapat bertahan. Harap2 tidak menyembah jalan.
Seorang tua membela peasakit tua. Dua2 sama tua.Itu ceritanya.Kalau muda bukan begini ceritanya.Itu saja.
Thats all folks...bye.Have a pleasant day. Jaga kesihatan kerana bila dia hilang,tak ketahuan kehidupan lintang pukang.
Semoga cepat sembuh cik Li.
ReplyDeleteTerimakasih cik Normala
DeleteSekarang cikli dah bertambah ok. Lega sikit makcik.