Showing posts with label RBL. Show all posts
Showing posts with label RBL. Show all posts

Tuesday, July 18, 2017

Kau pergi jua... RIP my dear.


Sebelum aku ke KL, dia manja sekali.
Hari ini dia telah pergi. Pergi yang tidak akan kembali.
Sunyi rasa hati....


Tam yang disayangi mama

Disebelah gate dia disemadi buat selamanya


As usual ,the other day,when I opened the door,she sneaked in silently.
I was tending to some matters and didnt pay much attention to her.
After finishing my chores, I noticed her slumped figure on the cool tile floor.
Picking her up,I cuddled her.
Napa ni... alolo anak mama ni.
She looked into my eyes and burrowed herself deeper in my cupped hands.
Nak makan ke?
I took out some leftover fish from the fridge and put on the floor. I set Tam down.
She looked at the food and left it as it was.
Napa ni? Tak mau makan pula dia.

I left her to continue with washing the dishes.
She rubbed her body to the folds of my dress.Mewing softly.
Laaa... kenapa ni. Makan tak mau. Awatlah nak kacau mama ni ha?

I opened the door of the kitchen to let her out. Maybe she was asking to be let out. I thought to myself.
In sauntered Ninasandaq. Tam left my side and followed her mommy. And when Nina took a bite at the food ,she followed suit.
Laaa.ingat sakit mulut. Tadi tak mau buka mulut. Ni mak hang masuk baru nak makan. I told her off.
Anak mak rupanya! Nak makan pun kena mak teman.

Well, the day I left the house for KL on that Friday,she was no where near . Only Nina sent us off.

And yesterday we returned home from our trip to KL and Bangi. I went to the fence to turn on the tap. And there she was...
She was gone forever. Her black stiffened body lay motionless on the ground.

Baru mama nak beri perhatian... kau pi dulu ya.
I was having the idea of keeping her in the house as my companion. Ganti Pong.

That evening cikli buried her infront of the house...just outside the gate.
RIP my dear Tam... the shy blackie who was as timid as the church mouse but has a gentle heart.
Once I saw her carrying the fish in her mouth from tke back of the house to the porch to feed her hungry siblings.Just as Nina did.

Tam...kakak yg sangat perihatin,menyayangi ,lembut  dan menghiburkan.
Be missing you greatly.

Tam in memories...
Setia mengawasi adik adik yg disayangi


Dia pun pergi..

Dia yang menemani ibunya kemana pergi

Tam... apakah yang difikirkannya begini

Matanya tidak berkedip2 bila merenungi..


Dua beranak yang tidak berpisah selagi hidup

Nina macam mencari cari...

Sayu wajahnya kalau diperhati..

Sudah tiada anak yang menemani...

Tentu rindu pada susuk tubuh ini.

Kakak yang menyenangi adik yg masih kecil

Kenangan abadi dua beranak ini..

Tuesday, July 4, 2017

Ninasandaq beraya? Caiya caiya lalala...


Hi people.Its Tuesday once again. And its Nina's time to pen off my thoughts.
Di tunggul mati ini Nina suka sekali
Bertenggek di petang hari


Once again RBL was a flurry of activities come Ist Syawal. The whole family of ciksoncikli's was once again in their splendour. Dressed to kill.Raya kan setahun sekali. So manusia manusia pun beraya sakan. Jangan pula terlebih takut takut nanti belum dapat gaji sawan yang mari...sbb duit gaji habis dah kena joli...hihi.

Anak2 Nina tak dibenarnya bermerdeka merata rata
Hanya dilaman ini mereka dibenar entry.

Si Tamcik juga suka tunggul ini
Lambat lepa saja dia conquer tempat ini.

Tapi satu saja kali ni yang Nina tak berkenan. Ada ke Nina and anak anak kena tahanan dalam sangkar sedang mereka berhari raya. Cikson marah sebab anak anak nina dok shereeeet kat depan pintu dia. Dia pestered cikli basuh porch. Tapi setiap kali bangun pagi,adalah hadiah yang mereka terima dari budak2 tu. Mau tak menyinga cikson. Nak tau apa cikson buat akhirnya. CUKA!. Dia siram cuka kat tempat 2 anak Nina suka menshereeeet.

Hari Raya ketiga baru cikson lepaskan kami kelar sangkar. Barulah kami dapat bernyawa kembali. Seronok bukan main siTamcik,Bu and Belang berlari,berhambat hambatan dilaman. Siap panjat memanjat pokok kelapa tepi rumah.

Satu hari cikson pergi berjalan jalan. Di laman rumah dia terpandang sesuatu yang memilukan. Tanda kasih sayang tuannya yang tidak tergambarkan. Antara dua nyawa berlaianan . Satu manusia satu haiwan. Ini kisah nya.

Di sini species bukan sama dgn cikson di semadi
RIP Halim yang dikasihi
Halim diberi nama. Species British Short Hair. Sayang tuannya pada dia hanya orang yang memahami dapat bayangkannya. Bergenang air mata tuannya menceritakan kisahnya.

Sedih weii dengar cerita Halim
Sampai la ni tuannya masih berduka
Terbayang kesedihan diwajah ketika bercerita

Satu hari pekerja rel keretapi jumpa si hidung kontot terbaring ditepi landasan. Luka. Dibawa ke klinik namun kesempitan wang utk membayar kos rawatan. Terdengar berita ,tuannya bergegas ke sana dan menghantar Halim ke pakar di Jitra. Namun ajal Halim di situ saja. Meninggal kerana jangkitan kuman . Dibawa balik dan dikuburkan di hujung laman. Di situ tuannya melawatnya setiap hari. Papan tanda ingatan tentang kehadiran Halim dan situ dia bersemadi menarik perhatian siapa saja mengunjungi.Adoooih... sedih pula rasa kami.

Back to raya tahun ni...
Sekarang everything dah back to normal. Cikson pun dah tinggal berdua kembali. Tapi dia ni tak henti henti berdekorasi.Ada saja dia buat tiap hari..

Sebelum Nina undur diri,layanlah pic kami...






Ninasandaq

Tuesday, January 3, 2017

Nina writes...

Cuaca suram saja harini
Bagusnya tidaklah RBL panas berdehang, peluh menitik tik tik...bak kata mamason aka cikson.
Petang tadi hujan sikit2 membahasi bumi. Tapi sekejap saja dia berhenti. Di hujung sawah far in the horizon,awan kelabu alamat nak hujan.Kalau tak sat lagi malam ni.

Sebentar tadi cikson keluar ke laman. Menegang wire mesh yang telah lusuh ditelan zaman. Nina lihat dia membentang wire mesh kelabu,menggunting dan merentangnya di pagar besi.

Eh...awatlah dia sibuk dok tutup pagar besi tu dengan wire mesh.
Tentulah ada sebab kenapa dia buat begitu kan.
Asalnya wire mesh ni begini...warna warni



Koyak rabak dah wire mesh ni
Harini cikson ganti yg baru.
Di Kelantan dan Trengganu cikson kata banjir dah melanda. Banyak pekan dan kampung kena bahana. Lebih buruk lagi bila di Thailand sana mereka melepaskan air dari empangan pula. Awat tak tenggelam belah belah utara Malaysia.Janganlah jadi macam 2014. Teruk Jitra kena. Juga Perlis terlibat sama.

Dua tiga menjak ni,banyak cerita pasal anak anak muda. Amboi terror no depa. Pi panjat habis signage dan crane pula. Juga gempar budak2 mandi manda dalam air sungai yang deras gila. Eh...tak sayang nyawa ka depa. Awat tak dak mak bapa adik beradikke yg akan menangis kalau depa terkorban dek aksi mereka. Bingung nina.Manusia awat tak sayang nyawa?

Hari dah lewat petang. Satgi orang bang. Jangan lupa sembahyang.
Bye

Ninasandaq






Friday, December 30, 2016

Cinta si bapa ayam...2

Good Friday Morning folks.
Hope that this day would bring calmness,serenity to the tumultous minds befitting the day of the week.

Pagi pagi pintu belakang ku buka
Si Tam dan ibunya menanti untuk sesuap makan diwaktu pagi
Lebihan nasi dan ayam ku saji .
Seronok terpancar diwajah mereka yg ku kasihi.

Sedang ralit dua beranak menjamah rezeki
Datang sibapa ayam yang selalu ku perhati
Menempel untuk sama sama makan sekali
Si Tam dan Ninasandaq nampak takut dan ingin mengundur diri
Biarkan si hero romeo makan se puas hati.

Well....ni tak boleh jadi
Dah lah datang nak rampas rezeki
Bawa girlfriend baru pula kali ini

Hey...awatlah hang suka tukaq tukaq bini
Kelmarin dulu coklat,semalam hitam
Harini yg merah pula kau dekati

Dalam dunia haiwan,ada ciri ciri manusia aku perhati
Sepasang burung yang sedang mencari makan,ke lihat itulah pasangan tak pernah bertukar ganti
Si bapa ayam walau caring tapi hanya pada calon isteri
Dah dapat dia buat tak peduli
Anak anak dia tak pernah jaga sendiri

Eh....kami pun jaga anak sendirlah,ninasandaq memberi pendapat
Tak berlaki,bersuami pun boleh jaga diri
Women's lib okay kalau masih tak mengetahui

EH berapa banyak bini ....

Mentang mentang handsome,bukan  main bangga diri
Kokok berderai deraiboleh dengar serata negeri

Oh ni arch rival sibapa ganteng
Tapi dalam kebun toksaad dia terkurung

Hey Tam,pi main jauh jauh
Kami dengan kucing tak suka cari gaduh

Hey...mana pula bini bini aku
Kemana depa pi ,boleh bagitau

Tengok tu....ninasandaq nak tidur pun dah terganggu
Balik lah cepat mek tam,bapa ayam dok cari mu.
Haha...itu secebis kisah ku garap dari aksi ayam ayam yg datang melawat ku
Nak harap manusia datang,mereka pun sibuk dengan kerja beribu.


Thursday, December 29, 2016

DIY.... cuci curtain la pula

Dah geram sejak lama
Tengok curtain yang bergeda
Rasanya dah 3 kali raya
Tentu berjelaga.

Dulu masa tenaga masih ada
Rumah nombor 7 ,aku uruskan semua
Dari jahit,gantung dan basuh semua
Tetapi usia menidakkan setengahnya
Maka hanya yang dapat ku buat adalah tengok saja
Tapi,sampai bila?

Maka geram menguasai diri
Capai penyapu dan jolok jolok kain2 curtain ini
Masukkan dalam washing machine basuh sendiri
Masukkan sabun,start machine....zam zam ala kazam cucilah depa didalamnya dan lepas itu ditengah panas mereka di jemuri.

Now the question arises
Bagaimana nak pasang semula
Dulu ,tinggi mana pun tangga
Aku panjat juga
Sekarang...macam takut pening kepala
Nak suruh cikli dia lagilah mana dayanya..

Maka nampaklah terbentang luas
Sawah menghijau seberang jalan
Bas,kereta motor yang lalu lalang...
Sampai kudrat ku kuat untuk panjat memanjat.
Curtain sebelum diturunkan.
Rasa dah jemu la warna kelabu

Tinggal tingkap tanpa tudungnya

Nampak sawah terbentang
Nampak kereta lalu lalang

Kain curtain sedang dibasuh

Nak pasang semula itu yang lenguh!


Semoga selamatlah proses menaikkan tudung tingkap ini nanti.
Nak ganti yang lain kena banyak ufti
Tgk gayanya lambatlah lagi
Nak buat yg lain yg berkenan dihati..


Sunday, December 25, 2016

Aksi Fohim... apalagi yg boleh dibuat main


Jemu dengan bakul,si cilik cari benda lain buat main.
Kunci, control tv,control aircon semua dia berkenan
Remote control tak lekang ditangan
Jemu.... tupperware pula jadi perhatian.

Penat bermain bakul, mainan lain dicarinya
Pyrex tok out of bound kekdahnya
Oooo banyak sangat rules and regulations segala
Tok buat undang undang katanya

Meninjau ninjau keluar kalau kalau ada haiwan mau berkawan
Kucing,burung ayam mana pergi semuanya gerangan
se ekor pun tak kelihatan
Tgh tidor kata tokwan
Kan hari tengah panas membahang

Ha...tupperware warna warni menarik perhatian
Buka tutup,buka tutup tudung dia kerjakan
Makan minum pun dia tak hiraukan


Tapi tak muat pula nak masuk ke dalam.
Dalam bakul semalam muat je badan.

Itulah antara aksi Muhd Fahim,tuan tuan
Bye... see u next time
Sleep well. Gudnight.
Besok we got to rise early for our flight.


Thursday, December 15, 2016

DIY...porch cantik,hati tak sakit.

Sekian lama cikson memendam rasa tgk keadaan porch RBL ni. Tengoklah....disini tempat ayam bertelor,mengeram dan menabur baja. Disini ayam berkokok tanpa hirau tuan rumah sedang tidor lena. Disini juga si Luna beranak,berak dan berlagak bagai ini rumah dia. Semua diatas lori tua yang dah tak ada nilai cikli punya..

Berulang kali cikson ajukan agar lori semak itu dilupuskan saja. Panggil saja kedai barang second. Ambillah berapa mereka nak bayar. Tapi cikli berdegil nak simpan juga. Nak jual bila tawaran ada. Tapi sampai bila? Dah bertahun dia bertapa dalam porch kereta. Amboi lagaknya dia. Sedangkan kereta cikli yang harga beratus ribu masa beli dulu dok bawah hujan dan panas. Lojikkah itu.

Adakala rasa mau panggil saja on tow tarik lori ini pergi kemana saja dia suka...lega. Ewah...mau perang besar u see dgn cikli kalau buat begini.

Sehingga hari keramat itu tiba, jenuhlah tuan rumah RBL menjeruk rasa. Nak tegur ,bapa. Dan si isteri yang mengidamkan porch dan halaman rumah yang berseri ,hanya boleh makan hati .Agaknya sampai mati.. So bila menjenguk RBL.jangan kutuk makcikson ya. Bukan tak peduli,tapi apa daya kami.

Gitulah suami cikson,cikli. Kalau dia kata tu,tulah dia.
Tak ada kompromi.
Rasa tak tahan,cikson pack bag,pi bercuti. Tinggal dia dengan lori...hahahehe.

Panjang lebar cikson mengarut.... Nindia cikson sajikan cita cita cikson kalau boleh cantikkan RBL ikut hati. Syaratnya...lori tua tu kena pergi,kalau tidak,apa pun tak jadi.




Sekarang boleh berangan je lah...

Eh buat lagu ni dengan laci buruk pun bagus juga ya..all boleh di DIY....kan kan. Bye. See u .

Semua gambar dari google.

Tuesday, December 13, 2016

Tiada lagi mesra

Hi folks, this is Nina's writing.
After so many days,mamason was able to let Nina write.

Peliklah mamason @ cikson ni. Sejak dua menjak ni dia dah tak mau mesra dengan kami anak beranak,adik beradik. Kalau kami masuk ke rumah,cepat cepat dia shoooo kami keluar.
Hairan juga Nina dan Tam
Dulu tak begini.
Jadi kami dua beranak hanya dapat bersantai diluar koridor rumah RBL. Hanya pokok terung saja yang menjadi tepat berteduh dari panas. Kalau hujan,lintang pukang kami lari cari perlindungan.

Nak ke laman depan rumah, si Luna dah isytihar itu territory dia. Lambat Nina melintas ,dia menerkam bagai singa lapar. Atas lori tempat Nina selalu bersantai pun dibuat rumah dia sendiri dengan anak anak dia.  Mana aci!

Pagi pagi selepas subuh,kakina dah bersiap sedia untuk ke airport. Balik rumah sbb cuti dah habis. Cikli dan paklang hantar dia ke sana. Cikson kata dia tak sihat. Demam lagi. Bila lah orang tua tu nak sihat seperti sediakala. Asyik murung saja.
Kesian kakina kena berjam jam dalam kereta akibat jam dilebuhraya. Kata makcikson, boleh sampai balik negeri China lamanya. Besoknya dia cover tidur hingga tak ingat dunia. Letih agaknya.

Harap harap tu kembalilah bersinar RBL macam sediakala. Kami boleh tumpang bermanja bila kami masuk ke rumah. Mamason dah tak sakit lagi bila dekat dgn kami.

Hope for the best....
Eh rumah sebelah dah ada rumah sendiri untuk jenis macam kami. Tokwan Saad bertukang pagi petang siapkan.
Bestlah depa no......

Ninasandaq

Wednesday, November 9, 2016

ww...ingat aku saja yang loner

among the bushes and undergrowth

lies a house that was once a home

on its roof was a solitary figure under the heat of the afternoon sun

Merajukkah dia?

Alahai mamason,unggas yg terbang bebas lepas pun mungkin ada masaalah
Tambahlah mamason yg manusia
Yg kena tanggung semuanya
Mungkin itu kata nina pada tuannya.
Really felt such a loner these days...