Friday, June 5, 2020

The sanctuary


Washing the plates and dishes, I enjoyed the view behind my house.
Tanah se kangkang kera dibelakang rumah sentiasa meriah.
Lebih lebih lagi se lepas pokok betik tanaman cikli merendang dan membesar.

Besar dan lebar daun2 betik ni dari biasa,I noticed.
Batang kedi, daun rimbun. Tak lama tentu menyembah bumi.
Sayang tau sebab dah ada bunga dan putik muda.
Tak lama lagi tentu dapat rasa nikmat buah ketela.

Cikli menongkah dan menongkat batang pohon yang di khuatiri menyembah rumi.
Kalau tidak mesti rugi.

Namun dipelepah daun itulah banyak aktiviti.
Setiap hari,petang dan pagi
Banyak burung datang ke mari
Hinggap di pelepah daun untuk melepas lelah diri.

Burung burung yang singgah di serenggeti kami
Macam2 kategori.
Ada kecik kecik tapi aktif sekali
Ada ekor panjang dengan tompok hitam atas ekor yang berjurai ke bumi
Ada sepasang seakan merbah... ehh aku kurang arif tentang nama2 burung2 ni.
Tapi tak kelihatan lagi burung cantik warna kuning yang aku kagumi.
Mana dia pergi?

Ramai yang datang berkawan, riang ria patuk sisa makanan
Ada yang datang berpasangan , macam kekasih dua sejoli.
Namun ada yang datang solo, sorang diri.

Pohon betik atau ketela belakang rumah, ralit tau aku melihat semasa membasuh pinggan dan cawan
Pada unggas kecil yang terbang bebas kesana kemari dari bumi ke awan
Walau ada covid, ada pergolakan politik, mereka bebas tanpa ada akta yang menyekat kebebasan
Hidup mereka sentiasa ceria tanpa tanda2 ketakutan
Dari ancaman....

Dah ada putiknya...

Pohon betik cikli
Dalam laman RBL ini.
Di belakang kebun arwah pak mertua yang telah merimbun kini.

No comments:

Post a Comment