Sunday, April 16, 2017

Bila dah jadi mm...


MM?
Apa tu kakchon?
Makanan kah dia?
Brand pakaiankah?

Anak anak ada komplen mama depa suka sangat berahsia. Kalau tak ada shortform yang kadangkala dia saja yang tahu tak sempurna kata mereka. Teringat dulu dulu,satu masa cikson tulis diari guna phonetic . Tapi sekarang ni phonetic pun dah terlupa kebanyakkannya.

Coming back to MM......
Semalam ada cikson tulis tentang wedding bells dan bila ada perkahwinan tentulah ada yang jadi mak mertuakan? In fact semua anak2 arwah tokton dah sandang gelaran tok. So nak jadi tok mestilah jadi mm... mak mertua.

Kegemaran melayari website website yang memperkatakan tentang sepak terajang berumahtangga ,cikson temui banyak episod tentang perihal mm. Ada mm yang baik dan sudah tentulah ada yg sebaliknya. Tapi kalau masaalah yg diajukan tentulah ttg mm yang tak baik.Website kisah rumah tangga dalam fb banyak menyerlahkan isu isu ini.

Kalau nak baca lebih lanjut pi lah gooooogle sendiri..hehe.type saja krt.

Secara berlawak semasa mesyuarat cikson ada mengemukakan adalah baik kalau semua mertua dan bakal mak mertua di beri kursus jadi mm yang baik...bertimbangrasa , bersama rata, bertolak ansur dll.

Cuma kali ni sedikit  ciri ciri mak mertua yg tidak diingini. Ambil dari blog ni
  •  Ini di olah dengan tatabahasa cikson sendiri kerana penulisnya menulis dalam bahasa dia.

  • 1. Selalu hanya dia saja yang utama. Didahulukan
  • 2. Kehendak dia sendiri saja yang kena diberi keutamaan,preference.
  • 3. Semua salah menantu
  • 4. Dia champion dalam menimbulkan masaalah. 
  • 5. Gemar gossip.
  • 6. Suka masuk campur
  • 7 Mulut celupar

  • Tudia list antara ciri mm puaka. Semoga kita tak termasuk dlm senarainya.

  •   Mertua yang baik adalah mertua yang memberikan kesempatan kepada anak dan menantunya menghadapi segala permasalahan mereka sendiri. Sedangkan orangtua yang masih belum bisa memberikan kepercayaan kepada anak untuk belajar dewasa guna membina keluarga justru akan membawa kehancuran terhadap hubungan keluarga anak tercinta. Orangtua kebanyakan merasa sedih jika ditinggal anak tercinta, namun kebahagiaan anak adalah kebebasan untuk dapat membenahi kehidupan keluarganya sendiri dengan dukungan baik dari kedua orangtuanya.
Bila jadi mm rupanya banyak perkara perlu diteliti.....Bye..

4 comments:

  1. Ada juga MM yang suka mengubahsuai aturan perabut dan barang-barang dalam rumah anak-menantu bila bertandang. Boleh migrain jugak ni hihihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha... satu ingatan buat saya. Lepas anak kahwin agar jangan dok berani nak pandai pandai ikut hati masa dirumah mereka.Ubah itu ini. Masa tak kahwin oklah lagi.

      Delete
  2. Saya senang kak ooiii...MM/PM takdak sini.....hahahahahahahahahaha.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak lama dah nak jadi PM tu. Anak dah koi besaq. Uncle tentu jadi Pm yang baik.

      Delete