Sunday, April 16, 2017

Bila dah jadi mm...


MM?
Apa tu kakchon?
Makanan kah dia?
Brand pakaiankah?

Anak anak ada komplen mama depa suka sangat berahsia. Kalau tak ada shortform yang kadangkala dia saja yang tahu tak sempurna kata mereka. Teringat dulu dulu,satu masa cikson tulis diari guna phonetic . Tapi sekarang ni phonetic pun dah terlupa kebanyakkannya.

Coming back to MM......
Semalam ada cikson tulis tentang wedding bells dan bila ada perkahwinan tentulah ada yang jadi mak mertuakan? In fact semua anak2 arwah tokton dah sandang gelaran tok. So nak jadi tok mestilah jadi mm... mak mertua.

Kegemaran melayari website website yang memperkatakan tentang sepak terajang berumahtangga ,cikson temui banyak episod tentang perihal mm. Ada mm yang baik dan sudah tentulah ada yg sebaliknya. Tapi kalau masaalah yg diajukan tentulah ttg mm yang tak baik.Website kisah rumah tangga dalam fb banyak menyerlahkan isu isu ini.

Kalau nak baca lebih lanjut pi lah gooooogle sendiri..hehe.type saja krt.

Secara berlawak semasa mesyuarat cikson ada mengemukakan adalah baik kalau semua mertua dan bakal mak mertua di beri kursus jadi mm yang baik...bertimbangrasa , bersama rata, bertolak ansur dll.

Cuma kali ni sedikit  ciri ciri mak mertua yg tidak diingini. Ambil dari blog ni
  •  Ini di olah dengan tatabahasa cikson sendiri kerana penulisnya menulis dalam bahasa dia.

  • 1. Selalu hanya dia saja yang utama. Didahulukan
  • 2. Kehendak dia sendiri saja yang kena diberi keutamaan,preference.
  • 3. Semua salah menantu
  • 4. Dia champion dalam menimbulkan masaalah. 
  • 5. Gemar gossip.
  • 6. Suka masuk campur
  • 7 Mulut celupar

  • Tudia list antara ciri mm puaka. Semoga kita tak termasuk dlm senarainya.

  •   Mertua yang baik adalah mertua yang memberikan kesempatan kepada anak dan menantunya menghadapi segala permasalahan mereka sendiri. Sedangkan orangtua yang masih belum bisa memberikan kepercayaan kepada anak untuk belajar dewasa guna membina keluarga justru akan membawa kehancuran terhadap hubungan keluarga anak tercinta. Orangtua kebanyakan merasa sedih jika ditinggal anak tercinta, namun kebahagiaan anak adalah kebebasan untuk dapat membenahi kehidupan keluarganya sendiri dengan dukungan baik dari kedua orangtuanya.
Bila jadi mm rupanya banyak perkara perlu diteliti.....Bye..

Saturday, April 15, 2017

wedding bells...

2017 sees many weddings taking place in ciklicikson's family. This April itself we will be attending two weddings ina ady. Come 29 ,cikli's sister would be hosting her daughter's wedding in a hotel in town. Alas the date collided with cikson's sister's son's wedding too in a town hall in Sungai Petani. Hehe betulke penggunaan punctuation marks sedemikian rupa.

So bagaimana ya .Dua wedding satu hari. Satu adik dan satu adik ipar. Maka rancangan pun dipersetujui yg cikson ke SP dan cikli di Kangar ini. Anak anak ikut lah yang mana mereka nak pi.

Pagi tadi dirumah ibu mertuaku berlangsung mesyuarat antara adik beradik dan ipar lamai . Dijamu nasi lemak, ceria saja semua mendengar taklimat,memberi pendapat untuk melicinkan majlis itu.
Teringat cikson akan zaman zaman mengendalikan perjumpaan kerja sekolah. Siap bangkangan,sokongan dan perkara berbangkit. Adik ipar yang mengendalikan mesyuarat lancar saja mempengerusikan mesyuarat diselang seli hilai ketawa ramai bila ada yang membuat lawak.
ahli lawak mesyuarat

Hope everything will be fine come the actual day.

Come December two more weddings are in line. Cikli's nieces would be tying the knots. Hope there wont be no more clashing dates and we are in good health to attend the nikah and wedding ceremonies.

Cuma satu ajalah.... hmmm bilalah giliran RBL nak meriah sekali lagi dengan acara2 begini. Aten's wedding was more than two years back. Takkan lah itu saja kan......Sentiasa berdoa agar semua anak2 beroleh jodoh yang sempurna.

cikson's nephew
cikli's niece
2 weddings on the same day
Kedah or Perlis...

Friday, April 14, 2017

Letih lagu ni...


Letih oooo kalau lagu ni." Kataku pada pomen kereta yang menghantar keretaku yang baru siap dipomennya.
Tiga tempat rosak,tiga orang buat.Tiga tempat kejadian berlaianan.

Duit RM 600 bertukar tangan.
Macamana business tauke sekarang? Tanya ku.
Dia mengerutkan dahinya . Susah sekarang. Dulu sikit saja orang dah hantar kasi cat balik. Sekarang orang biar dulu.

haha... apalah yg ditulisnya

Hmmm.. mmg pun. Dah tiga tempat kerosakan kecil pada badan iriz tu baru aku menghantar untuk dibaiki dan dicat semula.
Kesrosakan pertama masa aku parkir kereta di depan supermarket. Cikli ada dalam kereta tapi pemandu yg tergocoh gocoh keluar hingga merosakkan kereta aku dapat melarikan diri. Dia tgh sakit masa itu. Aku buat repot polis tapi kesilapan cikli tak dapat mengingat nombor dan buatan kereta membuatkan aku membatalkan saja repot itu atas nasihat pihak polis. Entahlah... masa itu ,itulah yang aku fikir terbaik.

Yang kedua,sianak terlajak memakir kereta maka tersagatlah bawahnya.  Tapi tak apa kerana kecil saja rosaknya.

Dan yang terakhir adalah bila cikli dan cikson pergi makan kenduri. Jalan yang terlalu sempit digagahi maka tersenerehlah badan kereta ke tembok . Jalan ke rumah kenduri adalah satu nightmare buat pemandu baru dan yang penakut macam aku. Terlalu sempit dan berbelok belok. Kalah tempat parking bertingkat condo . Mungkin kalah Kenanga .

Begitulah nasib iriz pemberian anak buat ibu . Kembara ibu pula di KL sana. Entah apa nasib dia. Rindu pula.

Jumaat ini...

semoga berbahagia
Pagi pagi lagi
Terdengar riuh memecah pagi
Rupanya cikli sedang menonton dengan tekun sekali
Sedutan video yang diterima dalam grup wassap terkini....

Amboi, amboi amboi uncle
Kenapa lah meninggi diri......

Bila teliti isi video itu, rupanya terjadi kat Singapura sana
Orangnya pula bukan muda remaja. Dah tua senja.
Habis dihambur kata kata yang menyengat rasa

Kadang kadang terfikir juga
Adakah bila lebih berusia kita jadi bebas untuk berkata kata?
Kerana apa apa pun orang kata kita nyanyuk saja...haha.


haha... dah tua dah suami dan isteri ini
Macam2 dah dilalui
selama hampir 4 dekad  ... hihi.
Antara anak anak kami...serta seorang cucu pengubat hati.