Showing posts with label olin's weddiing. Show all posts
Showing posts with label olin's weddiing. Show all posts

Friday, September 6, 2019

The wedding of olin suhaida 1.

Entah berapa kali ditulis, dipadam ,




Sukacita dikhabarkan,  anakanda kami Rozlin @ Olin selamat diijabkabulkan dengan jejaka pilihan hatinya....nun jauh dari Pahang.
Syukur Alhamdulillah , segala cabaran dan halangan dapat diatasi dengan sabar dan focus.

Beribu tkasih diucapkan kpd mereka yg bersusah payah menjayakan majlis kami.Kpd mereka kami terhutang budi.
Kepada anak2 tokton ,kakak mu sangat berterimakasih. Tanpa kamu kakak mungkin meyembah bumi. Itu pasti.
Kepada katerer dan vendor yang menyediakan perkhidmatan ,cikson sangat2 terhutang budi. Kak Ah Katering, Yati n Cikgu Din kanopi, Hatijah katering, DJ Megat, Rela, Nume Cleaners,door gift vendors  dan mereka yg menyumbang tenaga secara langsung dan tidak langsung.

Terimakasih juga kpd tetamu yang datang dari jauh yang dekat.Maaf kalau ada terkurang layanan yg dapat
Ada dari Labuan,Sabah, Pahang, Banting, Shah Alam. Terkejut kami tuan/puan sudi datang. Malah dari Manchester pun ada seorang. Teruja melihat perkahwinan .

Juga kpd ipar2 dan biras cikson yang sudi jadi jurucakap masa majlis akad, Yang sakit masih gagah datang menjenguk. Yang bertanya khabar.Yang membantu.
Semua ini akan terpahat dalam ingatan.Akan dikenang sepanjang zaman
Segala yang berlaku, Kehendak yang satu.

Dan kepada Allah swt,kami panjatkan syukur atas rahmatmu.
Akhir kata, maaf beribu2 dipohon andai tersalah silap budi bicara. Kepada sesiapa saja. Sengaja atau tidak sengaja.
Kepada keluarga pengantin lelaki, selamat menjadi ahli baru keluarga kami.


Sunday, July 14, 2019

DIY ...Mencari ilham


Selepas habis berhempas pulas fikir dan bertindak hal hal yang kritikal,skrg masanya mencari ilham.
Dah settle berurusan dengan tailor,caterer,baru fikiran terbuka utk fikir secara mendalam tentang halhal yg kreatif.

Tuan punya diri pilih konsep English Garden warna tema purple.
Mak yang tak berapa nak arif pun terus cari apa tu English Garden Wedding theme, English Garden bedroom dan seangkatan dgnnya.
Puas juga tgk google, pinterest, dsbnya.
Waaaah..cantiknya. Lawanya.
Kalau banyak duit , semua nak buat.
Rumah RBL nak ditukarkan ala ala garden mat saleh.
Teringat Edinburgh. Masa melawat rumah lecturer terpegun tgk tatahias rumah dia. Begitu juga garden kat tempat tinggal.
Ros yg besar, segar bugar menambat hati. Sanggup beli bunga ros kat kedai dan hias bilik dorm.

Ni antara yg cikson jumpa gambarnya.

googled....contoh gubahan bunga 

ni utk org have have....kita berangan dan cari ilham ajalahhhh. Lainlah kalau duit terjun dari langitt


 Semalam the cikson girls spent their time at a pasar borong..GM Klang katanya.
These are some pics shared between us.

dark blue bunga tak tau nama

the catch

purplish hue...


Thats all folks...
 Hope menjadilah jari jari ku melentikkan tangkai tangkai bunga itu.

Bye, enjoy your weekend with your family.

Wednesday, July 10, 2019

Menuju Hari ...3 ( The file n the notes)


Masa cikten kahwin dulu cikson dah mula sistem file box ni. Semua nota, brochure letak dalam tu. Tak lah tercari cari . Satu buku cikson buat utk catat flow dan result. Ingat bila ada majlis sekali lagi, semua info di hujung jari.
Aduh....entah kemana buku nota itu menghilang diri. Jenuh tercari cari dimana dia sembunyi.Regret it so much.
Hmmm...now got to start all over again. Dari cebisan catatan yg dibuat, kumpul balik maklumat2. Update info. Sometimes serving the net doesnt meet our requirement. Kena juga social contacts.
Macam katerer ,dah bertahun tak update fb. Maka kita tak tahu samada dia masih aktif atau tidak. Juga hasil kerja tidak diperagakan. Macam mana nak tahu apa yg dijual atau buat.

Maaa..ig kan ada. Ikutlah depa.
Isssh... Adakala aku kurang faham semua social platforms tu. Orang zaman dinasorlah katakan.
Haha...

Ehh...ada cikson tulis ttg buku tu dalam blog ni.
Its here guys.
SINI

Catatan dibuat bukan lah nak tunjuk pandai, nak pamer ,nak riak. Its for my own reference. Boleh saja privatekan tapi I thought if my story could help others why be closed.

On other notes, jgn jemu yg menjenguk blogposts cikson la ni dan masa terdekat. It will be my walkway to the majlis. If you have suggestions ,please do so in my comment box. I appreciate them so much.
Maybe some will say.... hire saja planner bertauliah .Bayar .Goyang kaki semua siap.
Heee heee....mata keatas.
Kalau aku kaya semua aku main arah, tunjuk saja...haha.

Ehh...melalut pula.
Ni lah kotak file makcikson kamu semua. So very oldie.


Kotak file

Isinya..

Monday, July 8, 2019

Menuju Hari...2 ( the plans n the plannings)


Semoga dipermudahkan, jauh dari cabaran dan dugaan.
Bersimpang siur idea dan plan datang dan pergi.
Bersimpul simpul senarai disenaraikan.
Oh well...it reminds of those days when I was the head of schools. Big events coming. Just 2 or 3 months into office I was shocked to receive news that the royalties are coming to my tiny weeny school for a visit. Or being made tuan rumah of events for the state or region.
Gelabah tak boleh cakap.
Mujurlah semua amanah dan tgjawab dapat diselesaikan tanpa rasa sesal...haha.
Maybe due to kerjasama staf, badan2 terlibat and me taking into consideration even the details...

Begitu juga masakini..
Brainstorming, plan, actions all came to full use.

Nak tau dah berkajang kertas cikson guna utk lakar, plan dan catat utk memudahkan semua. Upkan dlm whatsapp keluarga dan berbincang dgn anak2 yg jauh di mata. Ada suggestion/alteration kita bincang sesama kita...

Haa..ni antara lakaran nya.

hahahaha...nak juga walau kena ketawa.

living area...no fancy frills...

Hantaran....hihi.





Yang jadi tagline...  Sweet and Simple.
                                Belanja berhemat
                                Jimat
                             
Dengan masa yang terhad, derap langkah kena pantas. Lebih lebih lagi all able bodied assistances are far away from home. Semoga ciklicikson di permudahkan urusan . Sihat tubuh badan dan akal fikiran.
Terimakasih pada mereka yg awal2 dah beri sokongan dan bantuan.
Thanks aweful lot.


                             

Friday, July 5, 2019

DIY.... menuju hari


Banyak benda sebenarnya bermain sepak bola dalam kepala.
Sejak tarikh ditetapkan,berdesup ligat idea datang.
Ada diterima bila dikemukan,ada yg kena cincang sebelum ayat habis diperkatakan..sampai ada masa aku meradang.
Dengarlah dulu!
Kataku.

Tapi aku pun macam tu juga. Ada masa aku realise I jump too fast to conclusion.So be calm dear head. Nothing will be accomplished if you dont rationalise.

Masa terhad.
Harap apa yg diplan menjadi,dipermudahkan. Ya Allah ,I need your blessings at this testing time.

Anyway,syukur juga pengalaman aku semasa mentadbir sekolah dulu,sedikit sebanyak ada manafaat.
SOP, Plan,Strategi datang kembali . Tapi cikli memerli....banyakla plan you.
If we fail to plan,we plan to fail
Strategi pun kena ada.
Tak boleh lagu ni, kita buat lagu nu...I rationalised

So now , put on my thinking caps, get some plans on paper and keep going.


Those negative vibes aside, I hope I could do my level best to make this coming event a smooth sailing event. Sweet and simple.
Menuju hari debar pun menanti.

Roughly...
* katerer..
*venue...
*homestay..
* attire..
* cleaners
* helpers.
* guests

Eh,apalagi perlu ku fikirkan....




Tuesday, July 2, 2019

Itsy bitsy happy moments....just sharing


Momma Ten been sending and updating news of the two bubbly cucus..
These some  from her fb.
Terhibur hati tokchon and tokli lihat telatah mereka.
Gelagat adik and abang menerusi video jadi peneman bila teras rindu dekat mereka.
Nampak gaya adik minat kerja2 rumah.
Haritu di sini, dia basahkan kain dan lap lantai,perabot dan bunga plastik. Bersunggoh2 dia menonyoh.
Dia gemar menolak vacuum cleaner menyedut habuk rumahnya walau jalan dia pun masih belum kukuh.
Tapi kuat merajuklah adik ni.Lucu tgk.

Kid's Gym at MM

rajin2 ya tolong momma

Pi shopping ya dik





Sedikit gambar di akhir Syawal di RBL. Sebagai kenangan di hari muka.

ramah 

family cikli 4 generasi

jamuan yg serba ringkas...nasi kandaq


On other news...happy la juga.
Bu, anak Ninasandaq dah jadi ibu kepada 3 ekor babies. Comei comei depa. Tapi kuat marahlah bila cikson cuba hampiri. Tak padan kecik.

Pembedahan mata cikli setakat ni baik baik saja. Dah ok katanya. Alhamdulillah.

Thats all folks..bye.

Monday, July 1, 2019

Bertamu di hujung2 Syawal


Kelmarin 30 hb June ,RBL dikunjungi tamu. Datangnya nun jauh dari sebalik banjaran Titi Wangsa. Jenuh tegha nak sampai. Berbelas jam kalau berkereta dan 2 kali naik kapai terbang kalau fly....Tu pun kena continue di darat sejam baru sampai.

Mendengar kabar ada tetamu akan berkunjung, rasa penat cikson di spital evaporates into thin air. Ligat tangan,kaki dan ninda. Betulkan apa yg patut,cukupkan apa yg kurang dan keluarkan dari simpanan apa yang perlu diguna. Basuh lap semua pinggan mangkuk, rangka apa menu, susun atur perabot diluar dan dalam rumah. Hihi...kuat juga dua orang warga emas melakukan semua itu.
Semangat betul...

Jam 10,tetamu yg ditunggu pun tiba. Selepas berbincang sikit sebanyak,majlis disudahi doa selamat dari warga ultra tua...my fil. yang dikasihi.
Semoga perjalanan kami sekeluarga menuju majlis dipermudahkan Dijauhi dari halangan dan rintangan.
Kepada keluarga dari Kuantan Pahang, ikhwah yang terjalain ini segar merimbun dan berbunga,seterusnya berbuah . Rendang pohonnya memberi naugan hujan dan panas, manis buahnya menyihat badan.

Sekarang derap langkah perlu diperkemas utk langkah seterusnya.

Terimakasih tak terhingga pada tetamu yg sudi berkunjung ,juga adik beradik yg sama2 meraikan.Silap dan salah .harap dimaafi...

Jaga diri anak anak yg dikasihi.
Ujian dan dugaan memang gemar menghampiri di waktu2 begini.
Doa dari ibu ....semoga kekal abadi.