Wednesday, February 28, 2018

The power of giving.... tangan yg memberi.


Terpinga pinga kami bila pelayan restoran memungut balik kertas yang tertulis harga makanan yg kami makan direstoran itu.
Adik..kenapa?
Si teruna menunjukkan meja dua tiga baris dari kami.
Mereka minta...
Terimakasih kami ucapakan pada mereka suami isteri yang belanja kami makan tengah hari semalam.

Aku memilih milih sayur dan bahan masakan dikedai yang biasa aku kunjungi.
Tanpa ku duga,pekedai membungkus tomato tomato yang pada pandangan ku masih elok.
Cik... ambil sajalah. Tak payah kira.
Rezeki.

Sebelum itu,aku membungkus ikan bilis yang ku terima dari tetamu yang berkunjung ke rumah. Banyak dan aku rasa aku tak habis memakannya.
Nak bagi kat sapa.. tanya suami
Rezeki yang lebih kita sharelah . Kata aku.Insha Allah rezeki kita tak berkurang.

Dibelanja makan tengah hari dan mendapat sayur free pun sudah tak ternilai harganya buat aku. Semoga mereka diberi keberkatan . Murah rezeki.

Aku menolak pemberian anak yang aku rasa mereka pun bukan senang lenang.
Tapi mama ,tak senang duduklah kalau tak bagi. Mama ambik juga.Teringat aku akan tokton. Aku juga rasa janggal dan takut rezeki ku tersekat kalau aku tidak memberi kepada ibu. Perasaan bersalah itu datang walau ibuku rasanya tidaklah tersepit kehidupan kalau aku tak menghulur bantuan setiap bulan. Begitu juga dia akan menolak pemberian ku dengan alasan aku banyak tanggungan.
Maka aku akan selit duit dalam drawer dia dan hanya bagi sedikit ditangannya.
Nota ku tinggalkan utk dia supaya dia tak tercari cari duit itu dari mana.
Giving money to my mum macam acara hide and seek.
Miss her.

Memberi bukan saja terhad kepada wang ringgit. Ilmu dan kemahiran yang kita ada boleh dishare . Maka masa disekolah dulu, aku memang suka share apa saja pegetahuan yang ku jumpa dengan rakan rakan. Suka tengok kawan rakan bersama sama mengembangkan ilmu yang ada.
DIY yang ku share juga adalah satu cara aku mengembangkan ilmu yang ada. Bukan nak tunjuk pandainya kita. Dari stat yg ada, ramai yang bertandang ke blog ini dibawa google.
Tertinggi carian utk membaiki paip sinki rosak tanpa panggil plumber. Lucu pula...haha.

Thats all folks....Bye.
Image result for power of giving quotes
so true...

1 comment:

  1. Bersedekah di jalan Allah, ganjaran kadangkala tidak sedar kita terima sebab bentuknya bukan setakat wang ringgit semata-mata...

    ReplyDelete