Sunday, March 4, 2018

Sini panaih sana sejuk gedi...


Panaih sunggoh sejak dua menjak ni.
Panaih lit lit dan rasa habanya syuuuup naik sampai ubun ubun kepala.
Jenuh bayaq karan bulan ni sbb dok on air condition sedia. Baru jelaskan bil 224.00 utk guna bulan lepas..
Bila tengok weather forecast banyak tempat kat dunia ni yang suhunya berwarna merah menyala yg menandakan kawasan tu panas melebihi 30 darjah celcius.

Tapi beza sakan pula cuaca kat benua Eropah la ni. Menonton Star News, tiap tiap hari ada berita tentang extreme weather di Scotland dan Britain. Dah bawah minus . Dengan angin yang kuat serta salji yang tebal. Terimbau kembali sejenak masa cikson merantau kat sana. Suhu minus 3 pun dah berlaga gigi. Keluaq asap bila bercakap. Rasa macam nak pecah dada. Tambah pula waktu malam kat London di apartment yang rosak heaternya. Mau sejuk beku kami semua. Mujur dalam bilik cikson heater boleh control sendiri. So panas memanjanglah bilik cikson. Namun berlaian bila pergi kuliah. Bilik yang dikhaskan kepada kami adakala meragam heaternya.

Panas panas begini , dapat cendol semangkuk tentu puas hati.
Eh... nak kena cari cendollah nanti. Sluuuurp.

Mendengar abam pohim menyanyi lagu happy birthday buat aunty bobo buat hati sejuuuuk sekali.
Yang tak menahan tu bila semua orang dia lagukan happy bday.
Eh... mana aci macam tu pohim.Kesian bday girl.

Terbayang diingatan sejuk hati bila dapat melawat keluarga ibu saudara sebelah ibu cikson zaman dulu dulu masa muda remaja . Selalunya time cuti sekolah ,cikson akan ke sana. Disambut mesra mereka sekeluarga buat hati berbunga bunga. There's never a moment yang cikson tak rasa sejuk bila berada di felda sana. Sepupu yang peramah,mak menakan dan pak menakan yang baik . Thats worth a memory.
Well... things of the past remains close to our hearts when they were good. But if otherwise,even though we are family,its better be closed forever. Tak gitu.

Sini cikson dapatkan suasana sejuk gedi di Edinburgh yang terjadi kini. Dari goooooglelah apa lagi. Oh wait ,ada juga cikson snap gambar dari news semalam.

Buat anak anak semua, stay cool not cold. When you are cool, you are rational in your thinking and actions. But when you are cold and ruthless... sakit hati dibuatnye..
Whatever,it is, I prefer mild,lukewarm . Even for my morning cup of nescafe.
Perth..Scotland.
Pekan kecil yg kami kunjungi

Istana dalam pekan Edinburgh..
Setiap kali lalu lalang,mesti terpegun sudah

Disaster warning ...dangerous condition
Katanya terburuk dalam tempoh 35 tahun..

Thats all folks . Stay safe always.
Panaih lit lit macam ni mau senang dapat penyakit.
Gitulah... sejuk sangat susah,panaih lit lit pun payah

Till then,ni ha makcik belanja video abam pohim nyanyi lagu bday buat semua orang. Bye.

..



Saturday, March 3, 2018

like the bird on the hot tin roof....not

Today I spied a bird. Lonely as before on the hot tin roof.
Tersesat dari manakah dia?
Its been a few days since I last saw her.
Birdie...I called out.
Tweeet tweeet tweetooooooo.
She made no respond.
Up on the hot tin roof she stood still for a few minutes before she spread her wings and flew away.

kesian dia... lonely birdie just like me.

I was like the lonely bird today.
Cikli was away on his first fishing escapade after such a long abstinence.
He was so excited to join the fishing competition along the kuala perlis beach . What more the prize is a whopping 50K!
Mau menang kaya kita!
Lepaslah  sapa sapa nak buat kenuri.kata dia.


cikli and bro... having a time off



So what did I do all this time.
Thought of taking the commuter to SP didnt materialise. Sorang sorang jalan tak seronok la. Nak masak pun dah kehabisan bahan bahan mentah. Nak keluar beli pun malas. So cikson fried nasi goreng ajalah.

After that, she stripped off all the covers from the chairs and tossed them into the washing machine.
Eh... takkan nak biar togel begini. Seronoklah nina and her gang dok cakar.
So she put on fresh covers on her dining chairs.
Dah tukar covers,why not change the table cloth too.
Oh ya... the turquoise polyester cloth was spread over the table.
Hehe... biar tukar colour scheme semua sekali.
So the table runners and covers were given a treatment... all blue.


So thats how cikson spent her day while her hubby was away fishing.
Like the bird on the hot tin roof...not.She didnt dok melangut saja. Dok pikiaq sat lagu ni sat lagu tu. Baik kemaih rumah .Dari dok ghoplah..ahah.


Inilah deko meko cikson yang  tak sepertinya bila kena tinggal.
tukar tema.... gray and turquoise

saja saja tukaq mai tukaq pi

haha... konon konon 

baru nampak ada warna nooooo.



ha hah.... nak tukaq lebih2 kena tunggu approval tuan ampunya.



Thats all folks . Bye. have a pleasant weekend.

Wednesday, February 28, 2018

The power of giving.... tangan yg memberi.


Terpinga pinga kami bila pelayan restoran memungut balik kertas yang tertulis harga makanan yg kami makan direstoran itu.
Adik..kenapa?
Si teruna menunjukkan meja dua tiga baris dari kami.
Mereka minta...
Terimakasih kami ucapakan pada mereka suami isteri yang belanja kami makan tengah hari semalam.

Aku memilih milih sayur dan bahan masakan dikedai yang biasa aku kunjungi.
Tanpa ku duga,pekedai membungkus tomato tomato yang pada pandangan ku masih elok.
Cik... ambil sajalah. Tak payah kira.
Rezeki.

Sebelum itu,aku membungkus ikan bilis yang ku terima dari tetamu yang berkunjung ke rumah. Banyak dan aku rasa aku tak habis memakannya.
Nak bagi kat sapa.. tanya suami
Rezeki yang lebih kita sharelah . Kata aku.Insha Allah rezeki kita tak berkurang.

Dibelanja makan tengah hari dan mendapat sayur free pun sudah tak ternilai harganya buat aku. Semoga mereka diberi keberkatan . Murah rezeki.

Aku menolak pemberian anak yang aku rasa mereka pun bukan senang lenang.
Tapi mama ,tak senang duduklah kalau tak bagi. Mama ambik juga.Teringat aku akan tokton. Aku juga rasa janggal dan takut rezeki ku tersekat kalau aku tidak memberi kepada ibu. Perasaan bersalah itu datang walau ibuku rasanya tidaklah tersepit kehidupan kalau aku tak menghulur bantuan setiap bulan. Begitu juga dia akan menolak pemberian ku dengan alasan aku banyak tanggungan.
Maka aku akan selit duit dalam drawer dia dan hanya bagi sedikit ditangannya.
Nota ku tinggalkan utk dia supaya dia tak tercari cari duit itu dari mana.
Giving money to my mum macam acara hide and seek.
Miss her.

Memberi bukan saja terhad kepada wang ringgit. Ilmu dan kemahiran yang kita ada boleh dishare . Maka masa disekolah dulu, aku memang suka share apa saja pegetahuan yang ku jumpa dengan rakan rakan. Suka tengok kawan rakan bersama sama mengembangkan ilmu yang ada.
DIY yang ku share juga adalah satu cara aku mengembangkan ilmu yang ada. Bukan nak tunjuk pandainya kita. Dari stat yg ada, ramai yang bertandang ke blog ini dibawa google.
Tertinggi carian utk membaiki paip sinki rosak tanpa panggil plumber. Lucu pula...haha.

Thats all folks....Bye.
Image result for power of giving quotes
so true...

Monday, February 26, 2018

some like it hot....


Deruan kereta dijalan depan rumah sudah berkurangan berbanding jam 7 tadi. Menandakan warga kerja,warga sekolah sudah mula memulakan tugas . Hanya sekali sekala sebiji dua kereta atau motor menderum laju.

Semalam bervoice exchange dgn cucu di KL.
Lembut suara menyapa aku..
Tok dah makan
Tok makan ape?

Suara Muhammad Fahim Zaidan terasa lembut ditelinga . Suara seorang cucu yg disayangi dan dirindui.
Dah pandai menyusun ayat budak dua tahun itu.
Ada karektor nya yang tersendiri.

Baru dulu dia meragam bila dihantar ke play school. Ragamnya bukan kepalang. Selang seminit raungnya bila ditinggalkan.
Ahim dont want school. Itu kata kata dia.
Dan ragam dia tetap sama walau masuk minggu ketiga. Malah meningkat darjah decibel raunganya.

Masa di RBL, ibunya bercerita ttg ragamnya disekolah. Nampak riak wajahnya berubah bila sekolah disebut. Jadi ibu kena mengeja school bila masa hendak bercerita.
But he seemed to catch up with our conversation.
No,ahim tak mau school.
Ahim tak mau friends.
Katanya sambil memuncungkan mulut dan sedih.

Dulu kami cubit saja kalau anak anak tak mau dengar kata...lama2 takutlah dia nak buat perangai.
Mungkin itu saranan orang yg terlebih makan garam.
Well for me,what we have been subjected to, should not be passed to our predecessors.
Ya lah... kalau kita menghadapi kesusahan,kepayahan,pergaduhan,kezaliman dan berpuluh lagi ketidak ketahuan, eloklah kita jauhi dari anak cucu kita.Selagi daya.
adik abam fahim..fatih namanya

sayangi adik 

haha... mengasuh adik


Dulu,ilmu pengetahuan jenuh kena cari. Kena beli buku atau kena jengah ke library. Berbanding sekarang,semua dihujung jari. Taip saja digoogle jumpalah dia.
Maka aku pun menaip ..
temper tantrums in 2 years old.
having baby brother
sibling rivalry.

Dulu mak kita tak dak pun komputer komputer ni. Tali pinggang, penampaq , sedia saja kena kat anak. Besar juga anak . Jadi orang juga.

Well again... some like it hot. But I prefer mine mild. Not cold not hot. Its cool babe.

Till then again. Bye..