Tuesday, July 4, 2017

Ninasandaq beraya? Caiya caiya lalala...


Hi people.Its Tuesday once again. And its Nina's time to pen off my thoughts.
Di tunggul mati ini Nina suka sekali
Bertenggek di petang hari


Once again RBL was a flurry of activities come Ist Syawal. The whole family of ciksoncikli's was once again in their splendour. Dressed to kill.Raya kan setahun sekali. So manusia manusia pun beraya sakan. Jangan pula terlebih takut takut nanti belum dapat gaji sawan yang mari...sbb duit gaji habis dah kena joli...hihi.

Anak2 Nina tak dibenarnya bermerdeka merata rata
Hanya dilaman ini mereka dibenar entry.

Si Tamcik juga suka tunggul ini
Lambat lepa saja dia conquer tempat ini.

Tapi satu saja kali ni yang Nina tak berkenan. Ada ke Nina and anak anak kena tahanan dalam sangkar sedang mereka berhari raya. Cikson marah sebab anak anak nina dok shereeeet kat depan pintu dia. Dia pestered cikli basuh porch. Tapi setiap kali bangun pagi,adalah hadiah yang mereka terima dari budak2 tu. Mau tak menyinga cikson. Nak tau apa cikson buat akhirnya. CUKA!. Dia siram cuka kat tempat 2 anak Nina suka menshereeeet.

Hari Raya ketiga baru cikson lepaskan kami kelar sangkar. Barulah kami dapat bernyawa kembali. Seronok bukan main siTamcik,Bu and Belang berlari,berhambat hambatan dilaman. Siap panjat memanjat pokok kelapa tepi rumah.

Satu hari cikson pergi berjalan jalan. Di laman rumah dia terpandang sesuatu yang memilukan. Tanda kasih sayang tuannya yang tidak tergambarkan. Antara dua nyawa berlaianan . Satu manusia satu haiwan. Ini kisah nya.

Di sini species bukan sama dgn cikson di semadi
RIP Halim yang dikasihi
Halim diberi nama. Species British Short Hair. Sayang tuannya pada dia hanya orang yang memahami dapat bayangkannya. Bergenang air mata tuannya menceritakan kisahnya.

Sedih weii dengar cerita Halim
Sampai la ni tuannya masih berduka
Terbayang kesedihan diwajah ketika bercerita

Satu hari pekerja rel keretapi jumpa si hidung kontot terbaring ditepi landasan. Luka. Dibawa ke klinik namun kesempitan wang utk membayar kos rawatan. Terdengar berita ,tuannya bergegas ke sana dan menghantar Halim ke pakar di Jitra. Namun ajal Halim di situ saja. Meninggal kerana jangkitan kuman . Dibawa balik dan dikuburkan di hujung laman. Di situ tuannya melawatnya setiap hari. Papan tanda ingatan tentang kehadiran Halim dan situ dia bersemadi menarik perhatian siapa saja mengunjungi.Adoooih... sedih pula rasa kami.

Back to raya tahun ni...
Sekarang everything dah back to normal. Cikson pun dah tinggal berdua kembali. Tapi dia ni tak henti henti berdekorasi.Ada saja dia buat tiap hari..

Sebelum Nina undur diri,layanlah pic kami...






Ninasandaq

No comments:

Post a Comment