Saturday, October 14, 2017

the loner




tunggul kayu dihalaman rbl. Dah panggil tukang mesin rumput...

It's a loner
That old piece of tree stump.
Sometimes, an occasional fowl steps on it and arrogantly proclaimed it as his place.
Sometimes ninasandaq spent a few minutes on it probably thinking of her self.
And at other times, the young lonely chicken rests her tired limbs while searching for food .

Jadi tunggul kayu rupanya berguna juga ya.
Walau rupa sudah tidak segah masa masih jadi pokok.

Hehe... entahlah. Kita pun sampai masa akan jadi macam tunggul kayu itu.
sunyi
rasa tak berguna
tunggu masa

Walau satu masa kita jadi tunjang segalanya.

Ps.... kdg2 tunggul kayu pun boleh memberi satu impak atau pengajaran. Tunggu kayu dgn redhonya .

Add caption

Thursday, October 12, 2017

DIY... sarung kerusi makan atau sarung sofa..yg mana satu nak ku buat ya.



Satu hari,tersampai ke daerah ini
Ada kedai runcit,kedai ikan dan kedai kain sekali

walau kedai tak tersusun,tapi dalamnya banyak harta karun
Kain murah murah harganya sampai hujung bulan ,krpet warna merah tu pun hanya 90 ringgit .


Setelah meninjau ninjau,bawa balik se bag kain
Rasanya macam nak buat sarung kerusi makan . Beli 10 meter .




kainnya tebal coraknya begini
Harganya 5.25 sen selepas di minta potongan harga

Tapi rasanya boleh juga dibuat sarung sofa utk rumah no 7. Kainnya dah berzaman tak berganti.


agaknya sesuai ke idaknya utk sofa ni..

Entah bila agaknya mesin jahit akan mengaum semula. Sekarang rasa tak berdaya... maka kain ini pun akan terus berada dalam bag plastik entah sampai bila..

Tuesday, October 10, 2017

entahlah wei...


Dan lelaki akan hilang kelakian jika terlalu banyak bergantung pada wanita lebih dari sepatutnya.

Setuju?
Tak setuju?
Entahlah wei...

Monday, October 9, 2017

.masak lemak pisang berudang kunyit hidup santan kotak..

Saja bagi nama panjang panjang.
Looking at the title pun dah terserlah tujuan kan.
Tak dak belindung lindung lagi.

Kisahnya sepasang suami isteri

Pagi tadi seawal jam 10,siisteri  drive si suami ke hospital. Tujuannnya utk ambil darah. But ....dia lupa yg dia kena puasa. Pagi pagi lagi dah pekena nasi lemak yang di masak semalam. Tambah pula dengan kopi O. So bila sampai tempat ambil darah ,tentulah nurse suruh balik.

Oklah...baliklah mereka
Tapi tgk meter minyak dah dok kelip pok kelip pok. Jadi driver pun teruslah pusing pi stesen minyak dekat satu kilometer dari hospital

Oh lala... si suami kena cuci kaki. Tapi nak ke klinik siisteri yang memandu ambik jalan jauh. Lalu kok Mai Mereket ,singgah sat. Macam halilintarq dia capai barang sbb suami dok tunggu dalam kereta. Dekat setengah jam jugalah sebab urusan timbang dan bayaran ambil masa.

By and by sampai klinik. Semetara suami cuci kaki,si ister pi rumah yg selalu dia pi. Sembang,tanya habaq dua tiga round,suami panggil kata dah siap.
Zup.Zass... bini dia pun sampai muka pintu klinik.

La... traffic lights tu dok kelip pok juga .. Maka si ister yang memandu pun kena lah tgk dan hati hati nak lintas.
Pi la lekas...lembab lah you ni. Kata pesakit pada drivernya.
Tapi pemandu tak hiraukan sebab sipesakit dah sedia rabun. Tak nampak dia akan kereta yg laju . Begitu juga bila nak undur, si driver berhati sedangkan pesakit dah kejan suruh jalan.

Then comes the time to eat..
Maka si isteri pun kornerlah masuk kedai. Parking tu memanjang..ie side parking .
Parklah mengiring macam kereta lain,order si suami.. well this the driver declined. kalau jadi apa apa bagaimana. Being conservative ,she wanted to park at the right spot,the right way.

Ketegag la you. Cakap orang tak mau dengaq!
Balik!... tak payah makan.
mujur ada nasi lemak semalam utk dimakan tgh hari

Maka isteri dia terus balik.

See... itulah yang selalu dihadapi. Kerenah dan ragam mereka suami isteri.

Petang dalam samar samar cahaya ,dia gagahi masak lemak pisang berudang kunyit hidup santan kotak.

Ooooops... harini bukan hari DIY.. So no cooking lesson today anak anak. Kita jumpa Khamis nanti ya.



kuningnya....masa dipinggan dan cahaya terang

dalam kuali dalam cahaya samar. Macam serawa pun ada 

Thats all folks. I wrote because I need to write. Bye.