Friday, November 17, 2017

Nasi ayam kakchon nama diberi,sekali makan nak lagi...hihi


Amboi angkat bakul nampak.
Yes,beres masak nasi ayam buat kali pertamanya. To tell the truth,this is the truth. So I was quite bewildered on the how to. So google I did. To afew blogs and webs  I went and picked up a few tips.But I didnt follow to the zee as some ingredients are not available. And I was too lazy to go to the shop. In the end,I decided to do it my way.

Before I forget,a note has to be jotted.

Nasi ayam chiauw with chon...

A-  1 labu bawang putih ) grind bersama. Banyak gunanya.
     2 inci halia) 

B-Stok ayam.
    6 ketul ayam rebus dengan satu camca bahan grind A. Letak garam dan lada sulah.
     Lembut angkat ayam dan sejat.Ketepikan.
     Guna stok ayam ini utk masak nasi dan buat sup ayam.

C - Ayam grill
     Perap ayam tadi dengan bahan bahan ini
     Bahan grind A , kicap ABC, gula, sedikit garam, sos tiram,sos lada hitam,cili flakes. Juga bawang       besar setengah labu yg dikisar halus.
     Bakar dalam pemanggang ajaib yang telah diletak sedikit minyak sehingga bahan2 sedikit garing.

D. Sup Ayam
     Tumis bahan grind A dan sedikit bawang besar. Masukkan stok ayam tadi. Season dengan kiub            ayam setengah kiub dan garam secukup rasa.
      Tabur dengan daun sup dan daun bawang masa hidang.

E.. Nasi
    Basuh dan toskan 3 pot beras.
    Dalam rice cooker, tumis bahan grind A dan daun pandan hingga wangi. Masukkan beras dan              kacau sebati.
    Letak air sebanyak beras, dua camca besar margarine,garam dan gula. Sedikit kunyit sebagai              pewarna. Masak seperti biasa.

F- minyak bawang putih

G. cili padi potong serta kicap ABC

H...sos cili bawang putih ABC. Percik sedikit air limau.

I ... sayuran
     Kobis hiris nipis nipis
      Tomato,potong bulat
      Carrot.. potong panjang... julienne.

Cara menghidang...hanya gambar jadi panduan.

Selamat mencuba... kalau sedap habaq kat saya. Tak sedaaap ... saya tak tau le..hehe.
set nasi ayam cikson... abaikan pinggan yg cacamerba ya..


nasi ayamnya


sup ayamnya... haha ni ada cerita
Sebab kepala penuh dgn assignment, sebekas stok ayam tercurah ke sinki
Awat tak kena masak sup ayam sekali lagi


sayur mayurnya... fresh2 gitu




sos cili ABC, cili flakes,minyak bawang putih lebihan semalam. Yg tak kelihatan cili padi kicap.


hasilnya... jom makan. 
               Thats all folks . Catatan dibuat agar jadi panduan dihari muka sebab saya kaki pelupa.   

Bila Jalika berkumandang disana,ingatan SK Sena terpahat selamanya 1.


Jalika jalika jalika
Kau lah gadis jelita...

Berkumandang lagu itu dalam majlis pagi itu. Bukan dinyanyikan tapi diangklongkan. Terpegun hadirin melihat tingkah rancak anak anak sekolah dengan derap langkah dan ayunan angklung yang diiramakan.

Eh lagu apa ya,tanya Professor Datuk Dr. Ramlah Adam disebelahku.Kali pertama aku berjumpa dr. aku kagum dengan keramahannya. Dan dia macam adikku,personaliti dan gayanya.Rindu kamu .

Jaleha,Zulaika..berteka teki kami.Jalika kata seseorang. Lagu kegemaran orang kenamaan rupanya.

Hari itu aku terima jemputan lewat wassap aku sedikit apprehensive utk menghadirinya. Setelah sekian lama,aktiviti ku terbatas di RBL dan hospital serta klinik ,rasa segan menebal dalam diri utk menghadiri keramaian.
Warkah jemputan ku belek berulangkali.

masih ada lagi yang sudi menjemput. Terimakasih atas ingatan

Aturcara ... 


Rangkaian kata... saya dan warga sekolah sangat berharap kehadiran cikgu buat aku terfikir sejenak.
Langsung malamnya aku siap siap baju dan keperluan. Ambik kau... 3 pasang aku seterika. Besok pagi buat keputusan yang mana aku akan peragakan..

Badan kurang sihat. Masih ada sakit sakit. Cikli kena ke klinik. Aduh bersimpang siur fikiran ku antara hendak atau tak hendak pergi. Namun by 10.00 aku bersiap mengenakan busana hijau ihsan anak anak juga beg dari Perth. Berpeluh peluh lilit tudung ariani sepagi...hahahihi. (Ha sapa kata pemberian kamu akan bertapa dalam wardrobe selamanya. Ini ibu dah pakai semuanya. Thanks so much . teringat tokton menghargai pemberian adalah satu sifatnya. Apa yg anak anak bagi dipakai dgn suka hati) .

Detour dulu aku ke klinik dalam perjalanan ke sana. Drop cikli disitu dan aku memacu kereta ke Kampung Bakau.
Waduh... berderet kereta. Mana nak ku parkir ya?
Tiba2 teringat pagar kecil yg jadi isu masa aku disana. Terus aku belok ke perumahan sebelah dan mujur parking senang dan pintu pagar kecil itu terbuka.
Melintasi anak anak yang berkumpul sepanjang koridor ,namun tiada sapa yang greet aku macam dulu dulu.
Mana mereka nak kenal... itu senario lapan sembilan  tahun dulu.
In time for the formal programme.
Whew....
Coretan personal seorang pesara GB yg melawat sekolah akhirnya.

Selamat menyambut ulangtahun ke 25 tahun. Dah Jubli Perak ni. Tahniah.
cenderahati..


 Bye.. thats all folks. Jotting tentang rasa seorang pesara.

Wednesday, November 15, 2017

Kotiau sup ilham dari fb..


Melayari fb cikson jumpa resepi bihun sup cina. Simple dan senang memasaknya. Tapi bila check petiais bahan yang di guna tak adalah pula. So apa ikhtiar makcik ...hentam sajala. Nak makan kami berdua saja.

So here goes..

Kotiau sup ilham fb . ( utk mkn 2,3 orang)


supnya...
Ayam beberapa ketul. Guna bhg bertulang kalau suka
Sos tiram,lada sulah,garam dan setengah kiub perasa ayam.
Batang sederi atau kalau mau akar saderi.
Halia..1 inci. Potong nipis.

bahan kotiau...
Kotiau setengah kilo.... Celur.
Sawi...4,5 batang. Potong.Asingkan daun dari batang.Celur.
Telor 2 biji rebus. Belah dua
Taukua 2 biji rebus. Dadukan

minyak bawang putih
Bawang putih... satu labu. Dadukan. Masak dalam minyak setengah cawan

Cili padi hiris .. masukkan kicap ABC dan sedikit perahan limau
cili flakes

Cara memasaknya
Mula mula tumis bawang putih dengan minyak setengah cawan hingga garing dalam periuk. Kaupkan minyak dan bawang putih dalam bekas. Tinggal sedikit dalam periuk.

Guna periuk dan lebihan minyak serta bawang putih. Masukkan air secukupnya. Didih hingga mendidih. Masukkan ayam dan halia hiris. Tuang sos tiram dan serbuk lada . Perasakan dengan garam secukupnya dan kiub ayam setengah keping. Kalau suka masukkan akar saderi atau daun saderi.

SIAP!


Cara menghidangnya...

Biar gambar bercerita. Selamat makan.
makan panas panas..

kotiau sup ilham fb
kotiau terlebih celur bersama bahan2 sampingannya
Sup dok ataih periuk . Nak makan kenalah pi ceduk.

Thats all folks. Goodnight. 

Tuesday, November 14, 2017