Friday, April 14, 2017

Letih lagu ni...


Letih oooo kalau lagu ni." Kataku pada pomen kereta yang menghantar keretaku yang baru siap dipomennya.
Tiga tempat rosak,tiga orang buat.Tiga tempat kejadian berlaianan.

Duit RM 600 bertukar tangan.
Macamana business tauke sekarang? Tanya ku.
Dia mengerutkan dahinya . Susah sekarang. Dulu sikit saja orang dah hantar kasi cat balik. Sekarang orang biar dulu.

haha... apalah yg ditulisnya

Hmmm.. mmg pun. Dah tiga tempat kerosakan kecil pada badan iriz tu baru aku menghantar untuk dibaiki dan dicat semula.
Kesrosakan pertama masa aku parkir kereta di depan supermarket. Cikli ada dalam kereta tapi pemandu yg tergocoh gocoh keluar hingga merosakkan kereta aku dapat melarikan diri. Dia tgh sakit masa itu. Aku buat repot polis tapi kesilapan cikli tak dapat mengingat nombor dan buatan kereta membuatkan aku membatalkan saja repot itu atas nasihat pihak polis. Entahlah... masa itu ,itulah yang aku fikir terbaik.

Yang kedua,sianak terlajak memakir kereta maka tersagatlah bawahnya.  Tapi tak apa kerana kecil saja rosaknya.

Dan yang terakhir adalah bila cikli dan cikson pergi makan kenduri. Jalan yang terlalu sempit digagahi maka tersenerehlah badan kereta ke tembok . Jalan ke rumah kenduri adalah satu nightmare buat pemandu baru dan yang penakut macam aku. Terlalu sempit dan berbelok belok. Kalah tempat parking bertingkat condo . Mungkin kalah Kenanga .

Begitulah nasib iriz pemberian anak buat ibu . Kembara ibu pula di KL sana. Entah apa nasib dia. Rindu pula.

No comments:

Post a Comment