Thursday, March 2, 2017

This one for u love..




Let the pictures do the talking.......
Thats true


Thats true too...Love u with all my heart




Hope the best in everythng u do
 Semoga my love dipermudahkan urusan dunia dan akhirat. Di berkati Allah dalam apa jua yang di uruskan. Bertemu dengan orang yang terbaik dan mampu memimpin and share all your happiness and your sadness.
You are one strong woman. Olin,the cok keria were sweet,but you are sweeter . Semoga semua yang manis manis saja dalam hidup mu . Yang masam berdengung dan yang pahit jadi pengajaran.

Wishing u all the best on your birthday today.
Love u with all my heart.



Wednesday, March 1, 2017

DIY...cok keria gula melaka, manis ooooo mcm pembuatnya.


Minggu lepas .semasa di Aeon Big Alor Setar,antara barangan yang dibeli adalah sekilo lebih kurang ubi keledek. Kulitnya purple isinya kuning,rasanya pula manis ya tuan tuan.

Satu petang ,ciklin masuk dapur sedang cikson enak menonton tv diruang tamu.
Kelentung kelentang kedengaran boleh dengar jauh sebatu... eh tipu. Senyap saja dia kerja sampai mak diruang tamu pun tak tahu.

Ubi dibasuh, direbus dan dilenyek lenyek
Lepas itu dibulat bulat.
Tak pula cikson tengok bahan2 yg dia guna. Jenuk jenguk dah siap bulat bulat cucur keria siap sedia.
bulat bulat cok keria
Goreng dulu dalam belanga

Bulat bulat cucur itu kemudian digoreng dan di sejukkan.

Goreng hingga kaler golden brown
Air gula dari gula putih dan gula melaka dimasak dalam kuali hingga pekat sebati.
Cucur keria di masukkan kedalam gula melaka dan dimasak hingga sebati.
Masak air gula melaka.

Jadilah dia cucur keria gula melaka. Manis weeei macam tuannya.


Masukkan cok keria


Inilah hasilnya
Hasil kaklong masuk dapur adanya..
Haha... mak dia makan saja
Tapi ada juga dok kata
Tokton tak buat macam tu la.....haha.

Dari Mambau ke Hollywood..apa pasal nak ribut?

Entahlah...
Elok or not cikson tulis post ini.
Umur2 macam kita pun dok layan cerita artist....nanti ada ustaz ustazah tarbiah pula sat lagi. Hihi.

Oh no... bukan layan in agongkan,idolakan tapi ambil pot saja.
Tak adalah sampai pin up gambar kat dinding or bermimpi jumpa artist pujaan walau masa anak dara sekali pun. Setakat suka lakonan,lawak atau nyanyian mereka.Tak ada mereka pun hambar jadinya hidup kita kan...Sekali sekala mau ketawa, rasa nyaman dengar lagu yang syahdu atau bersedih,bergembira tonton lakonan mereka.

Selain seniman agong P.Ramlee , nyanyian merdu Jamal ,cikson suka lawak Nabil.
Yes, I like Nabil semenjak dia mula menapak dalam mencari tapak dalam industri lawak jenaka.
Setiap kali dia muncul melawak dipentas Raja Lawak,mesti ada yang buat aku tergelak. Stand up comediesnya mmg dinanti2. Idea dia mencerminkan dia punya ketajaman fikiran walau pelajaran hanya SPM. Dari mula hingga dia berjaya sekarang, aku salute dia walau kadangkala dia tersasul sini sana dalam mengacara atau membuat lawak dia. Semasa dia bermula menapak dia seorang mat despatch berasal dari Mambau.

So... aku tertarik bila terbaca dalam fb tentang dia dan terbalas komen didalamnya.
Ooops...
Nak baca....nah pi sini

Ada yang mempertikaikan achievement Nabil mendapat peluang ke Oscar menemuramah aktor aktress Hollywood utk HBO Asia.
Dan bagi seorang bekas guru yang selalu melihat potensi dari kelemahan, aku melihat keupayaan Nabil adalah satu penambahbaikan dalam bidang seni dia. Dia gigih berusaha memperbaiki Bahasa Inggeris dia. Berani dan yakin diri. Ingat senang ke nak yakinkan diri yang kita boleh lakukan sesuatu yang baru. Cb dik.

Teringat aku anak anak murid yang galus masa aku jadi cikgu dulu. Bukan semua berakhir dengan jadi galus selamanya. Berkat dorongan dan keupayaan mereka merubah hidup mereka. Yang failures adalah yang tampan lawa cerdik tapi berakhir dengan masuk pusat serenti...Itu pun kalau dapat merubah mereka kejalan yang benar dan diredhai adalah satu kejayaan yang dicari.

Well...panjang lebar dah makcikson bermain dilaptop ini.. Masa nak sidai kain dah mari. Mesin basuh dah jerit tadi..
Teeeeeteeeetteeett.

Bye. Hingga jumpa lagi.

Tuesday, February 28, 2017

Busy body

There's a trait of busy body in me. Katakan bekas cikgu yang separuh hidup dihabiskan dengan anak anak yg berumur antara 6 hingga 12 tahun.
Lihat anak anak tidak berteman di mall dah tertinjau2 mana ibu bapa mereka. Lihat anak anak gembira atas mobil statik yg sedang cunggang cunggit dah tertinjau mana ibubapanya. Kenapa tidak diawasi anak anak itu. Macam2 boleh terjadi....

Di rumah pun macam 2 bahaya menanti...
soket eletrik mmg digemari anak anak kecil

ubat berwrna warni nampak sedap sekali

sedap mengunyah kalau yang sedang tumbuh gigi
Tak kira makanan atau wire tv,


jeriji juga mengundang bahaya.
Jaraknya besinya kena jangan celus kepala..
besinya dan buatnya kukuh sentiasa
Masa tinggal di taman dulu, agaknya berbakullah marah budak2 bila cikson selalu tegur bila lihat ada perlakuan yg merbahaya pada mereka.
Begitu juga bila melawat Fahim. Ada saja cadangan . Eh eh bukan leteran tau.
Katil tinggi lah.
Nak beli perabut periksa dulu bucunya tajam atau tidak.
Alas kaki tu senang gelongsor tak.

Mau rimas yang kena tegur.....

Melihat dekorasi bilik anak anak dalam media,soalan yang terkeluar adalah :
Eh... tak ambil kira bab keselamatan ke tuan punya rumah.
Cantik memang cantik tapi bahaya pun ada.
Mau terjatuh cermin dinding tu ...
Mau tersepit kepala anak anak dicelah celah besi katil tu...

Busy body sunggoh cikson dok komen dalam fb .Mengingatkan tentang ciri ciri keselamatan.Memang dah nenek n
enek sangat cikson la ni..

Oh well...masa di sekolah dulu pun cikson macam ni..
Sampai ada budak kata
Mak saya tak kata apa pun...
Cikgu lain tak marah pun...
Cikgu saja dok tegur ,marah kami.

Sometimes being too concerned make u dicop busy body.
Tapi sejak dua menjak ni,dah tak berapa nak ambil peduli kalau bukan kena pada diri. Biar pi...
Tak kuasa jadi busy body...hehe.

anak2 kecil gemar menggigit begini
pastikan tiada cat tertanggal atau karat ditelan sikecil.