Friday, November 17, 2017

Bila Jalika berkumandang disana,ingatan SK Sena terpahat selamanya 1.


Jalika jalika jalika
Kau lah gadis jelita...

Berkumandang lagu itu dalam majlis pagi itu. Bukan dinyanyikan tapi diangklongkan. Terpegun hadirin melihat tingkah rancak anak anak sekolah dengan derap langkah dan ayunan angklung yang diiramakan.

Eh lagu apa ya,tanya Professor Datuk Dr. Ramlah Adam disebelahku.Kali pertama aku berjumpa dr. aku kagum dengan keramahannya. Dan dia macam adikku,personaliti dan gayanya.Rindu kamu .

Jaleha,Zulaika..berteka teki kami.Jalika kata seseorang. Lagu kegemaran orang kenamaan rupanya.

Hari itu aku terima jemputan lewat wassap aku sedikit apprehensive utk menghadirinya. Setelah sekian lama,aktiviti ku terbatas di RBL dan hospital serta klinik ,rasa segan menebal dalam diri utk menghadiri keramaian.
Warkah jemputan ku belek berulangkali.

masih ada lagi yang sudi menjemput. Terimakasih atas ingatan

Aturcara ... 


Rangkaian kata... saya dan warga sekolah sangat berharap kehadiran cikgu buat aku terfikir sejenak.
Langsung malamnya aku siap siap baju dan keperluan. Ambik kau... 3 pasang aku seterika. Besok pagi buat keputusan yang mana aku akan peragakan..

Badan kurang sihat. Masih ada sakit sakit. Cikli kena ke klinik. Aduh bersimpang siur fikiran ku antara hendak atau tak hendak pergi. Namun by 10.00 aku bersiap mengenakan busana hijau ihsan anak anak juga beg dari Perth. Berpeluh peluh lilit tudung ariani sepagi...hahahihi. (Ha sapa kata pemberian kamu akan bertapa dalam wardrobe selamanya. Ini ibu dah pakai semuanya. Thanks so much . teringat tokton menghargai pemberian adalah satu sifatnya. Apa yg anak anak bagi dipakai dgn suka hati) .

Detour dulu aku ke klinik dalam perjalanan ke sana. Drop cikli disitu dan aku memacu kereta ke Kampung Bakau.
Waduh... berderet kereta. Mana nak ku parkir ya?
Tiba2 teringat pagar kecil yg jadi isu masa aku disana. Terus aku belok ke perumahan sebelah dan mujur parking senang dan pintu pagar kecil itu terbuka.
Melintasi anak anak yang berkumpul sepanjang koridor ,namun tiada sapa yang greet aku macam dulu dulu.
Mana mereka nak kenal... itu senario lapan sembilan  tahun dulu.
In time for the formal programme.
Whew....
Coretan personal seorang pesara GB yg melawat sekolah akhirnya.

Selamat menyambut ulangtahun ke 25 tahun. Dah Jubli Perak ni. Tahniah.
cenderahati..


 Bye.. thats all folks. Jotting tentang rasa seorang pesara.

Wednesday, November 15, 2017

Kotiau sup ilham dari fb..


Melayari fb cikson jumpa resepi bihun sup cina. Simple dan senang memasaknya. Tapi bila check petiais bahan yang di guna tak adalah pula. So apa ikhtiar makcik ...hentam sajala. Nak makan kami berdua saja.

So here goes..

Kotiau sup ilham fb . ( utk mkn 2,3 orang)


supnya...
Ayam beberapa ketul. Guna bhg bertulang kalau suka
Sos tiram,lada sulah,garam dan setengah kiub perasa ayam.
Batang sederi atau kalau mau akar saderi.
Halia..1 inci. Potong nipis.

bahan kotiau...
Kotiau setengah kilo.... Celur.
Sawi...4,5 batang. Potong.Asingkan daun dari batang.Celur.
Telor 2 biji rebus. Belah dua
Taukua 2 biji rebus. Dadukan

minyak bawang putih
Bawang putih... satu labu. Dadukan. Masak dalam minyak setengah cawan

Cili padi hiris .. masukkan kicap ABC dan sedikit perahan limau
cili flakes

Cara memasaknya
Mula mula tumis bawang putih dengan minyak setengah cawan hingga garing dalam periuk. Kaupkan minyak dan bawang putih dalam bekas. Tinggal sedikit dalam periuk.

Guna periuk dan lebihan minyak serta bawang putih. Masukkan air secukupnya. Didih hingga mendidih. Masukkan ayam dan halia hiris. Tuang sos tiram dan serbuk lada . Perasakan dengan garam secukupnya dan kiub ayam setengah keping. Kalau suka masukkan akar saderi atau daun saderi.

SIAP!


Cara menghidangnya...

Biar gambar bercerita. Selamat makan.
makan panas panas..

kotiau sup ilham fb
kotiau terlebih celur bersama bahan2 sampingannya
Sup dok ataih periuk . Nak makan kenalah pi ceduk.

Thats all folks. Goodnight. 

Tuesday, November 14, 2017

..nina's arch enemy

pantang jumpa
berkelahilah mereka
walau tinggal berjiran saja

Monday, November 13, 2017

melentur buluh...little big shots


Melentur buluh...peribahasa yg selalunya ditujukan kepada pendidikan anak anak. Dari rebungnya . tertanya tanya cikson how to.Buat gulai rebung memang sedap kalau dengan daging dan kena
ramuannya.
Di hadapan dan belakang rumah ada rumpunan buluh. Diseberang jalan dalam semak juga ada buluh. Selalunya rumpun buluh ni jadi tempat alif wau lam sioq dok beranak pinak. Sehari yang lalu gempar RBL bila seekor dok melawat kawasan ditepi rumah wan. JPAM dihubungi untuk menolong menangkap pelawat yang tidak dikehendaki itu.


budak tecik dua tahun

Semalam terhibur hati bila anakanda menghantar clip si abam fahim menyebut coconut kokomat. Tak mau dia membetulkan sebutan walau diajar ibunya. Gelihati tengok dia dengan bersahaja masih menyebut kokomat berulangkali walau dibetulkan. Kokomat pun kokomatlah fahim . You win. haha.




Dalam bidang pendidikan awal kanak kanak, umur dua tahun  disebut terrible two.According to wikipedia:


Terrible twos may refer to: A child development stage which normally occurs around the age of two (but can start earlier) and consists of toddlers often saying no and throwing temper tantrums.

There's an article on this at this site which is worth reading kat SINI




cerita pa tu abam pahim...
Cerita P Ramlee dah menjangkau berapa generasi eh?
Dulu one of his makcik 's fav. masa  kecil.
Her fav words...nak cari kayu nak cari kayu..


kadang2 tak tercapai akal kita yg dewasa telatah dan akal them 2 years old.
But wait!
Theres more to come....
Did you hear of
Terrible Twos (x2). Terrifying Threes (x3). Fearsome Fours (x4). Fierce Fives (x5). Sour Sixes (x6). Sneaky Sevens (x7). Evil Eights (x8). Nasty Nines (x9).

so ibu ibu muda dan atuk nenek sekelian
Marilah sama2 kita menggali ilmu tentang melentur buluh dari rebung ini. Banyakkan membaca dan tonton rancangan sedemikian. Cara2 kita dibesarkan oleh ibu dan nenek2 kita dahulu mungkin perlu pembaharuan. Cabaran sekarang bukan macam zaman lima puluhan atau pun lapan puluhan..dengan teknologi yang berkembang,jenuh ligan.

Kadang kadang,anak anak setahun dua lebih advance dari kita nenek nenek yg ketinggalan zaman..
Tengok fahim handle atetnya mau ternganga sebulan. Tau saja apa yang nak cari dan nak tekan. Walhal,atuk nenek masih teraba raba mencari jalan. Sekian.

Thats all folks... bye. Have a nice day.